21 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014




Pada 16 Mei 2014 yang lalu. 
Pelajar sesi Januari 2014 meraikan Hari Guru. 
Ucapan terima kasih tidak terhingga
kerana kalian berusaha memberikan keceriaan buat kami. 


Gadis bunga menantikan
kedatangan gurunya

MC Faezah


Bacaan doa disampaikan oleh Azman









Puisi hari guru penuh syahdu diiringi muzik latar
disampaikan oleh Hasmurni
Adakalanya,
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.

tapi..

kita kan tersenyum, walaupun dalam pilu.
kita kan tetap melangkah,biarpun hampir rebah.
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar.
meskipun tercalar dan maruah tercabar.




Pantun Hari Guru disampaikan
oleh Siti Robakyah

Guru ku tersayang

Bunga cengkih, bunga matahari,
harum wangi diruang tamu,
usahamu gigih setiap hari,
mendidik kami tanpa jemu.

laungan azan jauh kedengaran,
hati tenang mengucap syukur,
penuh sabar memberi ajaran,
kesalahan murid sentiasa di tegur.

jarum emas diatas peti,
dibawa pergi sambil berlari,
nasihat diberi tidak berhenti,
supaya kami membaiki diri.

Pakai baju warna biru,
pergi ke sekolah pukul satu,
murid sentiasa hormatkan guru,
kerana guru pembekal ilmu.

wajahmu manis tersemat dihati,
setiap masa bersuara tenang,
wahai guru yang kami hormati,
jasamu mulia tetap dikenang.

wah apa lah yang dibincangkan tu yekk..





Hadiah Hari Guru




Senyuman ceria Encik Sharif 






Kad Ucapan paling besar pernah kami terima 


Diapit oleh Ketua & Penolong 
Kumpulan 1/2014









Saya memberikan sepatah dua kata




Selamat Menjamu selera 



























Kek Hari Guru 






ok senyumm..





antara team yang turut menjayakan program kali ini



Terima kasih K1/2014





Jemput makan 













































Wah Encik Sharif menikmati laksa penang
katanya semua makanan K1/2014
masak sedap..



1..2..3.. senyummmm






























Laksa Penang .. Thorbaikk..





Terharu.. ucapan yang menarik perhatian kami..










saya dapat bunga ros merah 














Semoga K1/2014 terus menerima ilmu-ilmu segar 
dari kami. Kami mendoakan agar anda semua
terus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri.


0 comments:

Post a Comment