Khasiat
Roselle Lebih Hebat Dari Limau! Roselle atau nama saintifiknya hibiscus
sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh
badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang
terdapat dalam keluarga limau (citrus). Ramai saintis percaya pengambilan
Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik
kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya
dengan anti oksidan).
Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah
tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada
hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas
terhadap manusia.
CF amalkan Roselle lebih 3 tahun antara produk yang telah CF cuba iaitu Kapsul Roselle, Sos Roselle, Teh Roselle dari produk HPA.
Terkini CF mengamalkan buah roselle di rebus bersama gula perang. Alhamdulillah banyak perubahan antaranya; kurang kadar makan berlebihan, badan sihat, emosi terkawal, masalah pening kepala, kadang-kadang rasa nak pitam dan paling penting tidur pun nyenyak dan lena.
maklumat lanjut boleh klik SINI