Follow Us @soratemplates

1 November 2012

Aduh peningnya kepala


Penyakit yang kerap dihidapi namun tidak ramai tahu faktor penyebabnya. Tambah musykil, ada banyak jenis pening kepala!

Sakit kepala terbahagi kepada banyak jenis. Namun hanya beberapa jenis sakit kepala sahaja yang kerap dihidapi. Jom kita baca jenis sakit kepala yang kerap dihidapi. Ketahui punca dan simptom-simptomnya.

SAKIT KEPALA KETEGANGAN

Biasanya sakit kepala ketegangan menyerang pada waku pagi. Penyakit ini berpunca daripada pengecutan otot-otot kepala, leher, lantas menyebabkan kedua-dua bahagian tersebut berasa berat. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan tekanan (stres), rasa risau yang menguasai diri dan terlalu banyak berfikir.


MIGRAIN
Antaranya jenis sakit kepala yang berbahaya kerana pesakit akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya enam jam, malah boleh berlarutan sehingga 24 jam. Kebanyakan mereka yang diserang migrain menghidapinya sebelum usia menjengah 30 tahun. Migrain ada beberapa jenis, antara yang popular ialah migrain klasik. Ia menyebabkan pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah. Pancaran petir, keadaan kepala yang seakan ‘mencucuk-cucuk’ atau banyak berfikir antara punca migrain klasik. Migrain biasanya dihidapi oleh wanita dan berlaku sewaktu mereka meningkat dewasa. Antara faktor utamanya ialah pengucupan reflektoris atau ketegangan pada pembuluh nadi ke otak. Mereka mempunyai masalah migrain akan mengalami sekurang-kurangnya sekali sebulan.

SAKIT KEPALA BERTUMPU
Dikenali juga sebagai cluster headache, sakit kepala bertumpu biasanya dialami oleh lelaki pertengahan umur. Ia menyerang secara tiba-tiba (tanpa sebab yang pasti). Serangan memuncak selama lima hingga 10 minit dan berlarutan selama 30 hingga 90 minit. Kepala penghidapnya akan berasa berat dan berdenyut-denyut pada bahagian belakang mata. Rongga hidung juga akan tersumbat lantas meyebabkan berair.












CARA MUDAH KURANGKAN SAKIT KEPALA
  • Berehat dan menikmati udara segar.
  • Pabila mempunyai masalah, jangan terlalu memikirkannya.
  • Jika perlu luahkannya pada keluarga atau teman.
  • Bersukan.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Pakai cermin mata hitam pabila dibawah terik mentari.
  • Minum air dengan cukup.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit terlalu kerap.

No comments:

Post a Comment