Follow Us @soratemplates

31 March 2013

Tutorial Send E-mel Melalui Akaun Gmail

Sunday, March 31, 2013 0 Comments
Langkah Pertama : 



Langkah Kedua : 
Masukkan Username & Password



Langkah Ketiga : 
Klik COMPOSE

Langkah Keempat :





Pilihan : 
Sekiranya anda ingin menghantar dokumen 
dalam bentuk Program MS Word dll 
Sila klik Attach Files

Dah siap semua tugasan ..
Klik Send dokumen / tugasan sedia untuk dihantar


Semakan :
Bagi memastikan dokumen siap di hantar 
Klik Sent Mail 


OK Selesai ..
Selamat Menjalankan Tugas :)

Sebarang Pertanyaan PM CF















17 March 2013

Pusat Transformasi Bandar Kuantan dijangka beroperasi pada 21 Mac 2013

Sunday, March 17, 2013 0 Comments

Terminal Makmur Kuantan yang diubahsuai untuk dijadikan Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre (UTC). Difahamkan, UTC ini dijangka akan mula beroperasi pada 21 Mac 2013 dan dilancarkan secara rasminya pada 26 Mac 2013 .

Apa fungsi Pusat Transformasi Bandar (UTC)?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs. - foto oleh Yusaini Bin Ibrahim











Sumber : Facebook KUANTAN

15 March 2013

Tutorial Bina Akaun Gmail

Friday, March 15, 2013 0 Comments
Edit : AsSalam semua.. apa kaba? selamat bersabtu kita ya..
ooh yaa.. CF percaya anda pasti hebat dan berjaya

Untuk pengetahuan anda..kami dalam proses mengemaskini
sistem pengurusan dengan cekap dan efisien.

Kemudahan e-mel pastinya membantu kami dalam menguruskan
Dokumen supaya dapat dihantar dengan cepat dan pantas.

Antara kelebihan e-mel untuk pelajar IPM :
Proses serahan RESUME
Keputusan Ujian (contoh : Keputusan Menaip)
Surat menyurat  (contoh : Surat Akuan Menaip)
Laporan Industri
Tugasan berkaitan dll

PERINGATAN : nama akaun gmail anda hendaklah
sewaktu dengannya

Contoh :
nurfarizannasir@gmail.com
nurfarizan89@gmail.com

Langkah 1 : layari http://www.google.com.my/


Langkah 2klik Gmail






Langkah 3 : create an account












Langkah 4 : masukkan butiran dengan lengkap
sekiranya tiada e-mel pada arahan : your current email address
masukkan alamat e-mel seperti yang tertera didalam 
gambarajah ini.





Langkah 5 :

























Langkah 6 : masukkan no telefon anda.













Langkah 7 : sila dapatkan code verification melalui no hp anda.










Langkah 8 :

Ok selesai  akaun gmail anda ..
Anda boleh skip – continue 
[terpulang untuk masukkan gambar atau edit mana yang patut]











selamat mencuba..

Untuk menghantar e-mel : klik SINI



12 March 2013

Durian Crepe

Tuesday, March 12, 2013 0 Comments
















yuhuuuuu.. update makan je dia tu kann
dia tu memang jenis pemakan orangnyee..

pssssttt.. CF nak habaq mai ni..
Durian Crepe paling sedap di Kuantan 
abad ini adalah Durian Crepe Kak Sue..

serius memang sedap.. 
dengan 5 biji harga paling istimewa 
adalah RM10 sahaja..

Order akan sampai ke pintu rumah anda..
yang paling best.. Durian Crepe ni 
akan dibuat setelah pelanggan membuat pesanan

Nak tau rasanya macam mana ye?
rasa durian la.. hehe

peminat durian boleh dapatkan Durian Crepe 
boleh PM Kak Sue Shafee

Burger Kukus & Bakar

Tuesday, March 12, 2013 0 Comments
wah..wah dah bermacam jenis burger
yang telah dipelbagaikan..kan..
jom jamu mata.. 
teringin nak makan boleh order ye..






disebalik pembikinan burger hehe..



Gerai ini terletak di 
Batu 5 Taman Guru 
15 minit dari bandar Kuantan






cikgu yang banyak cakap ni 
bertanya lah burger ni 
cara penyediaannya..

kata abang burger ni 
sebelum dibakar 
burger ni di celur dengan air panas
kemudian di bakar dan di celup dengan 
blackpapper .. 




memang best.. harga mengikut budget kita lah..
nak yang special.. bayaran sewaktu 
dengannya lah juga kan .. hehehe






gerai ni dibuka waktu malam sahaja..
bermula 8 malam ..

1 March 2013

Pengalaman Menjalani Kursus Pengurusan Pejabat di Institut Perdagangan Munshi (1/5)

Friday, March 01, 2013 0 Comments


Saya merupakan salah seorang pelatih Institut Perdagangan Munshi (IPM). Saya mula melangkah kaki ke IPM untuk melapor diri, perasaan saya yang berkobar-kobar sangat membuatkan saya lebih bersemangat untuk melangkah kaki di situ dengan niat & azam untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, dengan izin-Nya lah beradanya saya di sini.

Di IPM, saya belajar pelbagai subjek yang berkaitan Pengurusan Pejabat iaitu pentadbiran pejabat, motivasi, akhlak dan kerjaya, menaip, aplikasi komputer, asas perakaunan, english communication dan trengkas. 

Di awal pembelajaran saya, subjek menaip dan trengkas sangat menarik dan mencabar. 

Mengapa saya berkata begitu? 

Kerana subjek menaip perlu menggunakan mesin taip pada zaman dahulu yang saya fikir sudah tidak diguna pakai lagi. 

Majikan diluar sana masih memerlukan individu yang berkemahiran dalam menggunakan mesin taip.

Berbeza pula dengan subjek trengkas yang sebelum ini saya tidak tahu apa itu trengkas, ia tulisan atau gurisan yang sangat mencabar dan santai sekira memahaminya.

Alhamdulilah berkat tunjuk ajar dari Cik Nur Farizan, saya boleh menguasainya daripada sebelum ini saya zero knowledge tentang subjek ini. 

Saya sangat sukakan extra subjek dari Cik Nur Farizan, seperti tips solekan dengan betul. Subjek aplikasi komputer pula dibimbing oleh Cik Adawiyah juga mudah untuk difahami, berbekalkan buku rujukan komputer hasil idea Cik Adawiah

Berdasarkan ujian bulanan saya, ia semakin meningkat tahap pembelajaran saya. Subjek akaun dan English Communication yang diberi tunjuk ajar oleh Sir Sharif. Sememangnya sangat mudah difahami, cara pembelajaran Sir Sharif yang santai tetapi padat dengan ilmu yang diberi. 


Tuan Haji Nasir sebagai tenaga pengajar subjek motivasi, akhlak & kerjaya dan pentadbiran pejabat yang banyak mengajar tentang tatatertib ke pejabat dan juga banyak menerapkan nilai-nilai murni semasa di dalam kelas mahupun di luar. Suka saya mengingatkan kepada rakan-rakan agar sentiasa menghargai ilmu dan pemberi ilmu kepada kita.


Irna Rofiza Binti Mohd Sukeri
Pelajar Pengurusan Pejabat
Sesi September 2011 - Februari 2012