15 November 2012

Kenapa Blog Terlalu Lembap Bila Dibuka?


Kenapa sesetengah blog mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka? Pengunjung akan lari meninggalkan blog anda kerana terpaksa menunggu dalam kadar masa yang agak lama untuk dibuka. Menjadi tanggungjawab anda untuk mencari punca berlaku kelembapan.

Widget yang berlebihan, gambar-gambar atau grafik yang terlalu banyak dalam blog, kod-kod skrip dari pihak ketiga yang selalu tersangkut untuk dibuka, terlalu banyak slideshow dan banyak lagi punca-punca lain adalah antara beberapa sebab blog mengambil masa yang lama untuk dibuka sepenuhnya.

Anda boleh menggunakan khidmat Pingdom Tools untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan blog terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibuka. Setiap satu punca yang dibuka melalui blog anda akan dicatat kepantasan masanya, dari situ anda boleh mengambil keputusan untuk membuang atau menukar punca mana yang mendatangkan masalah.

Buka laman web Pingdom Tools di sini http://tools.pingdom.com/fpt/.

Taip alamat URL blog anda tanpa "http://" dan tanpa "/" dalam ruangan yang disedikan dan klik Test now:


0 comments:

Post a Comment