12 October 2012

Kamal Affandi selamat dibedah


Kamal Affandi selamat dibedah


PETALING JAYA - Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim selamat menjalani pembedahan selepas menerima rawatan di Hospital Beacon, di sini, kelmarin.

Kamal Affandi, 44, menjalani pembedahan selepas menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) yang mengganggu koordinasi tangan kanan dan pening kepala.

Beliau yang sebelum ini menerima rawatan di hospital KPJ Shah Alam kemudiannya dipindahkan ke Hospital Beacon, Isnin lalu dan menjalani pembedahan selama satu jam mengeluarkan gumpalan urat dengan radius tiga sentimeter di kepala.

“Keadaan saya semakin pulih selepas menerima rawatan dan bersyukur dengan sumbangan yang dihulurkan bagi meringankan beban.

“Saya kini dinasihatkan doktor untuk berehat sebelum memulakan aktiviti, tetapi penyakit ini tidak mematahkan semangat untuk kembali bekerja dan aktif seperti dulu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin di sini, semalam. Turut sama melawat beliau, beberapa personaliti televisyen termasuk Aznil Nawawi.

Kamal Affandi berkata, rawatannya melibatkan kos RM41,000 dan beliau mendapat layanan baik daripada pihak hospital.

Pengarah Perubatan Hospital Beacon, Datuk Dr Mohamad Ibrahim A Wahid berkata, rawatan menggunakan tenaga tinggi x-ray untuk membakar tisu di sebelah kiri otak Kamal Affandi merupakan kaedah teknologi baru.

Menurutnya, keadaan Kamal Affandi semakin pulih dan sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan lumpuh dan hanya dua peratus sahaja kemungkinan penyakit tersebut akan menyerang kembali.

“Kamal Affandi akan jalani rawatan susulan enam bulan lagi, tetapi keadaannya semakin baik.

“Penyakit AVM yang dihidapi Kamal disebabkan urat berada di dalam kepala mengganggu fungsi koordinasi otak yang sudah ada dalam kepalanya sejak lahir tanpa disedari.

“Ini menyebabkan beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan dan selalu berasa sakit kepala,” katanya.



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tempat Terhad. Baucar Pendaftaran RM100 sah sehingga 10 Oktober 2012. Pertanyaan 011 1511 6182 layari www.ipmmunshi.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com