31 October 2014

CPUV: Jom Meriahkan Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Bismillah,

Pagi tadi blog CF dipenuhi dengan sponsored iklan by Nuffnang.Terima kasih memilih blog ini sebagai rangka promosi Jom Meriahkan Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Ada rakan bertanya apa itu Lan Berambeh? Pastinya ini loghat di Negeri Sarawak. Hmm CF kena tanya kawan-kawan Sarawak ni. 

Mungkin blogger Zie Madini boleh bantu maksud Lan Berambeh :)

Pagi tadi CF sempat intai-intai Facebook page  Berambeh Anak Sarawak 2014 



31 Oktober - 2 November 2014

Terima kasih Nuffnang

Lan Berambeh Anak Sarawak 2014


Apa itu CPUV?


Nama penuh CPUV ialah Cost-Per-Unique-Visit. CPUV dikira berdasarkan unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita. Unique visitors?
Read More

Penawar Tekanan: Aromaterapi Lavender Bantu Tenangkan Jiwa



Aromaterapi iaitu rawatan terapi bunga berupaya memberikan kelegaan atau tekanan positif terhadap kesihatan fizikal dan emosi sekaligus membantu mengurangkan tekanan
 

Sinonim dengan jelitawan Mesir, Cleopatra, penggunaan aromaterapi wujud sejak 5,000 tahun lalu menerusi amalan merendam tumbuhan wangi ke dalam campuran air mendidih untuk mendapatkan patinya.

Di Perancis pada abad ke-19, masyarakatnya menggunakan minyak lavender bagi membanteras wabak batuk kering atau berkaitan pernafasan.

Kebaikan lavender
------------------------
Ujian klinikal pertama sekitar tahun 1887, mendedahkan kepada dunia mengenai kebaikan serta kesan antibakteria pada minyak pati lavender.


Bau lavender diibaratkan haruman nostalgia yang berupaya menenangkan hormon tekanan, penawar terbaik dan antiseptik terkuat daripada tumbuhan.
Pati lavender bermanfaat merawat kulit terbakar, migrain, insomnia, ketidakselesaan reumatik dan kekakuan sendi serta gigitan serangga.

Bantu masalah kulit
-------------------------
Minyak pati lavender juga membantu mengatasi masalah kulit, jangkitan, tekanan, ketegangan saraf dan jangkitan selesema.

Menurut pengeluar asli minyak aromaterapi lavender dari New Zealand, Netherfield, lavender kaya molekul aromatik dipanggil ester (antikejang), menenangkan dan fungsi tonik serta beberapa molekul lain yang berfungsi sebagai antivirus dan antiradang.

INFO: Penggunaan pati lavender
---------------------------------------


1) Mandian: Elok untuk sakit otot , bersantai, melegakan tekanan. Letakkan enam atau lapan titis minyak pati Lavender dan sedikit garam.

2) Pancuran: Selepas membasahkan rambut, tambahkan 3 titik minyak Lavender ke dalam penutup air dan berdiri di bawahnya.

3) Pengewapan: Letakkan ‘pembakar minyak’ atau ‘pengewap’ dengan air dan letakkan enam hingga lapan titis minyak lavender dan biarkan di dalam bilik tidur atau lokasi tertutup. Ia elok diamalkan sekiranya anda kurang sihat.

4) Urut: Penggunaan pati aromaterapi mudah diserap ke dalam aliran darah dan membantu menenangkan fizikal dan emosi.

5) Tisu: Gunakan satu hingga tiga titis minyak Lavender dan sedutlah selama mana dikehendaki.

6) Penyedutan wap: Gunakan pati lavender sebagai terapi pernafasan. Tambah emapat hingga enam titis pati ke dalam mangkuk air panas, letakkan tuala di atas kepala anda dan bernafas dalam wap.

7) Terbakar: Letakkan beberapa titik minyak lavender di kawasan terbakar. Ia hanya sesuai untuk kesan kebakaran tidak serius. - Sumber Berita Harian

=========================================

Minyak Lavendar telah diadun bersama Garam Mandian NUR Himalayan Salt 100% asli.

Sempena Jualan Pembukaan
Kami nak bagi harga istimewa & mampu milik

Oh ya terhad untuk 200 botol pertama sahaja ya

Sms/ WhatsApp sekarang
014-297 9545

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:
>>>www.nurhimalayansalt.com<<<



Review 31/10/2014







Read More

Tahukah Anda: Khasiat Oren













Tahukah anda 100% jus oren menyediakan pelbagai
vitamin dan mineral dan ia bebas lemak.
.
.
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
.
.
Begitu juga Garam mandian mempunyai 84 mineral dan 100% tulen.
.
.
NUR Himalayan Salt
>>>www.nurhimalayansalt.com<<<

Read More

Pilih KERJAYA Bukan Kerja ?


