30 Aug 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 Tahun - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Saturday, August 30, 2014 0 Comments





Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof
Lirik Lagu : Ahmad Fedtri Yahya





























































Gambar oleh : Rohana Musa












26 Aug 2014

25 Aug 2014

Bertuah

Monday, August 25, 2014 0 Comments
Bertuah.

Hari ini saya menerima kunjungan Amirul Afenddi dari Pejabat RISDA Daerah Lipis. Terima kasih masih mengingati kami disini. Rasa bertuah bila mana satu ketika dulu pernah mendidik anak murid ini dan kini memberi khidmat di pejabat kerajaan.

Sekiranya anda ingin ketahui cara bagaimana mendapatkan peluang pekerjaan dengan mempunyai kemahiran dalam bidang Pengurusan Pejabat, ikuti di http://www.ipmmunshi.com/kisah-kejayaan/

#CF #NurFarizan #InstitutPerdaganganMunshi #AmirulAfenddi #PelajarK42011 #PengurusanPejabat #PejabatRISDALipis #Pahang

21 Aug 2014

Rindu Awak 200%

Thursday, August 21, 2014 0 Comments
Saya bukanlah penonton secara berepisod drama Rindu awak 200% yang sedang ditayangkan di TV3 jam 7 petang.

Saya terdengar lagu yang dinyanyikan Lah Ahmad ini menusuk ke kalbu.. macam best jer lagu ni..
 
Lagu Ya Allah ini berunsurkan ketuhanan..




Lagu dipermulaan drama ini tidak kurang menarik juga Tuhan Jaga Dia Untuk ku nyanyian Dato Siti Nurhaliza.

Fakta Menarik Mengenai Tidur & Mimpi

Thursday, August 21, 2014 0 Comments




Ramai yang menganggap waktu tidur untuk merehatkan tubuh badan sahaja namun sebenarnya tidur mempunyai fungsi lebih daripada itu. Tidur yang tidak cukup boleh membuatkan hormon stres seseorang meningkat malahan boleh juga meningkatkan risiko masalah jantung.

1.  Ketika kita tidur, otak akan berehat dan sel-sel rosak akan diperbaiki.

2.  Ketika sedang tidur nyenyak, nafas, degupan jantung dan tekanan darah akan berada pada tahap paling rendah.

3.  Walaupun sedang tidur nyenyak, beberapa bahagian tubuh kita masih dalam keadaan sedar sebab itu kita masih boleh mendengar bunyi disekeliling contohnya mendengar bunyi jam loceng atau kucing mengiau.

4.  Suhu badan akan menurun menjelang pagi dan meningkat semula ketika matahari terbit.

5.  Mereka yang mengidap isomnia biasanya daripada golongan wanita dan orang tua.

6.  Ketika sedang bermimpi, otak sebenarnya sedang  bekerja mencari pengalaman yang sama ketika kita dalam keadaan sedar.

7.  Kebiasaannya kita akan bermimpi tentang orang yang pernah kita lihat, tidak kira kita kenal mereka atau pun tidak.

8.  Hampir 70 peratus daripada mimpi orang lelaki adalah berkaitan lelaki lain dan 30 peratus tentang wanita. Manakala mimpi seorang wanita adalah 50 peratus berkaitan lelaki dan 50 peratus mengenai wanita.

9.  Manusia boleh hidup 14 hari tanpa makanan namun manusia hanya boleh bertahan 10 hari tanpa tidur.

10.  Mamalia yang paling lama tidur ialah koala iaitu selama 22 jam dan mamalia yang paling kurang tidur ialah zirafah yang memerlukan hanya 2 jam untuk tidur.


Terima kasih sudi membaca! 




.

Follow Us @cfnurfarizan