Follow Us @soratemplates

4 October 2012

RapidKuantan mula operasi 1 Disember 2012



gambar : www.myrapid.com.my


RapidKuantan akan memulakan operasi daripada 1 Disember 2012 dan memberi perkhidmatan kepada tiga laluan.

Misi RapidKuantan akan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien; dan pendekatan yang akan digunakan adalah menggunakan modul yang Prasarana gunakan untuk RapidKL dan RapidPenang.

Untuk ketiga-tiga laluan di Kuantan ini, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan (frequency) pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Laluan 1: Gambang (Kolej Komuniti) ke Terminal Makmur
Kekerapan: Minima15 minit
Jumlah bas: 14
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 95 minit
Jarak: 49.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : University Malaysia Pahang (UMP), Airport Kuantan, Taman Tas,
Sg Isap, HTTA & Masjid Negeri

Laluan 2: Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 7
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 46 minit
Jarak: 18.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Indera Mahkota 2,
Terminal Makmur, Kolej IKIP/MRSM & Teluk Cempedak

Laluan 3: Kompleks Mahkamah to POLISAS Semambu
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 8
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 52 minit
Jarak: 21 km

Fakta Operasi:
- 1 Disember 2012 – RapidKuantan akan bermula dengan 32 bus (10 bus bersaiz 10 meter;
dan 22 bas saiz 12 meter.
- 1 Januari 2013 – kesemua 32 bus digunakan adalah bas 10 meter.
- Bas-bas yang digunakan adalah berlantai rendah dengan fasiliti OKU dan berhawa dingin.
- Menggunakan sistem tiket elektronik

Tambang
- Urusan tambang ditetapkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
RapidKuantan akan menggunakan tambang dua zon untuk Laluan 1 dan satu tambang atau
flat fare untuk Laluan 2 dan 3.

Depoh
- Sebagai permulaan, RapidKuantan akan beroperasi daripada depoh sementara – tanah 7 ekar di
Semambu untuk tempoh antara satu setengah tahun hingga 2 tahun. Tanah dimiliki oleh Lembaga
Kemajuan, Perusahan Pertanian Negeri Pahang (LKPP)
- Untuk jangkamasa panjang , RapidKuantan akan mempunyai depoh tetap. Kerajaan Negeri Pahang
telah memperuntukkan tanah 10 ekar, yang terletak antara Wisma Belia dan Kuantan Sentral untuk
depoh dan kemungkinan pembangunan ‘Transit Oriented Development (TOD)

Hab Bas
- Beroperasi dengan 4 hab bas utama - Kolej Komuniti Gambang, Indera Mahkota 2,
Teluk Cempedak & Kompleks Mahkamah.

Perhentian Bas
- RapidKuantan akan membina 30 perhentian bas baru dan 145 perhentian bas yang dipulih semula/
hentian tiang bas.

Butiran Operasi
- 29 September 2012 – Prasarana menaikkan 10 sepanduk di sekitar bandar Kuantan untuk
pengambilan pemandu dan pengedaran risalah.
- 2 & 5 Oktober 2012 – Iklan untuk ‘walk-in interview’ dalam Harian Metro & kempen melalui
rangkaian media sosial - Facebook, twitter and blog)
- 6, 7 & 8 Oktober 2012 – Temuduga terbuka atau ‘Walk in interview’ di Terminal Makmur
- 10 Oktober 2012 – Program latihan pemandu bermula di pejabat sementara RapidKuantan di
Stadium Darul Makmur
- 15 November 2012 – Program latihan akan tamat dan ketibaan 32 bus
- 1 Disember 2012 – Operasi RapidKuantan bermula

Laluan-laluan akan datang
Laluan 4 (Beserah to Terminal Makmur) pada pertengahan tahun depan.
Laluan 5 (Tanjung Lumpur to Terminal Makmur) pada pertengahan tahun depan.
Pemanjangan Laluan 3 daripada Kampung Padang Perdana (Jalan Sungai Lembing)



[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi November 2012 kini dibuka. SMS Nama, IC, Alamat dan hantarkan ke 0199936840. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. layari www.ipmmunshi.com

1 comment:

  1. best la :D bila nak ada rapidKedah pulak..?? ==''

    ReplyDelete