29 September 2012

Bujang layak terima BR1M 2.0

Kuala Lumpur: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM250.


BR1M 2.0 adalah susulan kepada BR1M sebelum ini yang memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 
Peruntukan RM3 bilion 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan yang memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah, katanya.

Katanya, bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November secara dalam talian atau datang sendiri ke kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

Langkah ringankan beban
Beliau berkata, selain BR1M, kerajaan juga menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.

Kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi, katanya.



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com