This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

30 September 2012

Sambal




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

29 September 2012

Bujang layak terima BR1M 2.0

Kuala Lumpur: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM250.


BR1M 2.0 adalah susulan kepada BR1M sebelum ini yang memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 
Peruntukan RM3 bilion 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan yang memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah, katanya.

Katanya, bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November secara dalam talian atau datang sendiri ke kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

Langkah ringankan beban
Beliau berkata, selain BR1M, kerajaan juga menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.

Kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi, katanya.



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

Iklan Jawatan Kosong : Jabatan Zakat Negeri Kedah

















Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah
Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan
berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Penolong Pegawai Zakat
Gred S27
Gaji Minimum Gaji Maksimum
P1 RM 1,361.14 – RM 3,565.62

2.Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat
Gred F29
Gaji Minimum Gaji Maksimum
P1 RM 1,745.69 – RM 3,574.17

3.Penolong Pegawai Korporat
Gred S27
Gaji Minimum Gaji Maksimum
P1 RM 1,361.14 – RM 3,565.62

4.Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
Gred N17
Gaji Minimum Gaji Maksimum
P1 RM 927.03 – RM 2,526.03

CALON-CALON HENDAKLAH :
Warganegara Malaysia

Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)

Mahir menggunakan komputer; dan
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya setahun.

Tarikh Tutup : 18hb Oktober 2012

laman pautan : www.zakatkedah.com



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

27 September 2012

15 Blogger Pilihan Apit | www.fizgraphic.com

Wow!! tak sangka blogger tegar Apit
promote blog CF di laman www.fizgraphic.com
sukanye.. hehe gediks lah tu 

Terima kasih dik .. tu lah 
yang di namakan rezeki 
Biasanya malam tak online

Alih-alih tengok di status Apit at fb





















Apa pun terima kasih sekali lagi dik 
malam ni akak senyum sampai nak masuk 
tido lah jawabnye yek..hehe


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

Jabatan Penerangan Pahang

latar

Jabatan Penerangan Pahang telah ditubuhkan pada akhir
beropersi di sebuah rumau kedai dua tingkat dan diketuai
oleh seorang "State Public Relation Officer".

Pada masa tersebut jabatan ini bertanggungjawab untuk
menayangkan filem-filem, memberi penerangan atau
nasihat serta menjalinkan hubungan dengan jabatan-
jabatan lain dan menjadi pengantara kerajaan dengan
rakyat.

Bangunan awal 1970, Jabatan Penerangan Malaysia
Pahang telah berpindah ke Blok B Wisma Sri
Pahang, Kuantan kemudian berpindah ke
Bangunan Hongkong & Shanghai Bank, Kuantan
dan seterusnya ke Wisma Persekutuan pada tahun
1980 hinggalah sekarang.

Baca lanjut mengenai fungsi Jabatan Penerangan Pahang klik SINI 


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan


images/stories/image_slider/dsc_0031.png


i. Pegawai Daerah bertanggungjawab menggubal dasar kualiti bagi menguruskan pentadbiran daerah dengan cekap, adil dan berkesan bagi memuaskan kehendak pelanggan.

ii. Dasar ini dicapai melalui SPK berasaskan MS ISO 9001:2008 yang sentiasa dipastikan sesuai dan berkesan setiap masa selaras dengan visi, misi dan objektif Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

iii. Dasar ini disebarkan kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dan dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya sepanjang masa.


sok-sek : sekali imbas terpandang Intan Hana Pelatih IPM yang kini sedang 
menjalani Latihan Industri di sini ..



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

Sejarah Penjara



Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya. 

Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. 

Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. 


Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.

Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude". Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara 



Alamat-Alamat Penjara Seluruh Malaysia 
klik SINI




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

26 September 2012

Ekspo Buku Islam 3 Pahang


Mengapa Anda Perlu Menyertai Ekspo Buku Islam 3?

                                                            
Semua buku-buku terbitan penerbit buku Islam terkenal tanah air boleh didapati di dalam 1 bumbung.

Aktiviti bersama ikon-ikon penulis seperti Pak Latif , Prof Dr Muhaya dan Fatimah Syarha dan ramai lagi.

Bual bicara bersama artis terkenal.

 Meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Persembahan oleh kumpulan nasyid.

