2 December 2012

Siri makan secara sihat : kurangkan lemak

Apa itu lemak? 

Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K. Walau bagaimana pun ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.

Jenis-jenis lemak 

Lemak Tepu
Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan kolestrol dalam darah.

Contoh: Daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.

Lemak Tak Tepu 
Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah.

Terdapat dapat dua jenis lemak tak tepu:
1.  Lemak mono tak tepu
- kebanyakan kekacang
- minyak zaitun
- minyak kanola
- minyak biji bunga matahari
- minyak bijan

2.  Lemak poli tak tepu
- minyak kacang soya
- minyak jagung
- beberapa jenis ikan seperti salmon atau tuna

Kesan Lemak Terhadap Kesihatan
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan :
i)  berlebihan berat badan
ii)  meningkatkan paras kolestrol dalam darah
iii)  meningkatkan risiko
- penyakit jantung
- diabetes
- beberapa jenis penyakit kanser

Tips mengurangkan pengambilan lemak

Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng.

Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan.
Pilihlah minyak yang berasaskan sayur-sayuran.

Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu rendah lemak.

Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak dan buang lemak
yang ada sebelum memasak.

Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis dan krim.

Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti membakar, merebus, mengukus,
atau memanggang daripada menggoreng.

Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.

gambar : carian google

Bersambung minggu depan 09.12.2012 
[Kandungan lemak dalam makanan]







0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com