Pilih KERJAYA Bukan Kerja ?


Tidak semestinya jika kita mempunyai pekerjaan, majikan atau perniagaan kita mempunyai kerjaya. Semua orang mempunyai sumber pendapatan atau sebahagian besar daripada kita menjadikan pekerjaan sebagai sumber pendapatan atau kewangan utama.



Jika pekerjaan tersebut ingin dijadikan sebagai sumber pendapatan yang lumayan, maka ia perlu dijadikan sebagai kerjaya. Untuk membina kerjaya yang cemerlang, kita perlu menganggap diri kita sebagai sebuah jenama dan ia perlu dibina. Apabila jenama dibina, maka kerjaya akan terbina. 




Dalam bab sebelum ini, kami telah menyentuh tentang cara mencari kerja. Pada peringkat permulaan, semua orang akan mendapatkan apa sahaja pekerjaan. Pekerjaan dianggap penting kerana dengannya kita boleh mendapatkan wang. Dengan wang, kita boleh makan dan minum, mempunyai tempat tidur dan pelbagai perkara asas yang lain.


Ada orang mengatakan wang bukanlah segala-galanya. Tetapi, ada juga orang yang menyatakan segala-galanya adalah wang. Jika anda hanya berminat untuk makan gaji setiap bulan dan bekerja kerana gaji dan ganjaran, maka bab ini bukanlah untuk anda. Jika kita bekerja dan makan gaji, kita akan berharap dan bergantung kepada majikan (dengan izin ALLAH).



Jika berniaga, kita bebas dari majikan. Mungkin kita akan menghadapi masalah lain, tetapi insya Allah kita akan lebih bebas daripada bekerja makan gaji. Ramai orang berfikir dan mungkin ada angan-angan untuk berniaga, tetapi tidak ramai melakukannya atas sebab-sebab seperti takut risiko atau tiada modal.



Oleh itu, pekara yang ingin dikongsikan dalam bab ini adalah jika kita menganggap kerja kita sebagai kerjaya dan meletakkan tanggungjawab untuk membina kerjaya kita atas bahu kita sendiri, maka kita boleh maju ke depan, berasa gembira, puas hati dan bebas daripada tugasan harian kita.





Kami ingin memberi pendekatan pada tiga kategori situasi seseorang di tempat bekerja iaitu:



1) Dia Seorang Pekerja

2) Dia Ada Kerjaya

3) Dia Mendapat Seru



Perbezaan tentang ketiga-tiga kategori ini akan dibincangkan terlebih dahulu dan selepas itu barulah perbincangan akna tertumpu pada kategori kedua dan seterusnya tentang membina kerjaya.



Seorang yang menganggap dirinya sebagai seorang pekerja akan hanya menunggu arahan dan tugasan daripada  majikannya dengan mengharapkan ada ganjaran yang akan diberikan pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan setiap bulan.



Setahun sekali, seorang pekerja akan menunggu bonus dan kenaikan gaji daripada majikan. Jika ada keperluan penting yang berlaku di dalam hidupnya, tempat harapan hanyalah pada majikannya. Hidup pekerja boleh dianggap mudah. Peraturan telah ditetapkan. Hak atau tanggungjawab pekerja dan majikan juga telah ditetapkan.






Individu dalam kategori kedua pula adalah seorang yang mempunyai kerjaya.



Disini kita namakan dia Hidayat. Pada Hidayat, setiap perkara yang dia  lakukan dalam tugasan harian dan hidupnya lebih baik, berjaya serta mendekati matlamat hidupnya. Gajinya penting, tetapi itu adalah perkara sampingan.dia juga tidak bergantung sepenuhnya kepada majikan.



Dia menghasilkan yang  terbaik dalam pekerjaannya kerana dirinya sendiri. Dia adalah pekerja di bahagian stor. Pada suatu hari, dia telah diminta bekerja lebih masa untuk membantu bahagian akaun sedangkan dia tidak pernah membuat kerja akaun selama ini. Bahagian akaun pula kekurangan pekerja kerana empat orang daripada stafnya disahkan menghidap demam denggi.



