Follow Us @soratemplates

10 August 2012

Malam Lailatulqadar

Daripada Hazrat ‘Aishah r.anha beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan,”

Keterangan :
Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir bermula pada malam ke 21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu mengandungi 29 hari ataupun 30 hari. Dan perkiraan ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatuqadar hendaklah dilakukan pada malam ke 21, 23, 23, 25, 27 dan 29.

Sekiranya bulan itu mengandungi 29 hari pun maka malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.

Walau bagaimanapun, Ibn Hazam rah. Berpendapat bahawa perkataan ‘asyara membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi tiga puluh hari, barulah cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi dua puluh sembilan hari akhir bermula pada malam ke dua puluh dan dengan perkiraan itu malam-malam ganjil (untuk sepuluh akhir) menepati malam ke 20, 22, 24, 26, dan 28 Ramadhan.

Walaubagaimana pun, Baginda telah ber’iktikaf pada bulan Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatuqadar dan secara kebetulan bermula pada malam ke 21 Ramahdhan.

Oleh itu, pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan bahawa malam ganjil untuk sepuluh hari akhir bermula pada malam ke 21 adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat walaupun ada kemungkinan malam Lailatulqadar jatuh pada malam-malam yang lain.

Pencarian malam Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi apabila kita berjaga setiap malam bermula malam ke-20 sehinggalah ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapatkan Lailatulqadar.

Untuk berjaga selama sepuluh malam atau kesebelas malam akhir bukanlah satu perkara susah dan payah bagi mereka yang berharap untuk mendapatkan ganjaran yang begitu besar.

Seorang penyair bermadah :
Wahai Urfi! Sekiranya hanya dengan tangisan dapat menemukan aku dengan kekasih Maka ratusan tahun pun sanggup ku menangis untu bertemu dengannya.

Dipetik dari kitab : Fadhilat Amal (Fadhilat Ramadhan) Hadith 4 MS 63
Oleh Raisul Muhaddithin Allama Muhamamd Zakariyya (rah)

No comments:

Post a Comment