Follow Us @soratemplates

30 November 2012

Bahagia

Friday, November 30, 2012 0 Comments


Bahagia adalah suatu rasa yang mengatasi keselesaan hati, 
mengatasi kesenangan yang berputik dari keupayaan memiliki 
dan mengatasi rasa tenang melalui bilah-bilah hari.

23 November 2012

Blog, Blogging, Blogger,

Friday, November 23, 2012 0 Comments

Blog, Blogging, Blogger, istilah yang tidak asing lagi di kalangan pengguna siber masa kini. Jika dahulunya Blog menjadi satu hobi atau aktiviti masa lapang. Namun kini ianya lebih kepada satu keperluan. Jika anda tidak Blogging, maka anda akan ketinggalan. Jika anda tidak mempunyai Blog, maka masih ramai belum menyedari kewujudan anda di dunia siber. Sampai begitu sekali sesetengah individu menganggap kepentingan Blog. Medium elektronik yang boleh membuka ruang, peluang dan menghapus jurang tanpa sempadan.

Mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Technorati, enjin pencarian internet, terdapat lebih 112 juta Blog atau kira-kira 175,000 Blog baru dicipta setiap hari. Angka ini pasti bertambah memandangkan peningkatan dalam penggunaan jalur lebar yang dilihat secara global dan kepopulariti Blog ini di kalangan pengguna Internet. Ia turut membuatkan lebih banyak perkara kini dijalankan secara Blogging seperti menulis diari peribadi, menjual produk, mengkomersialkan dan bermacam-macam lagi yang difikirkan oleh kita.

Bayangkan perniagaan yang sebelum ini hanya boleh dilakukan secara kecil-kecilan kini terbuka luas untuk sasaran pembeli daripada seluruh dunia (bukan negara kita sahaja) kerana Blog boleh diakses oleh sesiapa jua. Sebut sahaja produk pakaian, aksesori, telefon bimbit, malah barangan terpakai juga sudah banyak yang dijual menerusi Blog. Terdapat juga sebilangan individu yang menggunakan Blog untuk mengkomersialkan diri seperti memasukkan demo video nyanyian, Gig kumpulan dan ada juga yang pos hasil fotografi serta seni untuk tatapan pengguna Internet di luar sana.

Hal ini sekali gus membuka peluang untuk hasil kerja kita itu dikenal pasti oleh syarikat rakaman, penggiat seni atau mungkin kita boleh membina kumpulan peminat kita sendiri (siapa tahu!). Bagi mereka yang gemar menulis, mencari ruang untuk mengekpresi diri dan meluahkan isi hati agar ditatapi umum, Blog juga tempatnya. Ia merupakan tujuan ‘tradisional’ Blog disipta sebagai medan komunikasi dan papan kenyataan maya untuk menyatakan sesuatu atau sebenarnya hampir apa-apa jua.

Meskipun banyak faedah atau keuntungan yang ditawarkan oleh Blog, masih ramai juga yang beranggapan mencipta Blog ini bukanlah satu perkara yang penting dan sukar untuk dilakukan. Itulah sebabnya mereka tidak memiliki Blog meskipun niat untuk membinanya itu ada. Walhal mencipta Blog tidak sesukar yang disangka dan ia boleh dilakukan hanya dengan semudah 1,2 dan 3 sahaja kerana kebanyakan hos Blog menyediaan pendekatan langkah demi langkah untuk orang ramai mengikutinya.

Namun, seperti masakan meskipun bahan itu ada tetapi tidak tahu memasak pun susah ceritanya nanti. Sudahnya bahan terbaring atas para dapur sambil si tukang masak termenung memikirkan apa yang hendak dibuat pula selepas ini. Begitu juga halnya dalam Blogging, jika medium ada tetapi kita tidak tahu menggunakannya juga akan membuatkan kita tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh Blog sepenuhnya. Kesukaran mendapatkan bahan rujukan berbahasa Melayu mungkin salah satu sebab yang membuatkan kita kadangkala berputus asa hendak mencipta Blog sendiri. Yalah baru nak mencuba tetapi sudah tak faham. Akhirnya putus asa sahajalah jawabnya!

PETIKAN : A-Z BLOG (Tip untuk Blogger Wanita)

22 November 2012

Dalam pantun ku kirim rindu

Thursday, November 22, 2012 0 Comments
Dalam pantun ... ku kirim rindu... ,Rindu mengalir.. , rindu mengalir didalam kata .
Lemak manis , ala amboi-amboi . santan kelapa , ala amboi-amboi ....Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi . anak siapa ……perghhhh layan ni untk semua sahabat2 ku yg maniss manissss...@Efa Rizal..kakIla Kuya....Noor Zalieya...Ana Annoux.....Puteri Kayangan...Cik Wanie Cool...CFCF Nur Farizan Nasir....JNJN Anne....Siti Nabila

post by kak Asmidar Sham Haron













Lagu Roslan Madun - Lemak Manis sinonim dikalangan
pendengar Suara FM dan sering di putarkan
oleh DJ Lemak Manis tak lain tak bukan Pok Yop Suara FM.

Setiap kali kemunculan penjual suara ini pasti ada kelainan yang dibawa
tidak hairan lah dia mempunyai pendengar tersendiri sehinggakan
ramai yang merindui celotehnya..

Antara pendengar setianya geng IPM Munshi
kak Asmidar Sham Haron
Efa Rizal, Noor Zalieya, Cikgu Ana, Puteri Kayangan
Cik Wanie Cool, Siti Nabila dan ramai lagi

Suara FM adalah radio online telah ditubuhkan
pada bulan Jun 2012 yang lalu dan kini
mempunyai Fan 1685 (22/11/2012 | 3:14 petang)
dan 12 peratus talking about this

Terima kasih kak Asmidar Sham Haron
kerana membenarkan CF copy paste
dari wall milik peribadinya..

teruja dapat bersua muka dengan Roslan Madun
semasa Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian.


haishh dan dan dia sibuk pun boleh post entry ni yek
ish ish CF CF..


jom layan lagu Lemak Manis