1 November 2012

Beli sekiranya satu keperluan, dan letak ke tepi jika hanyalah keinginan.


10 soalan sebelum membeli

Sebelum keputusan dibuat, sebelum duit dihulur atau kad kredit diluncurkan di kaunter pembayaran, ada banyak persoalan perlu anda jawab.

Adakah anda membeli atas dasar keperluan atau keinginan? Anda pastinya bijak membezakan antara dua perkara ini. Beli sekiranya satu keperluan, dan letak ke tepi jika hanyalah keinginan.

Adakah kepentingan barang yang ingin dibeli mengatasi kepentingan perkara lain seperti membayar hutang tertunggak? Jika ia keperluan yang boleh ditangguhkan, sepatutnya anda utamakan perkara lain yang lebih penting.

Adakah anda boleh memiliki barang yang sama pada harga yang lebih rendah? Lambakan butik mahupun jenama menjadikan pilihan barangan di pasaran bertambah sedikit masa untuk membezakan harga dan kualiti. Berjalan-jalan di pusat beli-belah juga satu senaman.

Adakah barang yang dibeli secara online asli, berkualiti atau sekadar indah di layar kaca? Kelemahan membeli-belah melalui internet ialah tidak dapat membelek produk yang dibeli.

Adakah selamat membeli-belah melalui internet? Periksa dan yakin sepenuhnya sebelum anda memberi maklumat peribadi seperti nombor kad kredit dan sebagainya. Ambil masa untuk memeriksa latar belakang penjual.

Adakah harga barangan yang bakal dibeli akan lebih murah dalam masa terdekat? Biasanya kita boleh menjangkakan bilakah jualan murah bakal berlangsung. Lebih-lebih lagi di Malaysia yang meriah dengan jualan murah bersempena perayaan.

Adakah barang yang ingin dibeli akan habis dalam jangka masa terdekat? Adakalanya sesuatu barang dikeluarkan dalam kuantiti yang amat terhad. Jika ia satu keperluan dan sukar untuk mendapatkannya pada lebih baik anda membelinya segera.

Adakah gaya ini bertahan ini bertahan lama? Jika anda membeli sesuatu peranggu cuba renung-renungkan adakah trend dan gayanya bertahan lama. Paling tidak, bolehkah ia dipadu padan dengan peranggu lain? Barulah orang kata alah membeli menang memakai.

Adakah teknologi baru yang lebih canggih akan muncul dalam jangka masa terdekat? Soalan ini penting ditanyakan jika anda membeli telefon bimbit, kamera atau komputer riba. Begitu juga jika membeli barangan edisi terhad seperti beg tangan.

Adakah barangan yang dibeli sudah ada di dalam koleksi anda? Ramai antara kita dek sebab rajin membeli hingga lupa apa yang sudah ada di dalam himpunan mereka. Malah ada yang belum sempat dipakai.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com