Follow Us @soratemplates

3 December 2012

Kisah blogger Dieyaa Radzy


Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya mencoretkan sedikit pengalaman saya sepanjang sesi menuntut ilmu blogging ini. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Cik Nur Farizan binti Hj Muhd Nasir selaku tenaga pengajar bagi kelas blog kerana beliau telah memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk berkongsi pengalaman saya sewaktu mengikuti kelas blog.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah langsung mempunyai pengetahuan mengenai blog. Namun, sejak dulu saya memang mengimpikan untuk mempunyai blog sendiri tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

Setelah mengetahui bahawa Cik Nur Farizan atau lebih mesra dikenali sebagai CF, adalah seorang blogger yang sangat mahir dalam dunia blogging, saya tidak melepaskan peluang untuk menuntut ilmu dengannya. Pada mulanya saya merasakan berblogging itu sangat susah kerana saya perlu mencari bahan-bahan untuk dimuatkan di dalam blog.

Jujur saya katakan memang saya langsung tidak tahu menahu bagaimana untuk membina blog, bagaimana caranya untuk mengendalikan blog, apa yang perlu dibuat, di mana perlu dicari dan diambil bahan-bahan, bagaimana cara untuk menukar template, latarbelakang untuk hiasan, dimana dan dari mana widget-widget dapat diambil, bagaimana untuk mengenali dan memahami kod-kod HTML yang saya sendiri pada mulanya tidak faham sedikit pun.
Namun setelah menuntut ilmu dari CF, alhamdulillah, saya sudah mahir dan mengetahui bagaimana cara-caranya.

Dalam dua jam pertama saya masih lagi tidak dapat menangkap bagaimana caranya untuk berblogging. Tetapi CF sabar mengajar saya satu persatu sehingga saya faham sedikit demi sedikit. Saya bergantung sepenuhnya kepada CF untuk memenuhkan post di blog saya.

Apa yang bagusnya mengikuti kelas blog ini bagi saya ialah, CF mengajar secara individu ataupun perseorangan. Jadi lebih mudah untuk memahami dan bertanya apa sahaja kerana CF memberi tumpuan sepenuhnya kepada saya ketika berada di dalam kelas beliau.

Cabaran sewaktu mengikuti kelas blog ini ialah, ketika mencari template-template dan latarbelakang yang sesuai untuk menghias blog. Saya perlu berhati-hati dalam memilih template kerana sesetengah template akan merosakkan blog. Selain itu, saya juga mempelajari cara menukar template dimana saya perlu memahami setiap kod HTML template tersebut.

Cabarannya ketika ini ialah sewaktu hendak mengubah kod sedia ada. Saya juga mudah berasa putus asa jika ada ilmu baru yang CF berikan tetapi saya tidak berjaya melakukannya. Namun, sebagai pendidik yang tidak mengenal putus asa, CF tetap lama-kelamaan, saya boleh mengendalikan blog saya sendiri dan saya boleh mencari bahan-bahan sendiri untuk disiarkan, dan untuk dihiaskan dalam blog saya.

Setiap kali mengikuti kelas blog, pasti CF akan menurunkan ilmu-ilmu blogging yang baru kepada saya. Contohnya, bagaimana cara untuk meletakkan ‘Button Like’ dalam post, bagaimana untuk meletakkan gambar menggantikan ‘Button Blogger’ dan banyak lagi. Ikhlas saya katakan, CF seorang guru yang tidak langsung kedekut ilmu. Setiap ilmu baru yang beliau perolehi, beliau tidak pernah lupa untuk berkongsi dengan saya. 

Jika ilmu tersebut tidak dapat saya lakukan, beliau akan terus berusaha tanpa mengenal putus asa supaya saya berjaya mempraktikkan ilmu yang diberi oleh beliau. Selama 10 jam saya mengikuti kelas ini, saya akui banyak yang telah saya peroleh dan saya boleh katakan bahawa saya mempunyai ilmu yang cukup untuk membina satu blog yang lengkap. Empat jam kelas tambahan percuma telah diberikan kepada saya setelah saya menamatkan 10 jam mempelajari blog. 

Di jam yang terakhir ini, CF memberi tunjuk ajar tambahan yang boleh ditambah dalam blog saya. Setakat ini, alhamdulillah, say mempunyai tiga blog yang mana dua blog wujud dari tunjuk ajar CF dari awal, dan satu lagi blog ialah blog yang saya bina sendiri sepenuhnya hasil dari ilmu yang saya tuntut dari CF.

Buat masa ini saya juga masih lagi mencari ilmu-ilmu baru untuk berblogging walaupun telah tamat 14 jam kelas bersama CF. Saya masih lagi meminta pandangan dan bertanya kepada CF sekiranya ada apa-apa masalah berlaku pada blog saya dan CF sentiasa sedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang sangat tidak terhingga kepada Cik Nur Farizan binti Hj Muhd Nasir kerana telah membantu merealisasikan impian saya untuk memiliki blog sendiri. Terima kasih CF atas setiap didikan dan tunjuk ajar serta segala ilmu blogging yang CF turunkan pada saya. Saya sangat-sangat hargainya. Setiap ilmu yang CF berikan InsyaAllah saya akan semat di dada sampai bila-bila.

InsyaAllah, saya juga ingin dan akan mengikuti jejak langkah CF untuk menjadi seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Setiap ilmu yang saya peroleh dari CF saya akan kongsikan dengan sesiapa yang memerlukan. InsyaAllah. Sekali lagi, terima kasih CF. Sekian.

~Rusydiah binti Mohamad Radzi~
Sesi Jan-Jun 2011

Blog hasil didikan Cik Nur Farizan 
http://rusydiahmohamadradzy.blogspot.com















berdiri dari kiri : blogger Zura, blogger Dieyaa
duduk : CF dan blogger CA

No comments:

Post a Comment