Berbicara dengan lemah lembut memanggil dengan
panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan
isteri.
Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih;
berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
Jujur dan amanah, jangan memandang rendah
pasangan, saling mengalah dan memaafkan, paling penting perhatikan kelebihan
pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan
orang lain.
Jangan mencela masakan isteri, berusaha
meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain
serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
Selalu berpegang tangan, bergurau senda, saling
membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa
diperlukan.
Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi,
bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang
ditanggung pasangan.
Peruntukan waktu khusus bersama pasangan seperti
makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak,
bersiar bersama-sama anak di taman.
Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.