22 March 2014

Mee Hoon Sup Simple


hai selamat malam uols, dah makan malam ? okies kakcf share resepi mee hoon sup simple, sesuai untuk kita yang super duper bizi giteww
.
lets jom kita tengok cara nak buat mee hoon simple untuk 2 orang makan. Nak buat lebih hanya perlu tambahkan atau lebihkan bahan-bahanya ya😘
.
bahan-bahan penuh kaseh sayang nye adalah 💝
🍴 Mee Hoon (kakcf suka produk Sufi bersih dan produk muslim.
🍴 2 ulas bawang putih (diketuk atau ditumbuk kasar).
🍴 Ayam diambil isi dan dipotong dadu sederhana (5-10 dadu)
🍴 3 biji cili padi (diketuk atau ditumbuk kasar).
🍴 5 cm Lobak merah ( potong seperti acar atau potong secara hirisan kemudian potong secara memanjang).
🍴 2 helai sawi hijau.
🍴 1 helai daun sadri.
🍴 1 biji telur ayam.
🍴 garam secukup rasa
🌸 cara nak memasak :
1) Mee hoon dan sawi perlu direbus, basuh dan toskan (rebus berasingan)
.
2) Untuk tumis masukkan sedikit minyak. Kemudian masukkan bawang putih. Setelah bawang kekuningan masukkan 2 mug air, ayam yang telah dipotong dadu dan cili padi. biarkan mendidih dan ayam masak.
.
3) Kemudian masukkan sawi. Biarkan 1/2 minit. Pastikan api perlahan. Masukkan telur. Telur (kuning) masak baru masukkan mee hoon yang telah direbus. Biarkan 1/2 minit. masukkan daun sadri. Tutup api dapur. masukkan garam secukup rasa. Ok siap!
.
selamat mencuba, 💋 ai makan semangkuk jer tau :p

0 comments:

Post a Comment