31 Oct 2012

Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau!

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments

Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau! Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). 

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

CF amalkan Roselle lebih 3 tahun antara produk yang telah CF cuba iaitu Kapsul Roselle, Sos Roselle, Teh Roselle dari produk HPA.

Ukur ketelusan dalam perhubungan

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments

Bukan mudah mencari kejujuran dalam sesebuah perhubungan. Menurut seorang psikologi, David JLieberman, dalam mencari teman sejati, ada beberapa kaedah menguji ketelusan atau keikhlasan dalam perhubungan. Admin paparkan cara terbaik bagaimana menguji ketelusan hati seseorang.

Perhatian
Salah satu mencari pasti ketelusan seseorang adalah perhatiannya. Suarakan perkara penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah si dia mahu tahu lebih lanjut atau sebaliknya. Jika tiada sebarang reaksi atau reaksi yang diberi tidak seperti yang anda inginkan, nilai-nilaikanlah sendiri…

Kesetiaan
Apa kata anda ceritakan sebuah rahsia teman lain kepada si dia dan lihat, sama ada si dia memberi sebarang komen atau sebaliknya. Seseorang yang telus, tidak akan melayan cerita tersebut malah, merasa keberatan mendengarnya kerana apa yang anda maklumkan kepada si dia adalah rahsia teman lain.

Kebanggaan
Seseorang yang ikhlas atau telus dalam perhubungan akan menumpangkan bangga dan kagum dengan prestasi anda. Perhatikan pula, apakah si dia mendekati diri anda tatkala menerima berita baik, bukan hanya saat anda ditimpa musibah. Jika si dia menghampiri diri anda hanya sekadar ingin tahu tentang musibah, sekadar ingin tahu tentang musibah, sekadar melafaz simpati dan tanpa usul penyelesaian, jelas sudah, si dia hanya mahu meraikan detik kejatuhan anda!

30 Oct 2012

Serahan Laporan Latihan Industri Mei 2012 - Oktober 2012

Tuesday, October 30, 2012 0 Comments

Terima kasih diatas kunjungan Mira & Intan
Mira dari Raub Pahang & Intan dari Kuantan

Serahan Laporan Latihan Industri 
sesi Mei 2012 - Oktober 2012

Paling membanggakan Laporan Penilaian Latihan Industri
mendapat penilaian keseluruhan adalah GRED A

Seorang lagi rakan sekuliah turut hadir
tapi hari ni Atin hadir dalam keadaan 
kurang sihat .. CF doa semoga 
sihat seperti sedia kala..aamiin..

Serahan Laporan Latihan Industri

Rekod Penilaian Latihan Industri 

lengkap sepenuhnya.. tahniah anda hebat dan berjaya
Semoga ukhwah kita kekal selamanya..

Seriusss..rinduuu

Tuesday, October 30, 2012 0 Comments


AsSalam semoga rakan sahabat sihat dan dalam lindungan Allah taala.. seriusss CF rinduuu gileer dengan kekasih CF ni kami bercinta sejak 2009 lagi.. sehari tak pandang wajahnye.. tak keruan dibuatnye.. dia akan  happy bila CF datang bertandang bertemu muka dengannya..

Ahaa.. jangan salah sangka k.. blog CF ni .. gara-gara ber'update' sejak Raya Haji kelmarin.. opss bukan terkorban .. tapi kena korbankan perasaan .. line tenet sedang ber'tawaf'.. rasanya dah masuk 5 hari macam tu jugalah.. ni pun dapat post di blog ni .. memang sangat bertuahlah.. alhamdulillah dengan izin-NYA.

Edit 31/10/2012 : Gara-gara post ni yang bertajuk Seriusss..rinduuu ada yang bertanya .. dengan siapa CF bercinta? hahaha gelak bes00 CF dibuatnyee.. bercinta dengan BLOG ni lah.. blog ni lah terapi buat CF.. suka duka bersama.. hari ni 800 post dah terhasil di laman blog ni .. semoga kita dapat berkongsi ilmu bersama..

