31 October 2014

Pilih KERJAYA Bukan Kerja ?


Pilih KERJAYA Bukan Kerja ?


Tidak semestinya jika kita mempunyai pekerjaan, majikan atau perniagaan kita mempunyai kerjaya. Semua orang mempunyai sumber pendapatan atau sebahagian besar daripada kita menjadikan pekerjaan sebagai sumber pendapatan atau kewangan utama.



Jika pekerjaan tersebut ingin dijadikan sebagai sumber pendapatan yang lumayan, maka ia perlu dijadikan sebagai kerjaya. Untuk membina kerjaya yang cemerlang, kita perlu menganggap diri kita sebagai sebuah jenama dan ia perlu dibina. Apabila jenama dibina, maka kerjaya akan terbina. 




Dalam bab sebelum ini, kami telah menyentuh tentang cara mencari kerja. Pada peringkat permulaan, semua orang akan mendapatkan apa sahaja pekerjaan. Pekerjaan dianggap penting kerana dengannya kita boleh mendapatkan wang. Dengan wang, kita boleh makan dan minum, mempunyai tempat tidur dan pelbagai perkara asas yang lain.


Ada orang mengatakan wang bukanlah segala-galanya. Tetapi, ada juga orang yang menyatakan segala-galanya adalah wang. Jika anda hanya berminat untuk makan gaji setiap bulan dan bekerja kerana gaji dan ganjaran, maka bab ini bukanlah untuk anda. Jika kita bekerja dan makan gaji, kita akan berharap dan bergantung kepada majikan (dengan izin ALLAH).



Jika berniaga, kita bebas dari majikan. Mungkin kita akan menghadapi masalah lain, tetapi insya Allah kita akan lebih bebas daripada bekerja makan gaji. Ramai orang berfikir dan mungkin ada angan-angan untuk berniaga, tetapi tidak ramai melakukannya atas sebab-sebab seperti takut risiko atau tiada modal.



Oleh itu, pekara yang ingin dikongsikan dalam bab ini adalah jika kita menganggap kerja kita sebagai kerjaya dan meletakkan tanggungjawab untuk membina kerjaya kita atas bahu kita sendiri, maka kita boleh maju ke depan, berasa gembira, puas hati dan bebas daripada tugasan harian kita.





Kami ingin memberi pendekatan pada tiga kategori situasi seseorang di tempat bekerja iaitu:



1) Dia Seorang Pekerja

2) Dia Ada Kerjaya

3) Dia Mendapat Seru



Perbezaan tentang ketiga-tiga kategori ini akan dibincangkan terlebih dahulu dan selepas itu barulah perbincangan akna tertumpu pada kategori kedua dan seterusnya tentang membina kerjaya.



Seorang yang menganggap dirinya sebagai seorang pekerja akan hanya menunggu arahan dan tugasan daripada  majikannya dengan mengharapkan ada ganjaran yang akan diberikan pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan setiap bulan.



Setahun sekali, seorang pekerja akan menunggu bonus dan kenaikan gaji daripada majikan. Jika ada keperluan penting yang berlaku di dalam hidupnya, tempat harapan hanyalah pada majikannya. Hidup pekerja boleh dianggap mudah. Peraturan telah ditetapkan. Hak atau tanggungjawab pekerja dan majikan juga telah ditetapkan.






Individu dalam kategori kedua pula adalah seorang yang mempunyai kerjaya.



Disini kita namakan dia Hidayat. Pada Hidayat, setiap perkara yang dia  lakukan dalam tugasan harian dan hidupnya lebih baik, berjaya serta mendekati matlamat hidupnya. Gajinya penting, tetapi itu adalah perkara sampingan.dia juga tidak bergantung sepenuhnya kepada majikan.



Dia menghasilkan yang  terbaik dalam pekerjaannya kerana dirinya sendiri. Dia adalah pekerja di bahagian stor. Pada suatu hari, dia telah diminta bekerja lebih masa untuk membantu bahagian akaun sedangkan dia tidak pernah membuat kerja akaun selama ini. Bahagian akaun pula kekurangan pekerja kerana empat orang daripada stafnya disahkan menghidap demam denggi.



Di dalam situasi ini, jika Hidayat hanya mengambil peranan sebagai seorang pekerja , dia mungkin akan mengeluh sebelum melakukan pekerjaan tersebut. Kemudian memberikan seribu satu alasan misalannya mengatakan dirinya tiada kena-mengena dengan pekerjaan yang dilakukan.



Tetapi, Alhamdulillah Hidayat seorang yang menganggap dirinya sebagai seorang yang mempunyai kerjaya. Walaupun terpaksa bekerja lebih masa tetapi dia berfikiran positif kerana baginya, dia mungkin boleh belajar sesuatu tentang akaun.



Atau sekurang-kurangnya, mendapat kenalan baru dan berpeluang untuk mengenali ketua bahagian akaun. Hidayat juga (jika layak) akan membuat tuntutan untuk elaun kerja lebih masa seperti yang ditetapkan.



Tetapi, dia mengambil perkara tersebut sebagai bonus. Itulah kelebihan orang yang bekerjaya kerana menganggap setiap peluang dapat menambahkan ilmunya dan setiap perkara yang berlaku pasti ada kebaikannya.



Bagaimana pula dengan kategori ketiga?



Kami biasanya menggunakan istilah ‘vocation’ atau ‘a calling’  untuk menggambarkan situasi kategori ketiga ini, seorang yang ada seru menganggap tiada bezanya hidup ketika bekerja atau di luar tempat bekerja. Dia hidup kerana apa yang dilakukannya. Dia tidak kisah gajinya lumayan atau tidak, ada status atau tidak kerana itulah hidupnya. Mungkin jika tiada ganjaran pun dia akan melakukan kerja tersebut.



Kredit : Penulis Pilih Kerjaya Bukan Kerja

Tuan Hizwani bin Hassan

Tuan Fakhrul Farris Harun 

=====================================




 
Mari kami bantu anda!

Kepakaran kami adalah membantu belia yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang Pengurusan Pejabat melalui Latihan Kemahiran yang disediakan.

Masalahnya hari ini, ramai belia sukar mendapat pekerjaan kerana tiada kemahiran dan pengalaman serta kurang mahir berkomunikasi dengan baik.

Dengan adanya Latihan Kemahiran ini, kami dapat menyelesaikan masalah pengangguran yang sedang meningkat di negara ini. Malah, Latihan Kemahiran ini telah berjaya mengubah lebih 5000 pelatih mendapat pekerjaan selepas tamat kursus.

Jadi, anda nak tunggu lebih ramai yang dapat peluang kerja sedangkan anda masih menganggur?

Bertindak sekarang!

Anda hanya perlu SMS/WhatsApp kod: NOV14 ke 011-1511 6182 untuk dapat diskaun RM100. Tawaran ini tamat dalam masa 36 jam sahaja lagi.

Institut Perdagangan Munshi - Pusat Latihan Kemahiran Terbaik di Kuantan



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com