Di dalam situasi ini, jika Hidayat hanya mengambil peranan sebagai seorang pekerja , dia mungkin akan mengeluh sebelum melakukan pekerjaan tersebut. Kemudian memberikan seribu satu alasan misalannya mengatakan dirinya tiada kena-mengena dengan pekerjaan yang dilakukan.



Tetapi, Alhamdulillah Hidayat seorang yang menganggap dirinya sebagai seorang yang mempunyai kerjaya. Walaupun terpaksa bekerja lebih masa tetapi dia berfikiran positif kerana baginya, dia mungkin boleh belajar sesuatu tentang akaun.



Atau sekurang-kurangnya, mendapat kenalan baru dan berpeluang untuk mengenali ketua bahagian akaun. Hidayat juga (jika layak) akan membuat tuntutan untuk elaun kerja lebih masa seperti yang ditetapkan.



Tetapi, dia mengambil perkara tersebut sebagai bonus. Itulah kelebihan orang yang bekerjaya kerana menganggap setiap peluang dapat menambahkan ilmunya dan setiap perkara yang berlaku pasti ada kebaikannya.



Bagaimana pula dengan kategori ketiga?



Kami biasanya menggunakan istilah ‘vocation’ atau ‘a calling’  untuk menggambarkan situasi kategori ketiga ini, seorang yang ada seru menganggap tiada bezanya hidup ketika bekerja atau di luar tempat bekerja. Dia hidup kerana apa yang dilakukannya. Dia tidak kisah gajinya lumayan atau tidak, ada status atau tidak kerana itulah hidupnya. Mungkin jika tiada ganjaran pun dia akan melakukan kerja tersebut.



Kredit : Penulis Pilih Kerjaya Bukan Kerja

Tuan Hizwani bin Hassan

Tuan Fakhrul Farris Harun 

=====================================




 
Mari kami bantu anda!

Kepakaran kami adalah membantu belia yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang Pengurusan Pejabat melalui Latihan Kemahiran yang disediakan.

Masalahnya hari ini, ramai belia sukar mendapat pekerjaan kerana tiada kemahiran dan pengalaman serta kurang mahir berkomunikasi dengan baik.

Dengan adanya Latihan Kemahiran ini, kami dapat menyelesaikan masalah pengangguran yang sedang meningkat di negara ini. Malah, Latihan Kemahiran ini telah berjaya mengubah lebih 5000 pelatih mendapat pekerjaan selepas tamat kursus.

Jadi, anda nak tunggu lebih ramai yang dapat peluang kerja sedangkan anda masih menganggur?

Bertindak sekarang!

Anda hanya perlu SMS/WhatsApp kod: NOV14 ke 011-1511 6182 untuk dapat diskaun RM100. Tawaran ini tamat dalam masa 36 jam sahaja lagi.

Institut Perdagangan Munshi - Pusat Latihan Kemahiran Terbaik di Kuantan



Read More

26 October 2014

#1 Ads: Blog Kaseh Beauty Shop

Blog ini memaparkan info tips kesihatan dan 
kecantikan wanita luaran dan dalam 
sentiasa kekal anggun dan awet muda.

jom singgah di  
Read More

Raikan Cinta Norain & Shafiq

Mengenali Norain seawal bulan April 2012
Orangnya comel dan penuh komited
.
.
Dengan apa yang dia lakukan
Rezekinya dipermudahkan
.
.
Semalam tanggal 25hb Oktober 2014
adalah hari bahagianya
.
.
Raja sehari ini cantik dengan busana
berwarna ungu dan anggun sekali
.
.
Selamat Pengantin Baru adikku sayang
CF mendoakan Ain & suami
dipermudahkan urusan ya.

 
Cantiknyee adik CF yang sorang ni :)

















Ain memang comel .. hai Ecah bertudung hitam .. kawan-kawan dia pun cantik :)



Selamat Pengantin Baru Ain & Shafiq





Gambar dikirim oleh Ecah K2/2011
TQ & sayang Ecah
Read More

Raikan Cinta Azunna & Farez

Semalam makan nasi minyak rumah kedua
Meraikan 2 pengantin baru ini

Kami akui terlepas kenduri rumah Azunna 
beberapa minggu yang lepas
 

Semalam kami lari pulak 
rumah pengantin lelaki 

Jika dah ada rezeki disini untuk 
kami sampai akan sampai juga kan



Semoga berbahagia selalu :)





















