Follow Us @soratemplates

31 October 2012

Ukur ketelusan dalam perhubungan


Bukan mudah mencari kejujuran dalam sesebuah perhubungan. Menurut seorang psikologi, David JLieberman, dalam mencari teman sejati, ada beberapa kaedah menguji ketelusan atau keikhlasan dalam perhubungan. Admin paparkan cara terbaik bagaimana menguji ketelusan hati seseorang.

Perhatian
Salah satu mencari pasti ketelusan seseorang adalah perhatiannya. Suarakan perkara penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah si dia mahu tahu lebih lanjut atau sebaliknya. Jika tiada sebarang reaksi atau reaksi yang diberi tidak seperti yang anda inginkan, nilai-nilaikanlah sendiri…

Kesetiaan
Apa kata anda ceritakan sebuah rahsia teman lain kepada si dia dan lihat, sama ada si dia memberi sebarang komen atau sebaliknya. Seseorang yang telus, tidak akan melayan cerita tersebut malah, merasa keberatan mendengarnya kerana apa yang anda maklumkan kepada si dia adalah rahsia teman lain.

Kebanggaan
Seseorang yang ikhlas atau telus dalam perhubungan akan menumpangkan bangga dan kagum dengan prestasi anda. Perhatikan pula, apakah si dia mendekati diri anda tatkala menerima berita baik, bukan hanya saat anda ditimpa musibah. Jika si dia menghampiri diri anda hanya sekadar ingin tahu tentang musibah, sekadar ingin tahu tentang musibah, sekadar melafaz simpati dan tanpa usul penyelesaian, jelas sudah, si dia hanya mahu meraikan detik kejatuhan anda!


Kejujuran
Mereka yang jujur adalah mereka yang selalu ingin memaklumkan perihal yang tidak ingin anda dengar.

Penghargaan
Katakan kepada si dia bahawa ada perkara baik yang berlaku dalam hidup anda. Perhatikan, apakah si dia mendesak anda bercerita lanjut atau sebaliknya. Mereka yang telus akan menghormati harapan dan memberikan anda kesempatan untuk meraihnya tanpa desakan rasa ingin tahu.

Pengorbanan
Apakah si dia rela mengorbankan sesuatu jika dia mampu membuatkan anda berasa senang? Sanggupkah si dia mengorbankan kesenangannya sendiri demi kebahagiaan anda? Perhatikan apakah si dia memasang rencana untuk membantu anda atau si dia mendahulukan atau berusaha menyelamatkan kepentingannya sendiri.


No comments:

Post a Comment