Follow Us @soratemplates

30 May 2014

Nasi Lemak Kak YM (Suara FM)

Friday, May 30, 2014 0 Comments
Nasi lemak memang tidak asing dengan masyarakat majmuk negara kita. Nasi lemak juga tidak mendatangkan bertambahnya kadar kolesterol dalam badan. Fakta atau atau auta? 

Entry kali ini adalah berkaitan nasi lemak. CF agak suka jugalah dengan nasi lemak ni. Cuma dalam 1 bulan CF hadkan kadar pengambilan.

Kenapa pulak Nasi Lemak Kak YM (Suara FM) menjadi pujaan hati saya? Untuk pengetahuan pembaca nasi lemak ini didatangkan khas dari Shah Alam Selangor?

Bayangkan waktu nasi lemak ini disediakan adalah pada waktu malam. Malam? Ya waktu malam.
  
Saya ke sini diatas kunjungan restoran Ayam Bakar Station sempena meraikan Hari Ibu yang lalu. 

Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air :) alang-alang dah ada kat sini, meratalah berjalan yek..

Demi adik tercintanya Kak YM seorang diri didapur menyediakan 3 jenis lauk pada malam tu jugak..


CF mengidam akibat Group facebook Geng Cacamarba sering mengepos gambar nasi lemak akak kita yang sorang ni, apa tidaknya terliur kan..










sambal bilis wallahh..




Paru goreng.. sedap sangat





Sambal sotong.. terliur dibuatnya..


Terima kasih tak terhingga buat Kak YM. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak ya :) sayangg akak:) 

Nak rasa masakan Kak YM? Jom PM cari dimana lokasi akak kita berniaga.

Kak YM juga adalah penyampai radio online Suara FM. 


disebalik cerita ada cerita yang lain





Kak YM & suaminya PoK Dogo








Terima kasih Atok Ali belanja makan



ada saja gelagat yang mencuitkan hati

Bagaikan dah kenal lama dengan geng Suara FM. Walaupun pertemuan ini adalah kali kedua.

21 May 2014

Bengkel Solekan Mei 2014

Wednesday, May 21, 2014 0 Comments

Pada 17hb Mei 2014 bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang, bertempat di kuliah 1 Institut Perdagangan Munshi  telah diadakan Bengkel Solekan Peribadi - Teknik Solekan Asas. Bengkel ini bertujuan membantu peserta untuk tampil lebih berkeyakinan dengan teknik solekan asas.

Apa kata Peserta Bengkel Solekan Mei 2014

 


Apa yang saya dapat di dalam bengkel solekan ini adalah cara yang betul. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar cara penggunaan celak di mata, penggunaan pemerah pipi dan penggunaan bedak yang sesuai mengikut warna kulit muka. - Nur Syafika bt Mohd Taufik



Selepas menyertai bengkel solekan banyak tips-tips yang dapat  saya pelajari. Sebelum ini saya bermekap tanpa menggunakan teknik yang betul. Dalam bengkel saya pelajari teknik menggunakan bedak, eyeliner, eyeshadow dan paling penting cara untuk menutup cela di wajah. - Nor Faezah binti Othaman




Apa yang saya dapat pelajari di dalam bengkel solekan ini cara memakai bedak dengan teknik yang betul, menggunak eyeliner sedang sebelum ini saya tidak mahir menggunakannya dan mengukir kening tanpa bercukur. – Nurul Fazilah binti Abdul Haris





Saya berasa yakin setelah mengetahui teknik solekan berbanding sebelum ini. Bengkel solekan ini juga memberikan tips-tips berguna dalam solekan. – Nur Ezzaty bt Mohd Azhar





Setelah saya menyertai bengkel solekan ini banyak yang saya dapat pelajari teknik solekan yang betul ke pejabat, kenduri, majlis-majlis keraian mahu pun temu duga. Saya pelajari teknik penggunaan eye shadow, eye liner, blusher, bedak dan lipstik. Penggunaan span dan teknik meratakan bedak. – Nor Nadiah binti Hashim





Saya telah mempelajari teknik sapuan krim pada wajah, menutup menampal kesan jerawat agar tampil lebih yakin. – Siti Robakyah binti Ahmad




Teknik solekan yang betul dan tampil lebih berkeyakinan. – Nur Farhana bt Kamarzaman





Sejujurnya sebelum saya mengikuti bengkel solekan saya tidak tahu cara solekan sebenar bagaimana mahu bersolek. Kemudian, baru saya sedar 100% cara bersolek saya memang salah. 

