1 March 2013

Pengalaman Menjalani Kursus Pengurusan Pejabat di Institut Perdagangan Munshi (1/5)



Saya merupakan salah seorang pelatih Institut Perdagangan Munshi (IPM). Saya mula melangkah kaki ke IPM untuk melapor diri, perasaan saya yang berkobar-kobar sangat membuatkan saya lebih bersemangat untuk melangkah kaki di situ dengan niat & azam untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, dengan izin-Nya lah beradanya saya di sini.

Di IPM, saya belajar pelbagai subjek yang berkaitan Pengurusan Pejabat iaitu pentadbiran pejabat, motivasi, akhlak dan kerjaya, menaip, aplikasi komputer, asas perakaunan, english communication dan trengkas. 

Di awal pembelajaran saya, subjek menaip dan trengkas sangat menarik dan mencabar. 

Mengapa saya berkata begitu? 

Kerana subjek menaip perlu menggunakan mesin taip pada zaman dahulu yang saya fikir sudah tidak diguna pakai lagi. 

Majikan diluar sana masih memerlukan individu yang berkemahiran dalam menggunakan mesin taip.

Berbeza pula dengan subjek trengkas yang sebelum ini saya tidak tahu apa itu trengkas, ia tulisan atau gurisan yang sangat mencabar dan santai sekira memahaminya.

Alhamdulilah berkat tunjuk ajar dari Cik Nur Farizan, saya boleh menguasainya daripada sebelum ini saya zero knowledge tentang subjek ini. 

Saya sangat sukakan extra subjek dari Cik Nur Farizan, seperti tips solekan dengan betul. Subjek aplikasi komputer pula dibimbing oleh Cik Adawiyah juga mudah untuk difahami, berbekalkan buku rujukan komputer hasil idea Cik Adawiah

Berdasarkan ujian bulanan saya, ia semakin meningkat tahap pembelajaran saya. Subjek akaun dan English Communication yang diberi tunjuk ajar oleh Sir Sharif. Sememangnya sangat mudah difahami, cara pembelajaran Sir Sharif yang santai tetapi padat dengan ilmu yang diberi. 


Tuan Haji Nasir sebagai tenaga pengajar subjek motivasi, akhlak & kerjaya dan pentadbiran pejabat yang banyak mengajar tentang tatatertib ke pejabat dan juga banyak menerapkan nilai-nilai murni semasa di dalam kelas mahupun di luar. Suka saya mengingatkan kepada rakan-rakan agar sentiasa menghargai ilmu dan pemberi ilmu kepada kita.


Irna Rofiza Binti Mohd Sukeri
Pelajar Pengurusan Pejabat
Sesi September 2011 - Februari 2012

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com