7 February 2013

Pakar IT – Azli Paat Meninggal Dunia

Sangat mengkagumi beliau kepakaran dalam dunia ICT tidak boleh disangkal lagi.. terketar-ketar jari jemari menaip kisah Allahyarham Azli Paat selepas meng'update' status di laman facebook dan terpandang dari status rakan ..


















Mengenali beliau meski pun tidak pernah berjumpa hanya di dunia siber, ilmu yang di kongsikan bersama di ruang udara radio pilihan seluruh Malaysia antaranya di radio Malaysia Pahang, radio Klasik Nasional (dahulu radio 1) dan di kaca TV amat tak ternilai harganya. Jelas terpancar dari suara ceria Allahyarham adalah seorang yang ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.


Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall. sumber : mynewshub.my

Allahyarham Azli Paat pernah tampil di Malaysia Hari Ini (MHI) Januari 2013 yang lalu dengan perkhidmatan terbarunya adalah Adacode.  

Semoga kebaikan yang Allahyarham Azli Paat sumbangkan untuk kita, Allah akan membalas segala kebaikannya .. aamiin..

Allahyarham Azli Paat, pakar teknologi maklumat (IT) dan juga kandungan mudah-alih tempatan yang meninggal dunia dalam tidurnya pukul 7.30 petang tadi (Rabu 6 Feb). 1967 - 2013

Anda juga boleh mendengar ucapan khas kisah kenangan bersama Allahyarham di Radio Bernama 24 klik untuk dengar dan perkembangan terkini mengenai Allahyarham akan di semadikan boleh ke Facebook Bernama Radio 24

Kematian itu adalah pasti .. pergi tak akan kembali - Al-Fatihah. 





0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com