Mungkin, itu menyebabkan saya kurang berkeyakinan dalam solekan. Saya dapat belajar cara menggunakan eye shadow. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan eyeshadow. 

Cara menggunakan blusher dengan betul, penggunaan bedak yang betul supaya mekap tahan lama dan tidak mudah cair. Saya juga dapat mengenali produk-produk yang lebih sesuai untuk digunakan. - Siti Fatimah Nur binti Omar




Dengan menyertai bengkel solekan yang dianjurkan oleh Cik Farizan saya lebih yakin untuk ke mana-mana dengan wajah yang sempurna dengan solekan. Inilah manfaatnya menyertai kelas sebegini. 

Antaranya, kita dapat mengetahui cara pemakaian krim, bedak, pembayang mata, pemerah pipi dan olesan gincu dibibir. Dari segi pembayaran juga adalah sangat berpatutan. Saya mengucapkan terima kasih dan teruskan bengkel ini di masa akan datang. - Nor Najihah binti Abdul Malek

=============================

Sambutan Hari Guru 2014

Wednesday, May 21, 2014 0 Comments



Pada 16 Mei 2014 yang lalu. 
Pelajar sesi Januari 2014 meraikan Hari Guru. 
Ucapan terima kasih tidak terhingga
kerana kalian berusaha memberikan keceriaan buat kami. 


Gadis bunga menantikan
kedatangan gurunya

MC Faezah


Bacaan doa disampaikan oleh Azman









Puisi hari guru penuh syahdu diiringi muzik latar
disampaikan oleh Hasmurni
Adakalanya,
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.

tapi..

kita kan tersenyum, walaupun dalam pilu.
kita kan tetap melangkah,biarpun hampir rebah.
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar.
meskipun tercalar dan maruah tercabar.




Pantun Hari Guru disampaikan
oleh Siti Robakyah

Guru ku tersayang

Bunga cengkih, bunga matahari,
harum wangi diruang tamu,
usahamu gigih setiap hari,
mendidik kami tanpa jemu.

laungan azan jauh kedengaran,
hati tenang mengucap syukur,
penuh sabar memberi ajaran,
kesalahan murid sentiasa di tegur.

jarum emas diatas peti,
dibawa pergi sambil berlari,
nasihat diberi tidak berhenti,
supaya kami membaiki diri.

Pakai baju warna biru,
pergi ke sekolah pukul satu,
murid sentiasa hormatkan guru,
kerana guru pembekal ilmu.

wajahmu manis tersemat dihati,
setiap masa bersuara tenang,
wahai guru yang kami hormati,
jasamu mulia tetap dikenang.

wah apa lah yang dibincangkan tu yekk..





Hadiah Hari Guru




Senyuman ceria Encik Sharif 






Kad Ucapan paling besar pernah kami terima 


Diapit oleh Ketua & Penolong 
Kumpulan 1/2014









Saya memberikan sepatah dua kata




Selamat Menjamu selera 



























Kek Hari Guru 






ok senyumm..





antara team yang turut menjayakan program kali ini



Terima kasih K1/2014





Jemput makan 













































Wah Encik Sharif menikmati laksa penang
katanya semua makanan K1/2014
masak sedap..



1..2..3.. senyummmm






























Laksa Penang .. Thorbaikk..





Terharu.. ucapan yang menarik perhatian kami..










saya dapat bunga ros merah 














Semoga K1/2014 terus menerima ilmu-ilmu segar 
dari kami. Kami mendoakan agar anda semua
terus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri.