This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

27 December 2014

Panduan warna pakaian harian anda.


PANDUAN WARNA PAKAIAN HARIAN MENGIKUT FITRAH ALAM DAN PSIKOLOGI
Digubal semula: Dr. Muhammad Aziz Shah Mohamed Arip/ drazizshah-nlp-est.blogspot.com

Hari : Isnin 
Warna Pakaian Harian : Putih
Psikologi  Warna :  Psikologi putih melambangkan ketenangan,  keheningan dan kesucian. Putih menangani stres.

Hari : Selasa
Warna Pakaian Harian : Pink, Violet
Psikologi Warna : Pink adalah kasih sayang, mencintai dan penuh emosi kasih dalam perhubungan manusia.

Hari : Rabu
Warna Psikologi Harian : Biru
Psikologi Warna : Biru warna komunikasi, suka berbual, meluahkan idea dan niat. Biru juga warna penawar bagi penyakit dan racun.

Hari : Khamis
Warna Psikologi Harian : Kuning, Oren
Psikologi Warna : Kuning pada waktu pagi adalah kreativiti dan oren pada waktu petang adalah keinginan, nafsu dan cita-cita.

Hari : Jumaat
Warna Psikologi Harian : Hijau
Psikologi  Warna : Hijau adalah warna ilmu, fakta dan kehidupan yang sentiasa hidup atas ilmu dan muhasabah diri.

Hari : Sabtu
Warna Psikologi Harian : Merah
Psikologi Warna : Merah adalah warna bertindak, aktif, agresif dan memulakan sesuatu.

Hari : Ahad
Warna Psikologi Harian : Hitam
Psikologi Warna : Hitam bukan warna, tetapi ketiadaan cahaya. Psikologi hitam adalah kekuatan yang menarik semua tenaga alam menjadikan diri lebih kuat, berevolusi, berkeyakinan dan teguh.

 di taip oleh www.nurfarizan.com

21 December 2014

Tak Sangka "Praktikal 30 Hari Saya Ditawar Kerja Dengan Mudah"







Hanif mahu mencari peluang pekejaan yang lebih baik. Dalam pada masa hanif belajar, hanif juga bekerja di salah sebuah pusat beli belah sejak dari zaman persekolahan lagi dia memang rajin mencari duit poket sendiri.
.
.
Oleh kerana mahu mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, satu hari hanif ternampak papan iklan peluang belajar dalam bidang pengurusan pejabat.
.
.
Hanif tidak melengahkan masa terus mendaftar masuk belajar. Melalui kursus ini hanif didedahkan ilmu asas pejabat. Dari situ hanif mempelajari teknik etika kerja, teknik berkomunikasi dengan baik, membuat permohonan kerja dan juga teknik temu duga.
.
.
Hanif akui yang dulu selalu datang lewat kini telah mula buat perubahan, biasanya kerja selalui bertangguh dan banyak perubahan selepas mengikuti kursus kerjaya ini.
.
.
Selepas tamat 6 bulan berkursus hanif didedahkan dengan dunia praktikal bagi memahirkan lagi setiap ilmu yang dipelajari.
.
.
Pada satu hari hanif mendapat panggilan dari cikgu cf yang menawarkan peluang pekerjaan walaupun hanif ketika itu baru menjalani praktikal 1 bulan di salah sebuah syarikat di kuantan.
.
.
Betullah kata cikgu sekiranya kita berilmu. Kemana pun pergi rezeki tetap menanti yang penting kita ikhlas dan rajin berusaha.
.
.
Alhamdulillah sesi temu duga segalanya berjalan lancar.
.
.
Kurang dua minggu dari sesi temu duga hanif mendapat panggilan telefon dari HQ Puspakom dan diterima bekerja dan mula bekerja pada 08/12/2014.
.
.
Syukur alhamdulillah kerana hasil usaha hanif selama ini membuahkan hasil dari belajar di Institut Perdagangan Munshi Kuantan menggunakan duit poket sendiri, hanya sempat menjalani praktikal 1 bulan saja kini telah menjawat jawatan pembantu tadbir di Puspakom Kuantan Pahang.
.
.
Sekarang ni ada pengambilan pelajar baru pada 6 Januari 2016 boleh dapat diskaun whatsapp


maaf pengambilan telah di tutup

kami sedia membantu untuk uruskan kemasukan kali ini.