Sempena 3 tahun NMC | Nur Munshi Career .. kami ada menawarkan KELAS BLOG from Zero Knowledge.. Pendaftaran adalah PERCUMA. Terhad untuk 10 peserta terawal sahaja.. di latih sehingga mahir .. hubungi 011 1511 6182 untuk pertanyaan.




23 Oct 2012

22 Oct 2012

Setelah Jatuh Cinta..Bangunkan Cinta ..

Monday, October 22, 2012 0 Comments
JATUH CINTA

Ramai pasangan membuka kunci kehidupan berumah tangga dengan rasa cinta antara mereka.

Jatuh cinta! Ya, bermula dengan jatuh cinta pandang pertama atas sebab yang pelbagai sehingga ikhtiar dilaksanakan bagi memulakan salam perkenalan antara keduanya. Setelah dua jiwa yang saling mencintai diikat dengan lafaz mulia 'aku terima nikahnya' mereka mula membina kehidupan bersama.

Berbekal perasaan cinta yang masih membara, serasa tidak begitu menyukarkan untuk mereka melakar musim bunga perkahwinan yang dipenuhi warna-warni keindahan. Kalau pun sesekali hujan gerimis datang tanpa diundang, keadaan itu tidak merencatkan kegembiraan mereka menikmati kuntuman mewangi yang sedang mekar dalam hati. Masalah yang timbul, pasti tidak memakan masa lama untuk dileraikan.

Semuanya tampak selari, sehati sejiwa. Begitulah kebiasaannya, permulaan yang bagai sempurna, tiada cacat dan cela. Walaupun begitu mukadimahnya, kini antara mereka ada merasa kasih suami sudah beralih arah setelah segala pengorbanan dilakukan sejak melangkah ke alam perkahwinan. Ada juga yang meluah sikap suami yang kurang memberi belaian tanda cinta dan sayang.

Tidak kurang pula yang menyatakan sudah tidak tahu bagai mana lagi usaha yang patut dilakukan bagi meraih cinta suami sedangkan kecantikan dirinya begitu dijaga dan diperhati namun layanan acuh tak acuh daripada suami menjadikan dirinya merasa kurang dikasihi.

21 Oct 2012

Gigi Sihat Putih Berseri

Sunday, October 21, 2012 0 Comments

Menurut Janice Cox, pengarang Natural Beauty at Home, untuk mendapatkan gigi yang lebih putih berseri tanpa penggunaan sebarang bahan kimia, nikmati buah strawberi segar. Buah ini mengandungi asid ‘salicylic’ (astrigen pencegah plak) dan asid ‘citric’ (agen pencerah bersifat lembut).

Untuk mendapatkan gigi yang putih, sebelum memberus gigi di waktu pagi atau malam, lumurlah gigi dengan ramasan buah strawberi dan biarkan selama 2 minit. Bilas dan berus gigi seperti biasa.


21 Oktober 2012  | Ahad  |  2:47 petang




LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

20 Oct 2012

Terapi Jus : Rasa Hebat, Manfaat Berganda

Saturday, October 20, 2012 0 Comments

Minumlah jus buah-buahan segar bagi menjana semula tenaga yang hilang. Pastinya anda akan kekal kembali cergas dan cerdas. Jus sesuai untuk seisi keluarga tidak mengira peringkat umur. Kalsium misalannya untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak, antioksidan untuk dewasa dan serat untuk warga tua.


20 Oktober 2012 |  3:05 petang 



LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

17 Oct 2012

Nikmati Minuman Koko

Wednesday, October 17, 2012 0 Comments
Selamat minum petang..

Kajian daripada 'Yale school of Medicine' mendapati mereka yang menikmati dua cawan minuman koko tanpa gula boleh meningkatkan peredaran darah sebanyak 5 peratus.

Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi sekaligus menurunkan risiko penyakit kardiovaskular




17 Oktober 2012  |  3:23 petang

LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

16 Oct 2012

Info masakan Thai

Tuesday, October 16, 2012 0 Comments


Cadang nak makan di mana tengahari ni?
pilihlah sajian yang berkhasiat ye..

