9 December 2012

Kandungan lemak dalam makanan

Selamat bersarapan pagi rakan pembaca blog CF..
hmm makan apa pagi ni ye.. jom kita semak
kandungan lemak setiap isi kandungan
makanan yang kita pilih..

Satu keping roti canai  = 10 gram lemak

Sekeping roti naan  = 7.6 gram lemak

Sekeping roti telur = 13.5 gram lemak

Satu keping karipap = 10 gram lemak

Satu burger daging = 30 gram lemak

Satu ketul ayam goreng = 20 gram lemak

Satu pinggan mee goreng = 20 gram lemak

Satu pinggan nasi beriani  = 15 gram lemak

Satu bungkus kentang goreng  = 15 gram lemak

10 cucuk sate = 19.6 gram lemak

Sepinggan nasi goreng  = 25.1 gram lemak

1 sudu teh = 5 gram lemak

gambar : carian google













Berapa banyak lemak perlu diambil?

Bagi dewasa normal, keperluan harian pengambilan lemak yang terdapat atau ditambah dalam makanan adalah sebanyak 9 -13 sudu teh sehari.

Panduan pemilihan makanan yang kurang lemak.

Kurangkan  Daging berlemak
Pilih  = Daging tanpa lemak/ayam tanpa kulit

Kurangkan Susu berkrim dan berlemak
Pilih  = Susu rendah lemak

Kurangkan Makanan goreng
Pilih  = Masakan kukus, panggang

Kurangkan snek berlemak : kerepek, kek, biskut, kacang, kuih bersantan
Pilih  = Snek sihat : jagung kukus, buah-buahan segar

Makan Secara Sihat : Amalkan 5 M

1. Mengurangkan gula
2. Mengurangkan garam
3. Mengurangkan minyak
4. Melebihkan buah-buahan
5. Melebihkan sayur-sayuran

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia  

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com