Sesungguhnya jika anda letih dalam melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang
Tetapi kebaikan yang anda lakukan kekal selama-lamanya. <>





[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

24 September 2012

Blog Bersawang ..



AsSalam 24.09.2012 | 9:37 malam

Ya Allah dah lama CF tak update blog last
hari tu cerita pasai besday .. huihhhh
lamanyaa.. rinduu dah bersarang nehh .. hehe..


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

17 September 2012

Anis & Mia Rai Ulang Tahun Kelahiran CF



Terima kasih Anis & Mia 
Do ThE bEsT cReAtIvE (IPM G1)
telah meraikan CF 
pada ulang tahun kelahiran CF 
yang lalu .. :)


Time makan tengahari kami sempat makan bersama ..

Gambar kenangan bersama CA 

Tarikh Peristiwa : 11.09.2012




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

Travelog Cinta Nur Adam


Bismillahi rahmani rahim

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia..

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat!

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful!

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin!

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “

Sekian, Travelog Cinta Nur Adam

Terima kasih Intan Hana hadiahkan cerita ni kat CF ..


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

13 September 2012

Kek Ulang Tahun Kelahiran 08.09.2012


Alhamdulillah tak menyangka CA (adik) 
telah menghadiahkan kek sempena
Ulang Tahun Kelahiran CF
yang ke 30-an :)

bukan satu kek CF dapat
tapi DUA .. wow!!
nantikan CF akan buat entry
besday sekali lagi hehe



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat 
Sesi September 2012 kini dibuka. 
SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. 
Lebih 5000 pelajar telah bekerja di 
sektor kerajaan dan swasta. 

Misteri Cinta & Rindu

AsSalam 13.09.2012 | 11:47 pagi 

Lama tak update story mory kat laman blog ni.. al maklum aje lah .. semenjak dua menjak ni CF tak online waktu malam. Nak rehatkan badan lah katakan.. hai bila update je entry kali Misteri Cinta & Rindu..ahaa.. ada apa-apa ker CF.. bukan apa CF tertarik dengan 3 lagu ni .. lagi pun dah lama tak menaip di blog .. so rinduuu.. CF selalu dengar @ radio online SuaraFM .. nak tau isi lirik ni moh le kita dengooo..




Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan



Hanya pandangan yang paling indah
Bernama cinta ( bernama cinta )
Yang hidup tiada mati
Dalam jiwa dan sanubari

Ini satu hikayat cinta
Zaman berzaman
Antara adam dan hawa
Dan semua makhluk bernyawa
Aku yang diantara
Aku yang punya cerita
Percayalah satu hikayat cinta
Semua punya cerita cinta
Berputik dan akan berbunga
Semyuman dan pandangan mata
Bibik-bibik cinta
Hanya berjumpa satu masa
Cuma satu hikayat cinta
Sucinya cinta dari jiwa
Aku dan dirinya
Aku yang diantara
Aku yang punya cerita
Aku yang diantara
Satu hikayat cinta



Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini
Bagaimana harus ku huraikan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

Andainya aku mampu gambarkan apada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku
Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Ku fahami cinta suciku





sibuk macam mana sekali pun .. lari juga update blog hehehe..

[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

8 September 2012




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

7 September 2012

Kisah Temuduga


Kisah interview sy semalam..jom kongsi...

Aku : salam puan/tuan..letak fail n tunggu...

Panel : salam sila duduk..

Aku : terima kasih..

Panel : sila terangkan n ceritakan tentang diri anda.

Aku : terangkanla..basic nama,umur,pendidikan..

Panel : ok..sila ceritakan ttg kerja n pendidikan..

Aku : terangkan serba ringkas..

Panel : ok..ape kekuatan yg ad pada diri anda utk jaw.ini..

Aku : sy bekerja dibahagian sales n seorang yg boleh bekerja dibawah tekanan disamping seorang yg mudah bekerjasama dgn sesiapa krn sifat sy yg peramah..

Panel : owh..awk seorang yg peramah n mempunyai tarikan dr segi senyuman..mmg sesuai..

Aku : terima kasih tuan..smbil senyum lg..(tahan gelak sebenanye) haha..still control ayu..

Panel : betul tu..tp cmne klu sy mnempatkan awk diunit yg lbh sulit..cmne awk nk menangani sifat permah awk nie??