Nak cari masakan Thai?
wah sedap tu

Selamat Menikmati makan tengahari anda :)

Info masakan Thai
Hampir semua masakan Thai bercitarasa pedas dan banyak menggunakan rempah-rempah daun segar seperti saderi, serai dan daun ketumbar yang dapat menambahkan lagi aroma masakan.

Tarikh Post 16 Oktober 2012  |  12:30 Tengahari 



LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

15 Oct 2012

Tingkatkan Daya Ingatan

Monday, October 15, 2012 0 Comments

Untuk meningkatkan daya ingatan biasakan diri untuk minum jus sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap pagi. Sebaiknya pilihlah jus sayur atau jus buah. Menurut kajian yang dijalankan di Vanderbit University terhadap 1600 orang mendapati amalan meminum jus dapat mengurangkan 76 peratus dimensi (ketidakmampuan untuk mengingat)



15 Oktober 2012  |  8:30 pagi 




LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

14 Oct 2012

Cara rawat isomnia

Sunday, October 14, 2012 0 Comments

Kadangkala persekitaran bilik tidur juga mempengaruhi mengapa kita tidak dapat tidur lena di malam hari. Cuba ikuti tip ini :


1.  Percikkan air ke cadar dan sarung bantal anda dengan haruman lavender. Bauan lavender telah terbukti dapat membantu menenangkan minda di mana ia dapat membantu seseorang itu mendapatkan tidur yang berkualiti.

2.  Dapatkan bantal baru. Menurut kajian, bantal yang sederhana lembut dengan ruang mudah lengkuk di bahagian tengah bantal membantu memberikan keselesaan ketika tidur di samping mengurangkan rasa sakit tengkuk.


Auto Publish  |  14 Oktober 2012  |  Ahad   |  6:39 petang


LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

12 Oct 2012

19 Jawatan Kosong Majlis Daerah Mersing

Friday, October 12, 2012 0 Comments


Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut di Majlis Daerah Mersing.

1. Penolong Arkitek Lanskap J29/J3
2. Penolong Pegawai Senibina J29/J36
3. Penolong Pegawai Penilaian W27/W32
4. Penolong Pegawai Tadbir N27/N32
5. Penolong Juruaudit W27/W32
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29/F32
7. Pembantu Tadbir Kewangan W17/W22
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17/N22
9. Pembantu Akauntan W17/W22
10. Pembantu Juruaudit W17/W22
11. Pembantu Penguatkuasa N17/N22
12. Pembantu Tadbir Undang-Undang L17/L22
13. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N17/N22
14. Pegawai Khidmat Pelanggan N17/N22
15. Juruteknik J17/J22
16. Juruteknik Lanskap J17/J22
17. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa J17/J22
18. Juruteknik Komputer FT17/FT22
19. Pembantu Kesihatan Awam U17/U22

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN KLIK SINI 


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KLIK SINI 

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Oktober 2012




LATIHAN KERJAYA PENGURUSAN PEJABAT : Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, laporan bulanan, statistik serta penyediaan dll. Kami sedia latih anda bagi Sesi Nov 2012. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Tempat Terhad. Pertanyaan 01115116182 (CF) / 0179270891 (En Muaz). Kisah Kejayaan graduan IPM layari www.ipmmunshi.com

Kamal Affandi selamat dibedah

Friday, October 12, 2012 0 Comments

Kamal Affandi selamat dibedah


PETALING JAYA - Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim selamat menjalani pembedahan selepas menerima rawatan di Hospital Beacon, di sini, kelmarin.

Kamal Affandi, 44, menjalani pembedahan selepas menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) yang mengganggu koordinasi tangan kanan dan pening kepala.

Beliau yang sebelum ini menerima rawatan di hospital KPJ Shah Alam kemudiannya dipindahkan ke Hospital Beacon, Isnin lalu dan menjalani pembedahan selama satu jam mengeluarkan gumpalan urat dengan radius tiga sentimeter di kepala.

“Keadaan saya semakin pulih selepas menerima rawatan dan bersyukur dengan sumbangan yang dihulurkan bagi meringankan beban.