Nak puji sikit ni
menu lauk pauk ala kampung

memang best dan sedap
siap ada ikan patin lagi 

Apa pun kami nak ucapkan

Selamat Pengantin Baru
Azunna & Fariz :)







 


















Read More

Raikan Cinta Noor Iasah & Fadhil

Alhamdulillah dengan izinNYA 
makan dapatlah hari ini makan nasi minyak hehe

Lepas tamat saja bekerja tadi 
CF terus ke Panching Utara rumah Noor Iasah

Cantik berseri di hari persandingan Noor Iasah ni

CF dan Tim IPM mendoakan Iasah dan Fadhil
dipermudahkan urusan ya

Walau lepas kahwin berjauhan 
semoga kalian terus bahagia dan membahagiakan ya :)





Izati, Iasah, CA & CF

Wah dapat cenderamata dari pengantin perempuan 
sukanya :)

Pergi kenduri Iasah. Jumpa Izati Azmi. 
Rezeki dapat berjumpa walaupun tak plan

Katanya rumah atoknya dekat 
dengan rumah Iasah.

Oh ya Izati & Iasah merupakan pelajar IPM 
kini telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta.











  





Gambar ini diambil beberapa bulan yang lalu

TQ Iasah walaupun sibuk tetap ada masa 
menjemput kami melalui kad :)


Read More

25 October 2014

25 Hari

Bismillah,

















Hari ini memasuki 25 hari di bulan Oktober.
Rasanya bulan ini agak lama bercuti

Alhamdulillah, syukur.

Walau bercuti manfaat cuti tersebut
CF gunakan perkara yang berfaedah.

Antaranya projek garam.
Wah buat garam pulak CF ni 

Alhamdulillah rakan seperniagaan 
memberi dana untuk run bisnes ini

Rasanya 101 impian  CF dah hampir tercapai
Syukur alhamdulillah

Jom pakat-pakat kita dok sokong 
page kesihatan & kecantikan
Page ni ya Nur Himalayan Salt

Mana tau boleh menang hadiah kan

Sekali lagi page

Nur Himalayan Salt
Nur Himalayan Salt 
Nur Himalayan Salt 

Terima kasih sekarang dah dapat
45 like

Terima kasih sayang anda semua




Read More

22 October 2014

Kemahiran Kunci Utama Kejayaan Dalam Kerjaya

Tahniah Norsuhaili kerana memilih IPM Munshi untuk melatih 
anda mencapai kerjaya yang lebih baik. 

Anda diluar sana bila lagi?









==================================
Pengambilan November masih DIBUKA!
Jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, boleh hubungi:
09-553 1036 (Pejabat) / 011-1511 6182 (Admin)
Daftar online di: www.ipmmunshi.com/daftar-online/
Read More

21 October 2014

Adik Punca Semangat Masuk Kursus


Bermula adik kepada pelajar ini, Nabihah Zanial@Zainal, telah mengikuti kursus kerjaya Pengurusan Pejabat terlebih dahulu, membuat Najiah terdetik hati untuk mengikut jejak langkah adiknya.

Merupakan lulusan Diploma dalam bidang teknologi maklumat, tetapi sayangnya nasib tidak menyebelahi Najiah menyebabkan dia terpaksa bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran makanan segera.

Sekarang, Najiah telah menapakkan dirinya ke alam yang baru. Semoga Najiah mendapat pekerjaan yang lebih bagus selepas tamat Latihan Industri ini. Kami doakan yang terbaik untuk Najiah.



Gambar: FB IPM

Terima kasih kerana memilih IPM Munshi sebagai 'jalan keluar' untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Dan tak lupa juga, Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Najiah pada 17 Oktober 2014 (semalam).





************************************************
Pengambilan November masih DIBUKA!
Jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, boleh hubungi: 09-553 1036 (Pejabat) / 011-1511 6182 (Admin)
Daftar online di: www.ipmmunshi.com/daftar-online/


 #IPMMunshiKuantan
Read More

18 October 2014

Doa Ketika Hujan




Doa Ketika Hujan 
(Setiap titis hujan adalah doa)

"Dari Sahl bin Sa'ad r.a,
Rasulullah S.A.W bersabda :

Dua DOA yang tidak pernah ditolak:

DOA ketika waktu azan dan 
DOA ketika waktu hujan"

(Abu Daud & Ibn Majah)

Read More

Cerita Pelajar SMK Paya Besar Kuantan Pahang


 Bismillah,

Ucapan tak terhingga terima kasih kerana Allah pilih IPM 
sebagai salah satu tempat memberi motivasi dan inspirasi 

Kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Paya Besar Kuantan Pahang.