Ilmu Storytelling Tuan Izan

Bismillah,

Selamat menikmati hari Ahad yang berbahagia ini.Mohon maaf agak lama tidak membuat sebarang post di laman blog nurfarizan.com akibat beberapa masalah teknikal yang tak dapat diceritakan disini. Apa pun saya CF tetap merindui dunia blogging ni yang dah jadi darah daging saya sejak 4 tahun yang lepas.
.
.
Oh ya banyak yang berlaku sejak hampir 1 bulan tidak berblogging. Cerita kisah peribadi? oh tidak pasal kerjaya okey. Jika nak dikongsikan dari pagi ni sampai pagi esok pun tak habis.
.
.
Yang menariknya adalah belajar bagaimana menulis storrytelling dan gurunya adalah Tuan Izan. Ilmu ni lah yang CF cari selama ni. Cer kongsikan? Oh ilmu belum habis dituntut dong .. haha .. gi mana seh mau kongsi haha
.
.
Hari-hari mengadap group Tuan Izan, best pulak storytelling dan pelajar-pelajar Tuan Izan berkongsi storytelling dan yang bestnye Tuan siap betulkan sekiranya storytelling kita salah.
.
.

Cop..cop..cop storytelling tu untuk apa ya? Ha bagi anda yang nak buat bisnes ke dalam erti kata menjual tu memang sesuai belajar ilmu ni, sebab orang tak suka dengar perkataan menjual bukan? tapi orang suka dengar cerita betul..betul .. So konsep story mory ni agak sesuai lah untuk uolss hehe
.
.
Nantikan CF akan kongsikan beberapa storytelling yang telah dipelajari dalam kelas online Tuan Izan. Part tajuk CF masih kurang mahir lagi. Tuan nak belajar lagi ilmu storytelling. Best cikgu (tuan izan) ni walaupun kita belajar dalam kelas online. Boleh dikatakan mudah faham walaupun CF ambil masa untuk faham .o.o

1 December 2014

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Trengkas K3/2014

Terima kasih kerana mengikuti kursus trengkas di Institut Perdagangan Munshi. Berikut senarai nama pelajar yang telah membuat pinjaman atau bayaran tertunggak sepanjang tempoh berkursus. 

Pembayaran boleh dibuat serendah :
RM50 (8 x bayar)
RM100 (4 x bayar)
RM200 (2 x bayar)


Cara bayar  :
Taip TRK hantarkan ke 011-1511 6182

Pertanyaan hubungi Bahagian Pengurusan & Hal Ehwal Pelatih 
Cik Nur Farizan (CF) di talian 09-553 1036.
  
Sijil Kursus akan dikeluarkan setelah pelajar membuat Bayaran Balik Pinjaman Trengkas.

TRENGKAS K3/2014

Senarai Nama Peminjam Trengkas K3/2014
Tempoh Bayar Balik   Disember 2014 –  Disember 2015
Jumlah Pinjaman: RM400


NAMA : EMIRASHIDAH BINTI ISHAK
NO MATRIK : SK-PP 03/5930/14
Tunggakan: RM200



NAMA : NUR IKA SYUHADA BT ABDUL HAMID
NO MATRIK : SK-PP 03/5931/14
Tunggakan: RM400

22 November 2014

Keluarga Haji Karim Rai Sepasang Cucu

Tahun ini saja keluarga Haji Karim telah menimang sepasang cucu. Bertambah meriahlah bila berkumpul nanti ya. Alhamdulillah syukur.

Muhamad Fariz Mukhriz bin Muhammad Farid dilahirkan pada 20/11/2014, kira-kira dua hari yang lalu,
Kami mendoakan semoga Siti Khadijah dan suami dipermudahkan urusan.

Siti Khadijah yang juga pelajar IPM kini telah berkhidmat di jabatan kerajaan sejak 2012


Puteri Ummu Hani

Tanggal 10/09/2014 lahirlah seorang puteri diberi nama Ummu Hani  comel dan manis wajah ahli-ahli  syurga. Semoga menjadi anak yang solehah serta diberi didikan yang baik oleh kedua ibu bapanya.

