21 May 2014

Bengkel Solekan Mei 2014


Pada 17hb Mei 2014 bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang, bertempat di kuliah 1 Institut Perdagangan Munshi  telah diadakan Bengkel Solekan Peribadi - Teknik Solekan Asas. Bengkel ini bertujuan membantu peserta untuk tampil lebih berkeyakinan dengan teknik solekan asas.

Apa kata Peserta Bengkel Solekan Mei 2014

 


Apa yang saya dapat di dalam bengkel solekan ini adalah cara yang betul. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar cara penggunaan celak di mata, penggunaan pemerah pipi dan penggunaan bedak yang sesuai mengikut warna kulit muka. - Nur Syafika bt Mohd Taufik



Selepas menyertai bengkel solekan banyak tips-tips yang dapat  saya pelajari. Sebelum ini saya bermekap tanpa menggunakan teknik yang betul. Dalam bengkel saya pelajari teknik menggunakan bedak, eyeliner, eyeshadow dan paling penting cara untuk menutup cela di wajah. - Nor Faezah binti Othaman




Apa yang saya dapat pelajari di dalam bengkel solekan ini cara memakai bedak dengan teknik yang betul, menggunak eyeliner sedang sebelum ini saya tidak mahir menggunakannya dan mengukir kening tanpa bercukur. – Nurul Fazilah binti Abdul Haris





Saya berasa yakin setelah mengetahui teknik solekan berbanding sebelum ini. Bengkel solekan ini juga memberikan tips-tips berguna dalam solekan. – Nur Ezzaty bt Mohd Azhar





Setelah saya menyertai bengkel solekan ini banyak yang saya dapat pelajari teknik solekan yang betul ke pejabat, kenduri, majlis-majlis keraian mahu pun temu duga. Saya pelajari teknik penggunaan eye shadow, eye liner, blusher, bedak dan lipstik. Penggunaan span dan teknik meratakan bedak. – Nor Nadiah binti Hashim





Saya telah mempelajari teknik sapuan krim pada wajah, menutup menampal kesan jerawat agar tampil lebih yakin. – Siti Robakyah binti Ahmad




Teknik solekan yang betul dan tampil lebih berkeyakinan. – Nur Farhana bt Kamarzaman





Sejujurnya sebelum saya mengikuti bengkel solekan saya tidak tahu cara solekan sebenar bagaimana mahu bersolek. Kemudian, baru saya sedar 100% cara bersolek saya memang salah. 

Mungkin, itu menyebabkan saya kurang berkeyakinan dalam solekan. Saya dapat belajar cara menggunakan eye shadow. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan eyeshadow. 

Cara menggunakan blusher dengan betul, penggunaan bedak yang betul supaya mekap tahan lama dan tidak mudah cair. Saya juga dapat mengenali produk-produk yang lebih sesuai untuk digunakan. - Siti Fatimah Nur binti Omar




Dengan menyertai bengkel solekan yang dianjurkan oleh Cik Farizan saya lebih yakin untuk ke mana-mana dengan wajah yang sempurna dengan solekan. Inilah manfaatnya menyertai kelas sebegini. 

Antaranya, kita dapat mengetahui cara pemakaian krim, bedak, pembayang mata, pemerah pipi dan olesan gincu dibibir. Dari segi pembayaran juga adalah sangat berpatutan. Saya mengucapkan terima kasih dan teruskan bengkel ini di masa akan datang. - Nor Najihah binti Abdul Malek

=============================

0 comments:

Post a Comment