26 August 2013

Jodoh & Rezeki

Ada 4 perkara Tuhan telah tentukan;

1.kelahiran
2.kematian
3.jodoh
4.rezeki

2 perkara di atas kita mudah ikhlas dan serahkan pada Tuhan. Tanpa kita merancang dan 'stress' memikirkan bila hendak lahir dan bila hendak mati.

Namun 2 perkara dibawah tu - jodoh dan rezeki, ramai yang sukar ikhlas dan menyerahkan diri pada rancanganTuhan.

Sedangkan jodoh seperti berkahwin dengan siapa, jadi anak siapa, jadi ibu-bapa siapa, jadi adik beradik siapa, jadi majikan dan pekerja siapa, menjadi kawan siapa, jadi client siapa, buat bisnes apa, kerja apa..itu semua juga adalah jodoh yang TELAH ditetapkan.

Dan yang telah ditetapkan itu adalah yang terbaik buat kita.

Begitu juga rezeki, tidak terhad hanya rezeki wang sahaja -rezeki anak, rezeki ilmu, rezeki untung, rezeki tidur, rezeki kesihatan, rezeki peribadi mulia, rezeki ketenangan, rezeki kebahagiaan, rezeki kejayaan....Semua itu adalah TELAH ditetapkan.

Dan yang sebagaimana kelahiran dan kematian, ketibaan jodoh dan rezeki itu telah ditentukan buat kita oleh Tuhan.

Dan Tuhan berjanji - Apa yang ditentukan adalah yangTERBAIK buat kita.

Lantas mengapa kita perlu sedih, stress dan risau bila rezeki dan jodoh kita belum sampai?

Lantas, apakah 'kerja' kita?

Sungguh Tuhan itu hanya ingin kita bahagia, lantas tugas kita hanya Menerima dan menjalani setiap ketentuannya (yang belum ada, yang sudah ada, yang telah tiada) penuh kesyukuran.

Itulah 'tugas' kita.

Bersyukur..bersyukur..dan bersyukur.

Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH ciptakan aku
Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH menguruskan segala urusan hidupku
Terima Kasih Ya Allah..kerana TELAH menyusun yang terbaik buatku

Jika ada cara mudah untuk hidup bahagia, mengapa memilih cara susah?



















Berkongsi Nukilan Puan Diyana Tahir

0 comments:

Post a Comment