29 September 2013

Insan hebat yang di pilih oleh Allah


Video ini telah dikongsi di laman facebook Tuan Mohd Shah
Read More

1 September 2013

Di Sebalik Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak-anak Yatim Nur Iman & Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Seri Damai Kuantan Pahang














































Read More

26 August 2013

Jodoh & Rezeki

Ada 4 perkara Tuhan telah tentukan;

1.kelahiran
2.kematian
3.jodoh
4.rezeki

2 perkara di atas kita mudah ikhlas dan serahkan pada Tuhan. Tanpa kita merancang dan 'stress' memikirkan bila hendak lahir dan bila hendak mati.

Namun 2 perkara dibawah tu - jodoh dan rezeki, ramai yang sukar ikhlas dan menyerahkan diri pada rancanganTuhan.

Sedangkan jodoh seperti berkahwin dengan siapa, jadi anak siapa, jadi ibu-bapa siapa, jadi adik beradik siapa, jadi majikan dan pekerja siapa, menjadi kawan siapa, jadi client siapa, buat bisnes apa, kerja apa..itu semua juga adalah jodoh yang TELAH ditetapkan.

Dan yang telah ditetapkan itu adalah yang terbaik buat kita.

Begitu juga rezeki, tidak terhad hanya rezeki wang sahaja -rezeki anak, rezeki ilmu, rezeki untung, rezeki tidur, rezeki kesihatan, rezeki peribadi mulia, rezeki ketenangan, rezeki kebahagiaan, rezeki kejayaan....Semua itu adalah TELAH ditetapkan.

Dan yang sebagaimana kelahiran dan kematian, ketibaan jodoh dan rezeki itu telah ditentukan buat kita oleh Tuhan.

Dan Tuhan berjanji - Apa yang ditentukan adalah yangTERBAIK buat kita.

Lantas mengapa kita perlu sedih, stress dan risau bila rezeki dan jodoh kita belum sampai?

Lantas, apakah 'kerja' kita?

Sungguh Tuhan itu hanya ingin kita bahagia, lantas tugas kita hanya Menerima dan menjalani setiap ketentuannya (yang belum ada, yang sudah ada, yang telah tiada) penuh kesyukuran.

Itulah 'tugas' kita.

Bersyukur..bersyukur..dan bersyukur.

Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH ciptakan aku
Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH menguruskan segala urusan hidupku
Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH menyusun yang terbaik buatku

Jika ada cara mudah untuk hidup bahagia, mengapa memilih cara susah?



















Berkongsi Nukilan Puan Diyana Tahir
Read More

22 August 2013

Memori Kek Kopi



CF bukan lah jenis penggemar kek 
sebenarnya dah lama mencari kek berperisa kopi 
pada usia belasan tahun CF pernah merasa kek jenis ni 

Bila ke kedai request kek kopi 
orang kedai cakap mana ada jenis kek macam tu 

oo bukan mudah nak cari hampir 10 tahun 
mencari perisa ala-ala kopi 
entah kenapa minat perisa tu 
mungkin rasa tu unik dan sedapp..

Pencarian belum berakhir .. hehe 
terpandang akak comel kita ni 
kepakarannya pandai masak kek yang sedap 

Jadi CF try lah PM Kak Sue 
kata Kak Sue kek Mocha adalah 
haa macam tulah lebih kurang 

Hai bukan CF tu panjang lebar 
dia menanyakan tentang kek tu 
nak macam tu lah .. inilah .. hmmm

perisa ni susah nak dapat 
berkat tak putus asa setiap kali 
request kek .. tak kisah 
nak hadiahkan untuk orang ke 

CF akan tanya kek perisa ni 
pelik lah CF ni maca-maca permintaan dia tu 

Terima kasih Kak Sue rasa kek ni 
memang best .. kek sederhana ni 
dimakan hampir 10 orang 
rasa sikit sorang :p

saja buat pelik sikit sebab bukan kek besday 


suka corak ni berseni .. biasanya kita tengok 
bentuk bunga ni di beli .. Kak  Sue mengadun corak 
dengan lebih kreatif 

wow !! best rasa kek ni 
yang penting tak jemu & bila makan 
tak rasa pening-pening 






sempat posing dengan owner kek ni - kak Sue (berbaju hitam)



Read More

15 August 2013

Allah lebih tahu apa yang kita perlu

Gambar : carian google

Ada kala, kita perlu teruskan kehidupan,
walau ada yang kita tak sempat buat persiapan..
Ada kala, kita perlu tinggalkan apa saja yang boleh
menyebabkan kita terhalang untuk maju ke depan.

Kemampuan membuat pilihan, dan membuat keputusan,
serta melakukan tindakan yang tepat benar-benar
memerlukan bantuan TUHAN.

Kita cuma tahu apa yang kita mahu, 
tapi, Allah lebih tahu apa yang kita perlu.
Jangan sedih dengan apa saja bencana yang berlaku,
 biarkan ia berlalu.

Pandang ke depan,
perjalanan masih panjang,
pasti ada hikmah yang akan Tuhan gantikan..
Enjoy your life, selagi ada kesempatan..

Hargai peluang selagi Allah bagi keizinan..
Tinggalkan saja mereka yang tidak tahu mensyukuri,
Jangan sampai kita juga berjangkit hingga lupa diri...
Selamat tinggal kenangan silam..

Selamat datang masa depan yang gemilang..
Life is beautiful, WORLD is wonderful..
Thanks to Allah who IS Most Powerful...



Read More

5 August 2013

Gambar Sekitar Berbuka Puasa di Padang MPK

Ucapan terima kasih kepada semua 
yang telah hadir Berbuka Puasa 
pada 28.07.2013 yang lalu 
di Padang MPK Kuantan Pahang














Mieya (kanan) dan rakannya

Dari kiri duduk (atas)  Hafizi, Razieman (bawah) Zulfikar     









































































































Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com