9 March 2014

Mengelilingi & Menikmati Keindahan 7 Pulau di Tasik Chini Pekan Pahang

Sempena Cuti Tahun Baru Cina yang lalu
kami berempat datang bertandang buat 
kali kedua di Tasik Chini Pekan Pahang 
juga kali pertama kami menaiki bot di sini.

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang 
berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, 
Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semula jadi 
kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. 

Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir
 ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang 
untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa 
musim kering. 

Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu 
ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian 
pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Legenda

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami 
oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum 
(kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). 
Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di 
KhmerKembojayang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi 
projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan 
pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai 
kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas 
kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari 
kawasan utara ke selatan.

















Serius dekat sejam saya cuba tenangkan 
diri untuk naik bot sebab dah ada 
pengalaman lepas hampir lemas 
dalam kolam .. haha time tu tak 
pandai berenang .. sangat terkesan trauma nya tu

Alhamdulillah lepas solat asar, hati saya penuh 
rasa ceria cewaahh.. seronok sesangat diaa







































































































































































































































































Penempatan Kampung Orang Asli 
5 buah rumah saja di sini























naik bot Pak Cik Amran 
boleh call ada no tertera di belakang jaket ni

























































































kecut perut masa pak cik ni pusing selekoh
bot ni jadi senget, kus semangat :D































Terima kasih pak cik insya Allah bulan 5 
datang sini lagi, nak menikmati pemandangan
pulau dengan penuh bunga teratai :D















 Amboi bukan main ceria lagi yaa..

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com