13 February 2013

Posted by CF Nur Farizan on February 13, 2013

AsSalam 12.02.2013

Alhamdulillah dengan izin ALLAH  kita masih dapat mampu diberi peluang bernafas di muka bumi pinjamanNYA. Alhamdulillah kita juga dikelilingi orang yang masih menyayangi diri kita.

CF tertarik dengan rakan sahabat facebook yang sentiasa memberi kata perangsang. Facebook bukan saja laman sosial semata tetapi bila dimanfaatkan dengan sebaiknya,ia boleh mendatangkan 1001 kebaikan.

Meminjam kata-kata yang lebih mesra dengan panggilan Kak Alyn Alina :

Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegur kita.
kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu.
tapi, bukankah LEBIH BAIK jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli
akan KESILAPAN yang dibuat, yang kita sedari tidak sedari?

Teguran adakalanya MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN
kita daripada KESAKITAN yang lebih parah.

Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama yang lain,
InsyaAllah...  - fb.com/alynnn2




Categories: