31 October 2014

Penawar Tekanan: Aromaterapi Lavender Bantu Tenangkan Jiwa



Aromaterapi iaitu rawatan terapi bunga berupaya memberikan kelegaan atau tekanan positif terhadap kesihatan fizikal dan emosi sekaligus membantu mengurangkan tekanan
 

Sinonim dengan jelitawan Mesir, Cleopatra, penggunaan aromaterapi wujud sejak 5,000 tahun lalu menerusi amalan merendam tumbuhan wangi ke dalam campuran air mendidih untuk mendapatkan patinya.

Di Perancis pada abad ke-19, masyarakatnya menggunakan minyak lavender bagi membanteras wabak batuk kering atau berkaitan pernafasan.

Kebaikan lavender
------------------------
Ujian klinikal pertama sekitar tahun 1887, mendedahkan kepada dunia mengenai kebaikan serta kesan antibakteria pada minyak pati lavender.


Bau lavender diibaratkan haruman nostalgia yang berupaya menenangkan hormon tekanan, penawar terbaik dan antiseptik terkuat daripada tumbuhan.
Pati lavender bermanfaat merawat kulit terbakar, migrain, insomnia, ketidakselesaan reumatik dan kekakuan sendi serta gigitan serangga.

Bantu masalah kulit
-------------------------
Minyak pati lavender juga membantu mengatasi masalah kulit, jangkitan, tekanan, ketegangan saraf dan jangkitan selesema.

Menurut pengeluar asli minyak aromaterapi lavender dari New Zealand, Netherfield, lavender kaya molekul aromatik dipanggil ester (antikejang), menenangkan dan fungsi tonik serta beberapa molekul lain yang berfungsi sebagai antivirus dan antiradang.

INFO: Penggunaan pati lavender
---------------------------------------


1) Mandian: Elok untuk sakit otot , bersantai, melegakan tekanan. Letakkan enam atau lapan titis minyak pati Lavender dan sedikit garam.

2) Pancuran: Selepas membasahkan rambut, tambahkan 3 titik minyak Lavender ke dalam penutup air dan berdiri di bawahnya.

3) Pengewapan: Letakkan ‘pembakar minyak’ atau ‘pengewap’ dengan air dan letakkan enam hingga lapan titis minyak lavender dan biarkan di dalam bilik tidur atau lokasi tertutup. Ia elok diamalkan sekiranya anda kurang sihat.

4) Urut: Penggunaan pati aromaterapi mudah diserap ke dalam aliran darah dan membantu menenangkan fizikal dan emosi.

5) Tisu: Gunakan satu hingga tiga titis minyak Lavender dan sedutlah selama mana dikehendaki.

6) Penyedutan wap: Gunakan pati lavender sebagai terapi pernafasan. Tambah emapat hingga enam titis pati ke dalam mangkuk air panas, letakkan tuala di atas kepala anda dan bernafas dalam wap.

7) Terbakar: Letakkan beberapa titik minyak lavender di kawasan terbakar. Ia hanya sesuai untuk kesan kebakaran tidak serius. - Sumber Berita Harian

=========================================

Minyak Lavendar telah diadun bersama Garam Mandian NUR Himalayan Salt 100% asli.

Sempena Jualan Pembukaan
Kami nak bagi harga istimewa & mampu milik

Oh ya terhad untuk 200 botol pertama sahaja ya

Sms/ WhatsApp sekarang
014-297 9545

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:
>>>www.nurhimalayansalt.com<<<



Review 31/10/2014