Ummu Hani adalah anak kepada Siti Noor Ummi juga merupakan pelajar IPM pada tahun 2008. Ummi kini telah berkhidmat di jabatan kerajaan .Semoga Ummi dipermudahkan urusan ya :)




Gambar dikirim oleh Fara Karim

Simple Touch by Umie MakeUp

Bila bercerita bab mekap ni memang menjadi kesukaan setiap yang bernama wanita, betul tak? Sebab kita sukakan kecantikan dan kecantikan juga melambangkan keyakinan seseorang.

Tak kurang juga sentuhan mekap oleh Umie MakeUp makin hari makin cantik solekannya. Mengenali Umie seawal tahun 2007 lagi seorang yang komited dengan apa yang diusahakan.

Jom cuci mata kat sini juga boleh contact Umie untuk tempahan sebarang majlis tunang / nikah / sanding.








































Kehidupan




Ketika catitan ini ditaip 22/11/2014 jam 8:05 malam aku (bahasa untuk diri)  baru saja habis bercakap dengan seorang penasihat peribadi banyak lagi tentang kehidupan yang perlu belajar, perlu aku tempuh, alhamdulillah hampir berkurun lama aku sebegini diasak dengan minda yang aku ciptakan sendiri, aku belajar menjadi orang yang baru, syukur Allah sentiasa temukan dengan orang-orang yang juga perantaraan dari dia.

sebelum keadaan berubah aku sendiri perlu berubah, sebelum aku menyayangi seseorang diri aku perlu terlebih dahulu disayangi. 

Setelah semalam dan sebelum ini aku lalui penuh dengan detik suram kelabu.

Alhamdulillah aku lalui hari ini dengan tenang dan keadaan bertambah baik. Seronok hari ini rasanya, syukur dan bermula dengan aku sendiri mahukan perubahan. Terima kasih utamanya kepada keluarga mak abah orang keliling yang sentiasa mendoakan diri ini. 

Syukur 
syukur
syukur

Aku amat jarang menceritakan kisah disini. Apa yang aku catit ini untuk diri aku dari hari minggu bulan dan tahun sejauh mana tahap perubahan yang aku dah lakukan untuk hidup dan orang sekeliling.

Mengeluarkan kisah lalu memasukkan cerita baru dalam kehidupan 22/11/2014.

21 November 2014

Maafkan Aku

Bismillah,

Jujur CF akui minggu ni adalah minggu yang mencabar. Jika difikirkan kembali manalah daya nak buat semua benda dalam satu masa. Kadang sihat kadang tu macam nak tombang haha.. Allah Maha Kuasa yang membantu mengaturkan segala urusan. Syukur sangat ramai mendoakan CF terutama anda yang membaca status CF ni :)



Maaf jika yang mesej tidak dibalas dengan cepat
Maaf jika hadir ke pejabat tidak dilayan sebaik mungkin
Maaf jika ada mesej di facebook tidak dibalas lagi
Maaf jika ada kelas lambat masuk .. haha apa daa cekgu ni 

Sebenarnya banyak maaf lagi yang CF nak pohon terutama :

Maaf boss jika aku tidak sempurna melaksanakan tugas sepanjang minggu ini.

Dengan ini aku mula kerja dihujung minggu tak kesah di rumah atau pejabat
Asalkan kerja ku siap dengan sempurna hehe

Baru lah hidup ini menceriakan :) 

Walau apa pun TQ boss IPM yang sentiasa mempercayai hasil kerja
diri ini :) sangat kamoo sangat-sangat .. haha ayat bodek la tu..


15 November 2014

PERCUMA Mudahnya Berniaga: Klinik Usahawan Dr Azizan Osman



Terpanggil untuk berkongsi dengan rakan sahabat Siri Mudahnya Berniaga Edisi November 2014. Kelas untuk mereka yang dah berniaga nak kembangkan lagi perniagaan dan bakal berniaga, yang makan gaji pun elok pergi yang tak bergaji pun elok pergi. Alaa gurau je lah .. bak kata DOA (Dr Azizan Osman) gurau pun tak boleh..

