21 August 2014

Fakta Menarik Mengenai Tidur & Mimpi





Ramai yang menganggap waktu tidur untuk merehatkan tubuh badan sahaja namun sebenarnya tidur mempunyai fungsi lebih daripada itu. Tidur yang tidak cukup boleh membuatkan hormon stres seseorang meningkat malahan boleh juga meningkatkan risiko masalah jantung.

1.  Ketika kita tidur, otak akan berehat dan sel-sel rosak akan diperbaiki.

2.  Ketika sedang tidur nyenyak, nafas, degupan jantung dan tekanan darah akan berada pada tahap paling rendah.

3.  Walaupun sedang tidur nyenyak, beberapa bahagian tubuh kita masih dalam keadaan sedar sebab itu kita masih boleh mendengar bunyi disekeliling contohnya mendengar bunyi jam loceng atau kucing mengiau.

4.  Suhu badan akan menurun menjelang pagi dan meningkat semula ketika matahari terbit.

5.  Mereka yang mengidap isomnia biasanya daripada golongan wanita dan orang tua.

6.  Ketika sedang bermimpi, otak sebenarnya sedang  bekerja mencari pengalaman yang sama ketika kita dalam keadaan sedar.

7.  Kebiasaannya kita akan bermimpi tentang orang yang pernah kita lihat, tidak kira kita kenal mereka atau pun tidak.

8.  Hampir 70 peratus daripada mimpi orang lelaki adalah berkaitan lelaki lain dan 30 peratus tentang wanita. Manakala mimpi seorang wanita adalah 50 peratus berkaitan lelaki dan 50 peratus mengenai wanita.

9.  Manusia boleh hidup 14 hari tanpa makanan namun manusia hanya boleh bertahan 10 hari tanpa tidur.

10.  Mamalia yang paling lama tidur ialah koala iaitu selama 22 jam dan mamalia yang paling kurang tidur ialah zirafah yang memerlukan hanya 2 jam untuk tidur.


Terima kasih sudi membaca! 




0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com