Follow Us @soratemplates

19 July 2014

Bengkel Kerjaya Siri 1 : Membina Surat Permohonan Kerja, Resume & Surat Terima Kasih




Alhamdulillah semalam 18/7/2014 saya berkongsi ilmu bersama pelajar Institut Perdagangan Munshi sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Bengkel Kerjaya ini adalah siri pertama. 


Ikuti apa kata pelajar manfaat Ikuti Bengkel Kerjaya Siri 1


Gmail
Mempelajari langkah-langkah untuk mereka akaun Gmail. Saya juga diberi pengetahuan tentang kelebihan dan kebaikan menggunakan Gmail berbanding akaun lain. Selain itu saya juga diberi bagaimana cara untuk menghantar e-mel.

Surat Permohonan Kerja
Surat permohonan kerja amat penting jika ingin memohon jawatan kosong di syarikat swasta. Ini adalah pengetahuan baru bagi saya tentang surat permohonan kerja dan bagaimana untuk menulis surat ini beserta perkara-perkara penting yang perlu dinyatakan.

Resume
Kelemahan resume menyebabkan ramai yang gagal untuk memohon jawatan. Saya mempelajari secara betul dan sesuai di dalam resume. Kita hanya menyatakan isi-isi penting dengan tepat, padat dan mutakhir. Membuat resume dengan betul dan tidak menciplak adalah penentu permulaan dalam memohon jawatan dimana-mana.

Surat Terima kasih
Setelah membuat surat permohonan kerja, menghantar resume dan akhir adalah surat balasan tanda terima kasih setelah kita dipanggil untuk menghadiri temu duga. Surat menunjukkan betapa kita prihatin dan mengharapkan berita gembira. Ini juga pengetahuan terbaru buat saya.

Nur Nasihah binti Abdul Samad
Kursus Kesetiausahaan
April 2014 – September 2014



RESUME
SURAT PERMOHONAN KERJA
SURAT TERIMA KASIH




No comments:

Post a Comment