Isnin lalu 13hb Oktober 2014
Perjumpaan En Muaz (Pegawai Pemasaran IPM)
dengan kaunselor  Puan Sakinah di SMK Paya Besar,
Kuantan Pahang.

Telah mendapat reaksi positif dan 16hb Oktober 2014
kira-kira hampir 40 orang pelajar mengikuti 
motivasi seterusnya hala tuju selepas tamat SPM.

Kaunselor Puan Sakinah di SMK Paya Besar,
menggalakkan anak muridnya mengikuti 
kursus kemahiran supaya menjamin peluang pekerjaan 
selepas tamat kursus. Insya Allah.



 


Dari kiri : Cikgu Fatimah, Cikgu Farizan (CF) & Cikgu Sakinah (Kaunselor SMK Paya Besar)

 
Memang best Kaunselor, Cikgu & pelajar perempuan SMK Paya Besar


Wah CF & CA (Cikgu Adawiah) bergaya sakan ya. Pelajar pun sporting. Best!















Pelajar lelaki menunggu di kuliah 2













 
Guru & bakal pelajar IPM memang terbaik!



Terima kasih Team IPM  telah menjayakan program kali ini


Read More

Membina Keyakinan Diri





Percaya Pada Diri Sendiri – Perancangan Yang Bijak – Pengalaman
Kelulusan Akademik-Dorongan (Rakan, Keluarga, Majikan)-Hasil Membangunkan “Esteem” Diri

UBAH cara bercakap tentang diri sendiri

1. Berhenti daripada sentiasa meminta maaf/mengalah.
Contohnya : “Siapalah saya…” atau “Apa yang saya nak cakapkan ini tidak begitu penting…”

2. Berhenti dari memberikan label negatif pada diri.
Contohnya : “Saya ni pemalu…” atau “Saya mudah risau…”

3. Mulakan memberi informasi yang positif tentang diri anda.
Contohnya : “Saya sukakan cabaran…” atau “Tidak susah bagi saya untuk memenangi hati pelanggan…”

4. Minta kawan-kawan anda menegur anda apabila anda mula bercakap negatif.


Jadilah diri anda KAWAN TERBAIK anda!

Keyakinan pada diri mungkin hilang disebabkan sentiasa dianiayai atau disakitkan hati.

1. Sentiasa berikan cabaran peribadi.
Contohnya : “Saya mesti membuktikan bahawa saya mampu melakukan tugas ini dengan baik!”

2. Apabila berjaya menangani masalah atau cabaran, beri hadiah buat diri sendiri.
Contohnya : “Membelikan pakaian baru, berkelah bersama keluarga dan lain-lain.

3. Jangan terus-menerus menyalahi diri apabila berlaku kesilapan.
Contohnya : Pandanglah ke hadapan dengan azam baru.

4. Ruangkan suatu masa setiap hari untuk keutamaan diri.
Contohnya : Melakukan hobi yang paling anda gemari.

Menjaga KESIHATAN tubuh badan

Bukan semua orang yang mempunyai keyakinan diri ‘menyintai tubuh’ mereka, tetapi ini tidak bermakna mereka membiarkan diri teraniaya. Sebaliknya, yang terbaik adalah memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

1.  Luangkan masa setiap hari untuk bersenam atau bersukan.
2.  Makanlah makanan yang berkhasiat yang memberikan tenaga.
3.  Amalkan rawatan badan yang menyeluruh (medical check-up).
4.  Utamakan tidur dan rehat yang cukup agar segar dan bersemangat
menghadapi semua keadaan.
5.  Hentikan meracuni badan dengan merokok dan minuman keras.


RANGSANGKAN minda anda

Jangan biarkan minda ‘berkarat’, pastikan anda sentiasa boleh bergantung kepada akal fikiran yang cergas.

1. Amalkan ‘senaman’ minda iaitu melakukan kegiatan yang merangsang pemikiran.
Contohnya : Membuat teka silang kata.

2. Berikan cabaran kepada minda iaitu dengan mempelajari bahasa baru, mengambil kelas kemahiran komputer atau psikologi kanak-kanak.

3.  Merangsang otak kiri iaitu bahagian otak yang kreatif seperti melukis, bersajak, berpuisi ataupun mengunjungi drama pentas (teater).
.


Dapatkan Tips Kesihatan & Penjagaan Diri
Like Facebook

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com