Aku : dengan slamba ak jawab sy peramah bkn dgn semua perkara puan,sy juga serius pd kerja sy yg melibatkan hal sulit..kalau itu rahsia sy akn smpan..

Panel : wah!! Jawapan awak tepatlah..dlu ad amek sastera ye?

Aku : terima kasih tuan,sy banyak membaca.. Senyap seketika smbil panel membelek fail sijil2 ak smbil berbisik...

Panel : ok..awk dh bersedia? Aku : sudah tuan..(spontan smbil berpk2 bersedia knpe)..

Panel : ok..sebutkan nama sultan jhor,menteri besar jhor,nama ketua setiausaha johor,berapa daerah dijhor..

Aku : dengan penuh fokus n yakin menjawab 1 per1 dgn tepat!!! alhamdulillah..

Panel : tahniah! Tunggu jwapan dr kami nanti smbil tersenyum..

Aku : terima kasih tuan/puan..senyum bangun dgn penuh tertib n salam.. Keluar dr blik tebiu ase nk melompat sbb lega gilee...perrgghh sopan tol aku selama 45minit dlm bilik tebiu..calon paling lama ditebiu..huhu...

Cerita Asal :
https://www.facebook.com/ellenaparez

Pelajar IPM | Tahun 2009

Tahniah diatas kejayaan Noorellina Abdul Talib pada berjaya menduduki Temuduga pada 05.09.2012 di Nusajaya Johor Bahru, Johor Darul Takzim.



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

6 September 2012

Review Filem Leftwings - Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

































Filem LEFTWINGS adalah filem baru khusus bagi peminat rock yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Skripnya pula oleh Faisal Chal Ahmad dan Nasir Jani dan diterbitkan oleh Abu Hassan Abd Rahman.

Sinopsis
Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan tentang empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band ‘sayap kiri’ kepada WINGS.
Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

Diterajui Oleh
Aweera sebagai Ray LEFTWINGS
Zouladeq sebagai Dino LEFTWINGS
Wan Zaimie sebagai Rizal LEFTWINGS
Paly Rockstars sebagai Shah LEFTWINGS

Dibantu Oleh

Shiqin Kamal sebagai Yana
Nora Zida sebagai Nadia
Boy Sabahan sebagai Man Jazz
Azrul Anuar sebagai Tijoe
Helda Pily sebagai PurpleFiffy Natasha sebagai Rita
Nur Shuhada Masayu sebagai Linda
Halida Zulkifli (Baby) sebagai Ira
Nurul Hidayah sebagai Shila

sumber dari blogger : http://cthoney.blogspot.com

CF, CA & Tie juga turut menyokong Leftwings .. sebab selalunya dengar aje promo LEFTWINGS 

di radio online SUARA FM .. dan 31hb Ogos 2012 baru-baru ni .. trio ni ke panggung di MegaMall

Kuantan Pahang. Terhibur .. dah macam tengok konsert .. dalam cerita ni memaparkan erti sebuah persahabatan, percintaan, semangat kerja berkumpulan.. 






1 September 2012

Pssst... nak awet muda tak?


CF minat dengan cara Dr Tuah ni, teknik penulisan dan gaya bersahaja.. jom kita baca bagaimana nak kekalkan awet muda ..


Ada orang terus kelihatan cantik setelah berusia. Apakah sebenarnya rahsia mereka? Cakap-cakap nakal selalu mengatakan mereka ini ‘membela’. Sebenarnya kata-kata demikian dikeluarkan oleh mereka yang dengki, meskipun kita tidak menafikan sememangnya ada ‘ilmu hitam’ untuk kelihatan muda sepanjang masa, sebab ada banyak lagi teknik untuk mengekalkan kemudaan.

            Siapapun tidak dapat menafikan, bersikap tenang dan gembira selalu adalah salah satu rahsia kelihatan muda. Ketenangan terpancar melalui air wajah yang okey biarpun dalam keadaan yang payah. Pernahkah anda melihat orang yang masih boleh bertenang tatkala ditimpa bencana? Ha, lihatlah wajah mereka, selalunya lambat dimakan tua. Berbanding dengan orang yang sentiasa kelam kabut, selalunya garis-garis banyak mengukir di wajah mereka.

