18 October 2014

Membina Keyakinan Diri





Percaya Pada Diri Sendiri – Perancangan Yang Bijak – Pengalaman
Kelulusan Akademik-Dorongan (Rakan, Keluarga, Majikan)-Hasil Membangunkan “Esteem” Diri

UBAH cara bercakap tentang diri sendiri

1. Berhenti daripada sentiasa meminta maaf/mengalah.
Contohnya : “Siapalah saya…” atau “Apa yang saya nak cakapkan ini tidak begitu penting…”

2. Berhenti dari memberikan label negatif pada diri.
Contohnya : “Saya ni pemalu…” atau “Saya mudah risau…”

3. Mulakan memberi informasi yang positif tentang diri anda.
Contohnya : “Saya sukakan cabaran…” atau “Tidak susah bagi saya untuk memenangi hati pelanggan…”

4. Minta kawan-kawan anda menegur anda apabila anda mula bercakap negatif.


Jadilah diri anda KAWAN TERBAIK anda!

Keyakinan pada diri mungkin hilang disebabkan sentiasa dianiayai atau disakitkan hati.

1. Sentiasa berikan cabaran peribadi.
Contohnya : “Saya mesti membuktikan bahawa saya mampu melakukan tugas ini dengan baik!”

2. Apabila berjaya menangani masalah atau cabaran, beri hadiah buat diri sendiri.
Contohnya : “Membelikan pakaian baru, berkelah bersama keluarga dan lain-lain.

3. Jangan terus-menerus menyalahi diri apabila berlaku kesilapan.
Contohnya : Pandanglah ke hadapan dengan azam baru.

4. Ruangkan suatu masa setiap hari untuk keutamaan diri.
Contohnya : Melakukan hobi yang paling anda gemari.

Menjaga KESIHATAN tubuh badan

Bukan semua orang yang mempunyai keyakinan diri ‘menyintai tubuh’ mereka, tetapi ini tidak bermakna mereka membiarkan diri teraniaya. Sebaliknya, yang terbaik adalah memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

1.  Luangkan masa setiap hari untuk bersenam atau bersukan.
2.  Makanlah makanan yang berkhasiat yang memberikan tenaga.
3.  Amalkan rawatan badan yang menyeluruh (medical check-up).
4.  Utamakan tidur dan rehat yang cukup agar segar dan bersemangat
menghadapi semua keadaan.
5.  Hentikan meracuni badan dengan merokok dan minuman keras.


RANGSANGKAN minda anda

Jangan biarkan minda ‘berkarat’, pastikan anda sentiasa boleh bergantung kepada akal fikiran yang cergas.

1. Amalkan ‘senaman’ minda iaitu melakukan kegiatan yang merangsang pemikiran.
Contohnya : Membuat teka silang kata.

2. Berikan cabaran kepada minda iaitu dengan mempelajari bahasa baru, mengambil kelas kemahiran komputer atau psikologi kanak-kanak.

3.  Merangsang otak kiri iaitu bahagian otak yang kreatif seperti melukis, bersajak, berpuisi ataupun mengunjungi drama pentas (teater).
.


Dapatkan Tips Kesihatan & Penjagaan Diri
Like Facebook

0 comments:

Post a Comment