2 November 2012

Ada apa dengan MENAIP?


AsSalam pagi 02.11.2012

Pagi-pagi lagi dah menaip di laman blog ni .. hmm apa cerita ya.. malam tadi CF sibuk menanda kertas Ujian Kecekapan Menaip bagi pelajar Sesi Jun 2012 – November 2012. Ujian tersebut telah diadakan di IPM pada 31.10.2012 (hari Rabu).

Ada apa dengan menaip ni? Semua orang boleh menaip.. yang ada FB aka muka buka of course boleh menaip.. betul tak? Soalnya adakah anda mempunyai skill menaip yang bagus.. menggunakan penaipan sentuh atau Touch Typing yang betul?  

Dalam tempoh 10 minit pelajar perlu mencapai tahap kederasan 1300 patah perkataan. Dengan latihan yang berulang-ulang kali sahaja kita mampu menguasai tahap kederasan yang telah digariskan dalam erti kata lain LULUS.

Susah ke nak capai 1300 dalam tempoh 10 minit? Tak ada yang susah melainkan anda yang menyusahkan diri sendiri.. tak betul kata CF? Ya lah dah ada cara dan kaedah yang mudah anda tak praktikkan. Masa kursus tak fokus dan anggap menaip senang sangat.

Kunci utama untuk LULUS dalam kederasan menaip adalah KOD JARI dan ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Bukan menaip kerana guru atau sebab terpaksa .. takut-takut tak dapat SIJIL MENAIP. Memang salah tanggapan anda dan anda adalah apa yang anda fikirkan.

Tak dinafikan apa saja pekerjaan datang nya dari kesusahan kesulitan dan adakalanya ia bermula dari kosong..kosong (Najwa Latif yang cakap hehe) tapi dengan ada iltizam yang tinggi bak kata lirik lagu Yusri KRU.. yang susah ku senangkan asal hajat dipenuhi..hmm macam tu lah..

Anda diberi kuota hanya 6 bulan sahaja untuk lebih mahir dan persaingan kat luar sana sangatlah hebat sebab pasaran kerjaya di Malaysia lebih tertumpu dan mencari calon/pekerja yang mahir dan terlatih dan jangan pandang remeh dengan kemahiran menaip semua kerja di pejabat memerlukan jari jemari anda untuk lebih tangkas dalam penaipan sentuh atau Touch Typing

Apa salahnya dan jadikan kemahiran Menaip adalah salah satu kemahiran lebih-lebih lagi anda yang mengambil jurusan Pengurusan Pejabat / Kesetiausahaan betul tak?

CF mendapat feedback dari jabatan di mana pelajar IPM boleh melaksanakan tugasan dengan baik dan jayanya serta mempunyai kemahiran atau soft skill yang baik. Malah ada yang tertanya-tanya dalam tempoh 6 bulan boleh mahir menaip dengan pantas?

Jangan tak percaya dan untuk rekod pelajar telah berjaya menaip 2000 patah perkataan dalam tempoh 10 minit. Semuanya atas usaha anda yang tak kenal erti jemu dan putus asa.

Anda mampu mengubahnya..









Grab Now !! : Yuran Menaip pun dah mahal sekarang ni kecuali ambil Pakej Latihan Kemahiran & Terus Bekerja | Pengurusan Pejabat / Kesetiausahaan.

Artikel ini khas untuk pelatih yang sedang dan pernah mengikuti kursus Menaip 

1 comment: