27 September 2012

Sejarah Penjara



Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya. 

Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. 

Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. 


Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.

Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude". Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara 



Alamat-Alamat Penjara Seluruh Malaysia 
klik SINI




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com