“Saya kini dinasihatkan doktor untuk berehat sebelum memulakan aktiviti, tetapi penyakit ini tidak mematahkan semangat untuk kembali bekerja dan aktif seperti dulu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin di sini, semalam. Turut sama melawat beliau, beberapa personaliti televisyen termasuk Aznil Nawawi.

Kamal Affandi berkata, rawatannya melibatkan kos RM41,000 dan beliau mendapat layanan baik daripada pihak hospital.

Pengarah Perubatan Hospital Beacon, Datuk Dr Mohamad Ibrahim A Wahid berkata, rawatan menggunakan tenaga tinggi x-ray untuk membakar tisu di sebelah kiri otak Kamal Affandi merupakan kaedah teknologi baru.

Menurutnya, keadaan Kamal Affandi semakin pulih dan sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan lumpuh dan hanya dua peratus sahaja kemungkinan penyakit tersebut akan menyerang kembali.

“Kamal Affandi akan jalani rawatan susulan enam bulan lagi, tetapi keadaannya semakin baik.

“Penyakit AVM yang dihidapi Kamal disebabkan urat berada di dalam kepala mengganggu fungsi koordinasi otak yang sudah ada dalam kepalanya sejak lahir tanpa disedari.

“Ini menyebabkan beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan dan selalu berasa sakit kepala,” katanya.



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

11 Oct 2012

Learn to Type Free

Thursday, October 11, 2012 1 Comments

Learn to Type - Learn to type for free

TypingWeb is a free online typing tutor & 
keyboarding tutorial for typists of all skill levels. 
TypingWeb includes entertaining 
typing games, typing tests, and free 
official typing certification.

Completely Free
Perfect for All Ages
Lessons for All Skill Levels







Learn to Type - Learn to type for free

Learn to Type - Learn to type for free



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

10 Oct 2012

Seminar Jutawan Industri 2012 | Dr Azizan Osman

Wednesday, October 10, 2012 0 Comments
Seminar Jutawan Industri | Dr. Azizan Osman

Saya sendiri belajar daripada 
Dr.Azizan bagaimana membina 
perniagaan saya!
- Afdlin Shauki (Pelakon & Pengarah)


Impian Perniagaaan saya 
tercapai dengan mudah selepas
hadir ke Klinik Usahawan
- Maizurah Hamzah (Pelakon & Usahawan)


Banyak ilmu perniagaan yang 
saya tidak tahu, apabila hadir 
ke Klinik Usahawan Dr.Azizan 
- Rashidi Ishak (Pelakon & Usahawan)


Rugi siapa yang tidak hadir
program Dr.Azizan Osman.
Ilmu perniagaan yang 
dikongsikan sangat berkesan!
- Dato Jalaludin Hassan (Pelakon)





DAFTAR KLIK --> SINI 





[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

Ulang Tahun Kelahiran Abah | 10.10.2012

Wednesday, October 10, 2012 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim | AsSalam | 10.10.2012

Syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah kasih sayang NYA kita dapat menghirup udara di muka bumi ini. Alhamdulillah hari ini adalah hari Ulang Tahun Kelahiran Abah yang tersayang.

Nur doakan abah sihat, bahagia dan dapat beramal, menyumbangkan tenaga buat keluarga dan juga pelajar di luar sana. aamiin..

9 Oct 2012

Tahniah Graduan Lepasan IPM Munshi | Farhana binti Simin

Tuesday, October 09, 2012 1 Comments



Sekalung Tahniah buat Farhana binti Simin 
Graduan IPM Munshi 2008
diatas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(KPSL) Gred N27
Tarikh  : 09.10.2012 | 11:43 pagi 


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

8 Oct 2012

Gambar Kenangan Majlis Perkahwinan | 02 Jun 2012

Monday, October 08, 2012 0 Comments

Pemilik Blog | CF 





































































































































































Gambar oleh : blogger Tie Fatimah 

Tahniah Ilyas & Shiela 
dan bakal menimang cahaya mata 
pertengahan tahun hadapan .. aii bakal dapat gelaran 
mak saudara.. mak jah bakal jadi nenek :)
abah pulak akan jadi tok .. wahh..


[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

.

Follow Us @cfnurfarizan