7 Oct 2014

# MOTIVASI # Motivasi ini menginsafkan aku - Ketiadaan Rezeki Adalah Satu Rezeki

Ketiadaan REZEKI Adalah Satu REZEKI




Ketika mana anda tidak dikurniakan rezeki berbentuk makanan, minuman, pekerjaan dan perniagaan, akan datang pula rezeki lain, iaitulah rezeki balasan baik dan pahala dari Allah S.W.T. bukankah kita semua akan diberi pahala apabila bersabar dengan setiap musibah yang menimpa. 

Oleh yang demikian, apabila ada rezeki di dunia yang kita tidak memperolehinya, ia akan membuka pintu rezeki yang lain, iaitulah rezeki akhirat yang sudah tentu ianya lebih utama. Allah Taala berfirman, “ dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu berbanding dunia”.




Maka Jadilah Ketiadaan Rezeki Itu Satu Rezeki



Seseorang yang bijak, adalah orang tahu membezakan apakah rezeki yang biasa  dan apa pula rezeki yang hakiki. 

Ramai di kalangan kita, jika ditanya apakah rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya, kebiasaannya jawapan pertamanya adalah makan, minum, anak-anak, kerjaya, barangkali juga rumah atau seumpamanya. Tidak. Rezeki bukan terhenti sekadar yang itu sahaja. 

Bahkan terdapat rezeki yang lebih afdhal, iaitulah rezeki yang kekal, kerana rezeki yang kekal lebih utama dari yang tidak kekal. 

Sesesungguhnya rezeki berbentuk balasan baik dan pahala itu adalah rezeki yang kekal. Adapun rezeki harta benda adalah rezeki sementara. 


Oleh itu, solat yang kita tunaikan dikira rezeki , zikir-zikir yang kita baca pada pagi dan petang, selepas fardhu semuanya adalah rezeki. 

Ketika mana anda sedang tidur kemudian anda bangun pada sepertiga malam, anda bersendirian, tidak diperhatikan sesiapa, anda bangun, anda tunaikan solat dua rakaat, perkara itu adalah rezeki. 

Sehinggakan ketika anda tidak mengabaikannya, ia juga rezeki, kerana berapa ramai yang langsung tidak bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh.




Demikian juga, ketika anda berhadapan dengan ujian, lalu Allah kurniakan kekuatan bersabar menghadapinya, sehinggalah ujian itu selesai. Itu juga satu rezeki. 

Satu lagi contoh, ketika anda di rumah bersama orang tua anda, lalu bapa anda meminta secawan air kepadanya, maka ia juga satu rezeki. 

Ini kerana jika anda tiada di rumah ketika itu, sudah tentu perkara itu dilakukan oleh adik-beradik anda yang lain. Bukankah juga, kadangkala ketika menunaikan solat, anda merasakan fikiran anda melayang-layang. 

Tiba-tiba anda tersedar, lalu bersegera memberikan tumpuan kepada solat. Rasa tersedar ini adalah daripada Allah dan ia merupakan satu rezeki.
 
Inilah dia rezeki hakiki, iaitulah rezeki yang kekal sehingga hari kiamat, yang akan tercalit di dalam buku catatan amalan anda di akhirat kelak. 

Kita semua berharap agar buku catatan amalan kita diserahkan pada tangan kanan kita. Inilah rezeki hakiki, ia bukanlah sebuah kereta, bukan juga sebuah rumah, bukan juga sejumlah bayaran gaji yang lumayan.

Oleh itu sebelum kita bersedih dilewatkan kurniaan rezeki, kita wajib terlebih dahulu mengetahui, apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya, dan apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai suatu rezeki yang lain pula.

Motivasi ini menginsafkan aku 
- Ketiadaan REZEKI  Adalah Satu REZEKI 

Ya Allah aku bersyukur apa yang telah kau 
kurniakan untuk ku. Syukur.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

No comments:

Post a Comment

.

Follow Us @cfnurfarizan