19 December 2012

Keindahan Cameron Highlands



Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. 

Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mukabumi
Pengunjung boleh ke sini dari TapahPerak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung BrinchangTringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. 

Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh ,Cactus Valley, Strawberry Farm, rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung BerembanGunung JasarGunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.

Sejarah
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi

Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Pekan
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
1.     Ringlet
2.     Lembah Bertam
3.     Tanah Rata
4.     Brinchang
5.     Kea Farm
6.     Tringkap
7.     Kuala Terla
8.     Kampung Raja
9.     Blue Valley




Pemandangan Ladang Teh



Rumah gaya inggeris di Cameron Highlands


Air Terjun Lata Iskandar, merupakan salah
satu tarikan pelancong di Perak.
Lata Iskandar terletak berhampiran daerah
Tapah, Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.



#1 Pasar Malam Brinchang  |  cerita blogger www.cikreenatan.com



#2 Pasar Malam Brinchang  |  cerita blogger http://sharinginfoz.blogspot.com



Taman Agroteknologi Mardi
lagi gambar menarik --> http://destinasicameronhighlands.blogspot.com


Big Red Strawberry Farm  |  blogger http://mrkumai.blogspot.com

Penginapan 


  • Lokasi : Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  • Di tingkat 2, tiada lif
  • RM280/malam (weekend), RM250/malam (weekdays)
  • Deposit RM100 untuk confirm booking. Seandainya berlaku pembatalan wang hanya dipulangkan sekiranya terdapat guest lain yg check in pada tarikh tersebut
  • Kemudahan memasak, peti ais, rice cooker disediakan
  • Astro
  • Terdapat kedai makan dan kedai runcit di Puncak Arabella
  • 3 bilik 2 bilik air, 1 tilam extra saiz queen disediakan
  • Check in jam 2 petang, check out jam 12 tengahari

Hubungi kak Aini
Call @ sms 0164941276
WhatsApp sahaja 0195270512

3 comments:

  1. wahh.... dulu prgi ikut rombongan... mabokk....

    ReplyDelete
  2. :) pastinya menarik keindahan Cameron Highlands :)

    ReplyDelete