17 March 2013

Pusat Transformasi Bandar Kuantan dijangka beroperasi pada 21 Mac 2013


Terminal Makmur Kuantan yang diubahsuai untuk dijadikan Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre (UTC). Difahamkan, UTC ini dijangka akan mula beroperasi pada 21 Mac 2013 dan dilancarkan secara rasminya pada 26 Mac 2013 .

Apa fungsi Pusat Transformasi Bandar (UTC)?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs. - foto oleh Yusaini Bin Ibrahim











Sumber : Facebook KUANTAN

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com