Datanglah.. anda akan dapat belajar sesuatu yang baru. Saya yang dah pergi akan pergi lagi insya Allah esok di Kuantan. Jangan percaya apa yang saya cakap.. hadirkan diri anda ya..

Tinggal di beberapa lokasi saja :

✔ KUANTAN (esok)
Bukit Gambang Resort City
Ahad, 16/11/2014  |  8.00 pg - 1.00 ptg



SUNGAI PETANI 
Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran 
Sungai Petani 
Jumaat, 21/11/2014  |  2.00 ptg - 6.00 ptg

MELAKA 
Melaka International Trade Centre (MITC)
Ahad, 23/11/2014  |  8.00 pg - 1.00 ptg

=============================

Daftar Sekarang!
www.KlinikUsahawan.com

100% percuma jika mendaftar 3 orang.





Hasil kelas Dr Azizan Osman yang saya hadiri maka lahirlah NUR Himalayan Salt. Masih baby lagi baru di pasaran 01/11/2014

Kepakaran saya adalah membantu wanita menaikkan aura seri wajah. Menjadikan badan lebih bertenaga kulit sihat lembut dan gebu. Maklumat lanjut layari www.nurhimalayansalt.com






P/S : Sorry DOC dah terbiasa dengan panggilan Dr Azizan Osman kini telah berpangkat haji 
Dr Haji Azizan Osman.

10 November 2014

Temu Duga PUSPAKOM Kuantan

Alhamdulillah,

Dengan izin ALLAH. Esok calon dari IPM akan menghadiri proses di temu duga di PUSPAKOM Kuantan. Semoga dipermudahkan urusan.

Untuk calon lelaki pastikan anda persiapkan diri ya :)

 

8 November 2014

Rai Ulang Tahun Kelahiran November 2014

Bismillah,

Cerita semalam Emirashidah selaku pelajar Sesi Jun 2014 hingga November 2014 dah nak tamat kursus di IPM alhamdulillah. Emirashidah membuat terlebih awal sambut ulang tahun kelahirannya  ini kerana ulang tahun sebenar adalah 28hb November 2014 jatuh pada tarikh peperiksaan akhir kursus.

bukan sekadar Tenaga Pengajar Akaun & Bahasa Inggeris
juga menunjukkan bakat seninya hehe




 Happy Birthday Emi :)



manis senyuman bak puteri



wah berposing bagai pelajar dan tenaga pengajar IPM ni hehe 
Dari kiri Athirah, ES, Emi & Ika :)


turut memeriahkan majlis ulang tahun kelahiran Emi 
terima kasih dari kiri Mira, Dayah, Ahirah & Izham
Izham sponsored kek! :)


 Terima kasih Izham sponsored kek!
wah macam birthday CF pulak.. perasan  :D






 Nasi Tomato + Ayam Special lupa nama lauk ni 
sedap sampai lupa hehe + acar yang sangat rangup 
Resepi ini turun temurun dari ibunya. Keluarga Athirah (shawl coklat)
mengusahakan katering. Menerima sebarang tempahan. Athirah Terima kasih tau :)


Athirah sediakan pencuci mulut 
buah oren 


 Sedap opor keluarga masakan keluarga Ika



puding karamel 




 mee hoon kegemaran CF memang best
makan bertambah. 3 masakan ini disediakan oleh Ika 
Terima kasih tau :)




 nugget .. umairah ada ni suka dia


french fries & sosej


Kek Batik disediakan oleh Emi



Jemput makan 


Selesai makan-makan. Sesi membungkus telah bermula 
 CA (Cikgu Adawiah) Tenaga Pengajar turut 
bantu membungkus tengok masih banyak 
lagi nasi boleh dibagi-bagikan kepada 
kawan-kawan yang tak sempat hadir 


Yeayy dapat makan dan dapat bawak balik lagi 
alhamdulillah rezeki :)



Sekali lagi Selamat Ulang Tahun kelahiran Emi - 28/11/2014 & Mira 24/11/2014. Semoga kalian dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka oleh Allah S.W.T. :) 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan majlis kali ini.

Terima kasih tau sudi baca blog nurfarizan.com :)