            Satu lagi petua yang boleh diamalkan ialah aktif dalam hidup. Orang yang kerap berkurung sahaja di dalam rumah dan hidup dengan masalah yang sama bertahun-tahun akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya. Seorang agen saham pada suatu hari berkunjung ke pejabat saya. Dia seorang wanita yang saya jangkakan baru berusia sekitar 30-an, rupa-rupanya melepasi 40-an. Apabila saya tanyakan apa rahsia kemudaannya, lantas menjawab, “Banyakkan kerja.”

            Dahulu wanita ini bekerja makan gaji. Kerjanya mengikut waktu yang ditetapkan. Dia berasa tidak bahagia sekali. Akhirnya dia mengambil keputusan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian pada urusniaga saham. Sekarang bukan sahaja dia telah berada pada kedudukan yang baik hingga selalu terpilih untuk melancong ke luar negara, malah wajahnya semakin anggun berbanding usianya yang sebenar.

            Satu lagi yang anda boleh lakukan ialah banyakkan membantu orang lain meskipun hanya dengan kata-kata yang baik. Sebenarnya apabila kita berkata sesuatu yang baik terhadap orang lain, ia adalah diri kita yang sebenar. Semulajadinya kita gemar untuk berkata-kata yang menyenangkan orang mendengarnya, inilah hakikat diri kita yang sebenarnya. Lihat wajah orang yang anda puji, bukankah cerah dan manis? Adakah orang memuji dengan wajah yang masam lagi kematu? Bukankah ia adalah gambaran dua wajah yang bertemu dan bersatu lantas membentuk environmentyang menarik?

            Ketika Jamil Ahmad mendapat pengampunan lalu dibebaskan dari penjara pada tahun 2006, wajahnya kelihatan jauh lebih tua daripada umurnya yang sebenar. Bekas banduan antara yang paling lama dipenjarakan itu kini berusia 62 tahun. Dengan paras usia seperti itu, dia tetap sajak di samping isteri muda yang dikahwininya setelah bebas. Sekarang dia lebih sajak dengan dua orang anak yang masih kecil.

            Apa rahsia Jamil? Beliau aktifkan hidup memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Kapasitinya sebagai banduan paling lama dipenjara rupa-rupanya ada nilai motivasi yang tinggi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

            Menurut Jamil, dia tidak pernah menolak sekiranya ada jemputan memintanya untuk berkongsi pengalaman hidup di dalam tirai besi kerana beliau berasa ia menjadi satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

            “Cuba bayangkan masa muda saya dihabiskan di dalam penjara iaitu sejak saya berumur 26 tahun dan dibebaskan setelah dipenjara selama 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari,” katanya dalam wajah benar-benar insaf dan bertaubat atas segala kesilapannya yang lalu.

Setakat ini dia telah mendapat lebih 300 jemputan untuk memberikan ceramah motivasi kepada orang ramai terutama pelajar sekolah.

             Satu lagi contoh ialah Datuk Jamali Shadat, seorang pelawak tahun 70-an tetapi kekal lucu dengan wajahnya yang dahulu hingga hari ini. Kelebihan Jamali Sadat dengan teknik lawak ventrilokuisme; meniru suara orang dewasa dan kanak-kanak, serta sinonim dengan sketsa atuk dan cucu bernama Atan, menyebabkan persembahan Jamali masih lagi mendapat tepukan gemuruh dan itulah antara rahsia keawetan wajahnya.

            "Sejak kecil lagi, saya memang suka buat lawak. Lima tahun selepas menyertai Bakat TV, saya masih meneruskan kerja saya sebagai tukang kebun sekolah,” ujarnya.

            Nampakkah anda orang yang suka membuat orang lain gembira psikologinya akan menggembirakan diri sendiri. Meskipun telah menjadi selebriti ketika itu, Jamali Sadat terus dengan kerjanya sebagai tukang kebun sekolah dan kini telah pun bergelar jutawan apabila tanah-tanah di sekitar Sijangkang yang dibelinya dahulu dengan harga murah mencecah jutaan ringgit.

            Dari Anas bin Malik ra katanya, dia mendengar Rasulullah saw bersabda, ”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (ALLAH) rezekinya atau dipanjangkan (ALLAH) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)


jom like / sokong page dan dapatkan tips-tips dari  DR TUAH 


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com