14 February 2013

Latihan Kerjaya Trengkas : Siri 1/2013 Edisi 14.02.2013


Bermula tahun 2013 CF akan mula memberi nota tambahan atau nota ingatan, 
bukan setakat dalam kuliah malah CF kongsikan di laman blog ini.

Cikgu ni pelik sikit.. haha.. hanya pelajar K1 ni je yang tau.. tapi seronok melatih anda semua.. apa pun belajar dalam keadaan happy.. ilmu pun dengan happy nak melekat dalam ingatan anda..

Ok dalam kuliah tadi kita membincangkan

Mengikut pusingan jam - Huruf : G,K,KH
Melawan pusingan jam - Huruf : L,R
Kiri ke kanan -  Huruf : M,N
Bawah ke atas –  Huruf :  D,T
Besar dan kecil – Huruf : A, E, I
Panjang dan pendek – Huruf : NG, NGG, NGK

7 ciri-ciri gurisan trengkas

1. GURISAN 3 SIRI
a) bentuk   
b) simbol  
c) saiz

bentuk :
Ciri-ciri huruf  J
di guris dari atas ke bawah
simbol : condong 45 darjah
saiz : penuh

2. GURISAN SAMBUNG
Gurisan yang boleh disambung antara
Vokal dan konsonan

Contoh :  AKAN
Perkataan ini boleh di guris bersambung
Kerana ke semua gurisan ini tiada
Gurisan di asingkan.

Huruf A : mengikut atau melawan pusingan jam
Saiz penuh ruangan

Huruf K : mengikut pusingan jam
Dari kiri ke kanan
Saiz ½ ruangan

Huruf A : mengikut atau melawan pusingan jam
Saiz penuh ruangan

Huruf N : mendatar dari kiri ke kanan
Saiz ½ ruangan


3. GURISAN KEKAL

Huruf :
AI/IA
AU
UA

4. GURISAN PENUH
Perkataan : LAUT
Perkataan ini perlu di gurisan penuh
Ini kerana AU adalah gurisan kekal

5. GURISAN HAPUS
Perkataan : JARI
Dan perkataan ini tiada gurisan
Di asingkan, maka JARI setelah
Di terjemahkan akan menjadi JRI
J & R boleh di buat penyambungan
Bermakna huruf A boleh di hapuskan.

6. GURISAN TAMBAH
Penambahan awalan & akhiran
Di guris agak berasingan dari kata
Dasar .

Perkataan : BERSAMA
BER : B
SAMA : SMA

7. GURISAN RINGKASAN
Di dalam gurisan trengkas kaedah Gregg
Telah dikhaskan gurisan ringkasan.

Contoh Perkataan :
SAYA = S KANAN @ MENGIKUT PUSINGAN JAM
NAMA = N
AKU = AK
ATAU = AT
ADALAH = AL
NEGERI = NE

Ok jumpa lagi di edisi yang lain pula..










0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com