18 July 2014

Perginya Tok Busu Mail

Tanggal 16.07.2014 kira-kira jam 10 malam
Perginya insan yang berjasa kepada keluarga saya.

Semoga Allah memberikan arwah Tok Busu Mail
tempat para solihin di sana.

Tahun lepas saya bergambar sakan dengan arwah Tok Busu rupanya itulah gambar pertama dan terakhir saya :)

(saya akan update gambar kenangan tu bukan sekarang ya)
 
Tok Busu Mail adalah adik ipar kepada arwah Tok Mak Johor arwah juga telah menyumbang masa, tenaga dan kewangan membantu keluarga Tok Mak saya.

Semalam selepas waktu kerja saya ke Hospital HTAA Kuantan  untuk ziarah Tok Busu, saya diberitahu oleh doktor, tok dah di bawa ke bilik bedah kira-kira jam 2 petang.

Saya sempat mengambil gambar katil dan tanda nama pada katil bisik hati saya buat kenang-kenangan. Maaf saya mengambil gambar dikawasan larangan :)




Setiap kali raya dah jadi acara tahunan wajib beraya di rumah Tok Busu.
 
Rupa-rupanya kenangan sungguh dimana pada malamnya  saya menerima mesej WhatsApp keluarga tok telah pergi selamanya selepas menjalani pembedahan kaki.

Jenazah arwah telah disemadikan di Kg Semaloi Endau Johor  kira-kira 9 pagi tadi. Al-Fatihah. Semoga tok tenang disana.

Tujuan coretan ini mengingatkan tarikh Perginya Tok Busu Mail, sebab blog ini jadi rujukan buat saya di masa akan datang. Juga mengingatkan saya hidup ini sangat singkat. Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain.

 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com