4 November 2012

Banjir: 3 lagi pusat pemindahan dibuka


IPOH – Tiga lagi pusat pemindahan dibuka di Daerah Hilir Perak selepas beberapa kawasan di daerah itu dilanda banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Mohd Fadzli Mohamad Hayat berkata, hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di Hilir Perak dinaiki air sehingga penduduk diarahkan untuk berpindah ke pusat  berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 35 keluarga termasuk dua bayi dilaporkan mendaftar di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

“Sementara itu, seramai 70 orang ditempatkan di Surau Batu 3 Selabak Luar, Teluk Intan melibatkan 21 keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, di Mukim Labu Kubong pula, lapan keluarga dipindahkan ke Surau Kampung Kunci Air 4 melibatkan 19 orang sehingga jam 4 petang tadi.

Jelasnya, kerja pemindahan mangsa dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, polis, Pejabat kesihatan dan beberapa agensi lain.

Bagaimanapun pusat pemindahan banjir di Kampung Air Hitam yang dibuka semalam telah ditutup sepenuhnya apabila 51 keluarga  dibenarkan pulang jam 9 pagi tadi, kata beliau.

Gambar : carian google

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com