6 May 2013

Serunding Ikan

AsSalam rakan sahabat, 

Agak lama juga CF tak update resepi atau menu masakan 
di laman blog ni, insya Allah sepanjang Mei 2013 akan 
bergiat aktif semula berblogging ni..

Selepas dapat ikan segar dari Khairul K1/2013 
CF mula bercadang nak buat serunding 
senang dan mudah untuk di makan 
lebih-lebih lagi bagi yang tidak ada 
masa untuk beli makan tengahari tu 
just bawak je bekal kan..














Jom kita intai resepi serunding ikan

1 kg ikan kembung (rebus dan ambil isinya), 
15 tangkai lada kering (blender), 4 batang serai + 
seinci halia (dihirs halus/mayang) 4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih, asam keping, 
santan kotak (ambil separuh), 2 helai daun limau purut.

cara masak:
Tumis agak kekuningan bawang merah, 
bawang putih dan halia. Masukkan serai, lada kering,
 tumis sehingga garing/masak. 
(petua lada cepat garing masukkan gula)

Masukkan ikan yang dah dilerai-leraikan (ye ke ayat ni)
kacau rata masukkan santan sikit demi sedikit.
Guna kadar api yang perlahan. Kacau sehingga serunding tu ringan

Buat serunding perlukan kesabaran, sekiranya buat kerja
bersambil kerja lain, pastikan tak lupa yang serunding tu atas api ya.

selamat mencuba..







0 comments:

Post a Comment