Follow Us @soratemplates

25 July 2014

Rendang Raya


Assalamualaikum. Di bulan Ramadan ini juga buat pertama kali saya menyediakan resepi rendang. 

Kenapa pulak ya saya namakan Rendang  Raya. Sebab musim raya saja saya buat rendang jenis ni hehe..  saya mula buat rendang pada tahun 2004 dan tahun ini adalah tahun pertama saya, saya tak masak rendang. Ambil alih oleh adik-adik saya lah pulakkan.

Resepi Rendang Raya ini adalah permintaan adik saya yang beraya di Brunei, almaklum sajalah tak dapat makan rendang orang Malaysia.

Jom kita permudahkan jalan cerita Rendang Raya ni.


Bahan-bahan:

1 kilo Daging (dipotong dadu/sedang)

Bahan tumis
50 sen rempah ratus
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

24gm kari adabi ayam dan daging (peket kecil)
Dicampur bersama air panas kacau rata


Bahan untuk dikisar (1)
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
5 biji cili padi
10 tangkai cili kering
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
3 batang serai 


Bahan untuk dikisar (2)
1 biji kelapa
santan perahan pertama (santan pekat)
santan perahan kedua & santan perahan ketiga


Lain-lain
2 helai Daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 peket kecil Kerisik
1 keping gula kerek


Cara memasak:

Langkah Pertama :
Masukan bahan tumis rempah ratus, bawang merah & bawang putih. Goreng kekuningan.


Langkah Kedua :
Masukkan kari ayam dan daging . Kacau hingga garing.


Langkah Ketiga :
Masukkan bahan untuk dikisar (1) seperti bawang merah, bawang putih, cili padi , cili kering, halia, kunyit hidup & serai dipotong halus.


Langkah Keempat :
Masukkan daging, dan santan perahan kedua & ketiga. Masukkan daun limau purut. Potong halus/siat-siatkan daun tersebut supaya naik aroma masakan kita. Masukkan gula kerek. Kecilkan api, kacau sekali sekala sehingga daging kering air dan empuk.


Petua : Bagi memastikan daging empuk dan masak masukkan garpu dan sudu ke dalam periuk  ( bahan masakan).

Langkah Kelima:
Apabila rendang tersebut kering masukkan santan perahan pertama (santan pekat). Masukkan kerisik. Kacau sebati dan biarkan sehingga kering.

Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Siap untuk dihidang. Rendang Raya ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk siap dimasak.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

Gambar hiasan : Blog Mat Gebu


2 comments: