22 Nov 2014

Keluarga Haji Karim Rai Sepasang Cucu

Tahun ini saja keluarga Haji Karim telah menimang sepasang cucu. Bertambah meriahlah bila berkumpul nanti ya. Alhamdulillah syukur.

Muhamad Fariz Mukhriz bin Muhammad Farid dilahirkan pada 20/11/2014, kira-kira dua hari yang lalu,
Kami mendoakan semoga Siti Khadijah dan suami dipermudahkan urusan.

Siti Khadijah yang juga pelajar IPM kini telah berkhidmat di jabatan kerajaan sejak 2012





Puteri Ummu Hani

Tanggal 10/09/2014 lahirlah seorang puteri diberi nama Ummu Hani  comel dan manis wajah ahli-ahli  syurga. Semoga menjadi anak yang solehah serta diberi didikan yang baik oleh kedua ibu bapanya.

Ummu Hani adalah anak kepada Siti Noor Ummi juga merupakan pelajar IPM pada tahun 2008. Ummi kini telah berkhidmat di jabatan kerajaan .Semoga Ummi dipermudahkan urusan ya :)




Gambar dikirim oleh Fara Karim



Simple Touch by Umie MakeUp

Bila bercerita bab mekap ni memang menjadi kesukaan setiap yang bernama wanita, betul tak? Sebab kita sukakan kecantikan dan kecantikan juga melambangkan keyakinan seseorang.

Tak kurang juga sentuhan mekap oleh Umie MakeUp makin hari makin cantik solekannya. Mengenali Umie seawal tahun 2007 lagi seorang yang komited dengan apa yang diusahakan.

Jom cuci mata kat sini juga boleh contact Umie untuk tempahan sebarang majlis tunang / nikah / sanding.











































Kehidupan




Ketika catitan ini ditaip 22/11/2014 jam 8:05 malam aku (bahasa untuk diri)  baru saja habis bercakap dengan seorang penasihat peribadi banyak lagi tentang kehidupan yang perlu belajar, perlu aku tempuh, alhamdulillah hampir berkurun lama aku sebegini diasak dengan minda yang aku ciptakan sendiri, aku belajar menjadi orang yang baru, syukur Allah sentiasa temukan dengan orang-orang yang juga perantaraan dari dia.

sebelum keadaan berubah aku sendiri perlu berubah, sebelum aku menyayangi seseorang diri aku perlu terlebih dahulu disayangi. 

Setelah semalam dan sebelum ini aku lalui penuh dengan detik suram kelabu.

Alhamdulillah aku lalui hari ini dengan tenang dan keadaan bertambah baik. Seronok hari ini rasanya, syukur dan bermula dengan aku sendiri mahukan perubahan. Terima kasih utamanya kepada keluarga mak abah orang keliling yang sentiasa mendoakan diri ini. 

Syukur 
syukur
syukur

Aku amat jarang menceritakan kisah disini. Apa yang aku catit ini untuk diri aku dari hari minggu bulan dan tahun sejauh mana tahap perubahan yang aku dah lakukan untuk hidup dan orang sekeliling.

Mengeluarkan kisah lalu memasukkan cerita baru dalam kehidupan 22/11/2014.



21 Nov 2014

Maafkan Aku

Bismillah,

Jujur CF akui minggu ni adalah minggu yang mencabar. Jika difikirkan kembali manalah daya nak buat semua benda dalam satu masa. Kadang sihat kadang tu macam nak tombang haha.. Allah Maha Kuasa yang membantu mengaturkan segala urusan. Syukur sangat ramai mendoakan CF terutama anda yang membaca status CF ni :)



Maaf jika yang mesej tidak dibalas dengan cepat
Maaf jika hadir ke pejabat tidak dilayan sebaik mungkin
Maaf jika ada mesej di facebook tidak dibalas lagi
Maaf jika ada kelas lambat masuk .. haha apa daa cekgu ni 

Sebenarnya banyak maaf lagi yang CF nak pohon terutama :

Maaf boss jika aku tidak sempurna melaksanakan tugas sepanjang minggu ini.

Dengan ini aku mula kerja dihujung minggu tak kesah di rumah atau pejabat
Asalkan kerja ku siap dengan sempurna hehe

Baru lah hidup ini menceriakan :) 

Walau apa pun TQ boss IPM yang sentiasa mempercayai hasil kerja
diri ini :) sangat kamoo sangat-sangat .. haha ayat bodek la tu..





15 Nov 2014

PERCUMA Mudahnya Berniaga: Klinik Usahawan Dr Azizan Osman



Terpanggil untuk berkongsi dengan rakan sahabat Siri Mudahnya Berniaga Edisi November 2014. Kelas untuk mereka yang dah berniaga nak kembangkan lagi perniagaan dan bakal berniaga, yang makan gaji pun elok pergi yang tak bergaji pun elok pergi. Alaa gurau je lah .. bak kata DOA (Dr Azizan Osman) gurau pun tak boleh..

Datanglah.. anda akan dapat belajar sesuatu yang baru. Saya yang dah pergi akan pergi lagi insya Allah esok di Kuantan. Jangan percaya apa yang saya cakap.. hadirkan diri anda ya..

Tinggal di beberapa lokasi saja :

✔ KUANTAN (esok)
Bukit Gambang Resort City
Ahad, 16/11/2014  |  8.00 pg - 1.00 ptg



SUNGAI PETANI 
Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran 
Sungai Petani 
Jumaat, 21/11/2014  |  2.00 ptg - 6.00 ptg

MELAKA 
Melaka International Trade Centre (MITC)
Ahad, 23/11/2014  |  8.00 pg - 1.00 ptg

=============================

Daftar Sekarang!
www.KlinikUsahawan.com

100% percuma jika mendaftar 3 orang.





Hasil kelas Dr Azizan Osman yang saya hadiri maka lahirlah NUR Himalayan Salt. Masih baby lagi baru di pasaran 01/11/2014

Kepakaran saya adalah membantu wanita menaikkan aura seri wajah. Menjadikan badan lebih bertenaga kulit sihat lembut dan gebu. Maklumat lanjut layari www.nurhimalayansalt.com






P/S : Sorry DOC dah terbiasa dengan panggilan Dr Azizan Osman kini telah berpangkat haji 
Dr Haji Azizan Osman.




10 Nov 2014

Temu Duga PUSPAKOM Kuantan

Alhamdulillah,

Dengan izin ALLAH. Esok calon dari IPM akan menghadiri proses di temu duga di PUSPAKOM Kuantan. Semoga dipermudahkan urusan.

Untuk calon lelaki pastikan anda persiapkan diri ya :)

 



8 Nov 2014

Rai Ulang Tahun Kelahiran November 2014

Bismillah,

Cerita semalam Emirashidah selaku pelajar Sesi Jun 2014 hingga November 2014 dah nak tamat kursus di IPM alhamdulillah. Emirashidah membuat terlebih awal sambut ulang tahun kelahirannya  ini kerana ulang tahun sebenar adalah 28hb November 2014 jatuh pada tarikh peperiksaan akhir kursus.

bukan sekadar Tenaga Pengajar Akaun & Bahasa Inggeris
juga menunjukkan bakat seninya hehe




 Happy Birthday Emi :)



manis senyuman bak puteri



wah berposing bagai pelajar dan tenaga pengajar IPM ni hehe 
Dari kiri Athirah, ES, Emi & Ika :)


turut memeriahkan majlis ulang tahun kelahiran Emi 
terima kasih dari kiri Mira, Dayah, Ahirah & Izham
Izham sponsored kek! :)


 Terima kasih Izham sponsored kek!
wah macam birthday CF pulak.. perasan  :D






 Nasi Tomato + Ayam Special lupa nama lauk ni 
sedap sampai lupa hehe + acar yang sangat rangup 
Resepi ini turun temurun dari ibunya. Keluarga Athirah (shawl coklat)
mengusahakan katering. Menerima sebarang tempahan. Athirah Terima kasih tau :)


Athirah sediakan pencuci mulut 
buah oren 


 Sedap opor keluarga masakan keluarga Ika



puding karamel 




 mee hoon kegemaran CF memang best
makan bertambah. 3 masakan ini disediakan oleh Ika 
Terima kasih tau :)




 nugget .. umairah ada ni suka dia


french fries & sosej


Kek Batik disediakan oleh Emi



Jemput makan 


Selesai makan-makan. Sesi membungkus telah bermula 
 CA (Cikgu Adawiah) Tenaga Pengajar turut 
bantu membungkus tengok masih banyak 
lagi nasi boleh dibagi-bagikan kepada 
kawan-kawan yang tak sempat hadir 


Yeayy dapat makan dan dapat bawak balik lagi 
alhamdulillah rezeki :)



Sekali lagi Selamat Ulang Tahun kelahiran Emi - 28/11/2014 & Mira 24/11/2014. Semoga kalian dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka oleh Allah S.W.T. :) 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan majlis kali ini.

Terima kasih tau sudi baca blog nurfarizan.com :)





6 Nov 2014

Peluang Kerjaya PUSPAKOM Kuantan

Bismillah,














Semalam PUSPAKOM Kuantan call IPM, perlukan tenaga kerja masuk pertengahan bulan 11 ini

Butiran di bawah :

1) Nama Jawatan - KERANI CUM IT
2) Bidang Tugas - TUGAS-TUGAS PERKERANIAN DAN ASAS KOMPUTER
3) Kelayakan - SPM (LELAKI SAHAJA)
4) Tangga Gaji - RM 1000 KE ATAS TERMASUK KERJA LEBIH MASA DAN PANEL RAWATAN PERUBATAN
5) Bulan kemasukan (kerja) - PERTENGAHAN NOVEMBER

Siapa pelajar lelaki IPM say "I" komen alamat e-mel anda ya

P/S: Terima kasih kepada PUSPAKOM Kuantan memilih IPM untuk menjawat jawatan Kerani bermula pertengahan bulan 11 ini. Latihan di IPM memudahkan laluan kerjaya anda. Insya Allah




5 Nov 2014

Penyambungan Trengkas

Agak lama juga tidak berkongsi gurisan-gurisan Trengkas di lama blog ini. Tujuan di pos bagi memudahkan pelajar mengulangkaji apa yang telah dipelajari.








Akan diedit dari masa ke semasa

Terima kasih tau sudi baca blog nurfarizan.com :)
 



Pemikiran Kita

Sebelum malam melabuh tirainya. CF kongsikan motivasi buat semangat kita bersama. 

Apabila ada komen ditulis oleh orang tentang pemikiran kita, dan orang itu tidak memahami idea kita itu sebagaimana yang kita mahu, lakukan ini:
+ Diam sahaja.
+ Jangan bersikap defensif.
+ Jangan cuba menerangkan kepada orang itu apa maksud kita yang sebenar.
+ Buat macam seolah-olah kita tidak tahu menahu ada orang mempertikaikan idea kita.
+ Teruskan menulis lagi, dan perbaiki sahaja cara-cara kita menerangkan idea-idea kita itu.

Tulisan Puan Ainon Mohd.

 






Di Sebalik Permohonan Praktikal

Tertarik nak share satu tempat praktikal ni sebelum ni IPM buat permohonan di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Cawangan Perlaksaan & Penyelenggaraan Projek (PIMB) ok jap nak cari alamat tempat ni

ok dah jumpa

Tingkat 5, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Bukit Ubi,
25000 KUANTAN.


Oh nak bagi tau sebelum ni IPM ada menghantar pelajar buat praktikal kat tempat ni. Tarikh surat bertarikh 10 Oktober 2014 dan semalam Cik Shuhada Ramli Unit Pentadbiran memaklumkan pejabat telah berpindah ke Kompleks Mahkamah Indera Mahkota

Melinta (puas) jugalah nak mencari alamat baru Kompleks Mahkamah search punya search tidak membantu kemudian menelepon lah di nombor 03-8000 8000 nak bertanyakan lokasi tempat ni untuk kesahihah pasal semalam Cik Shuhada bagi tau Kompleks Mahkamah tingkat 1

Pun tidak membantu. Katanya tak ada dalam simpanan. CF rasa masih belum update lagi pasal baru berpindah kot. Apa pun terima kasih kat cik 03-8000 8000 dekat 10 minit dia melinta mencari no yang CF kehendaki tu.

Kenapa call sampai KL sana tu?

Hari ni call cik Shuhada line sana sibuk seharian. Ida K2 bakal praktikal dah lama menunggu. Kesian kat dia.

OK nak bagi tau

CF cari tempat lama Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Cawangan Perlaksaan & Penyelenggaraan Projek (PIMB) iaitu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Bukit Ubi di talian 09-516 5535 bercakap dengan cik admin dia mengesahkan

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Cawangan Perlaksaan & Penyelenggaraan Projek (PIMB) di Tingkat 1 Kompleks Mahkamah.

Syukur kes selesai setelah sejam bertarung dengan mencari maklumat di engine carian g.o.o.g.l.e
Kerja kena kuat semangat pasal macam-macam dugaan yang tak dijangka. Apa pun elakkan diri dari stress. Syukur Nur HS peneman di waktu kerja. Balik nanti buat mandian garam supaya segala keletihan dapat dicas dengan segera. Malam nanti nak update blog serta menyiapkan tugasan lain pulak :)

Terima kasih tau sudi baca blog nurfarizan.com :)



4 Nov 2014

Bukan Senang Nak Senang

Tadi rasanya nak tutup laptop dah. Kemudian terfikir ada tanggungjawab yang belum dibereskan. Tiba-tiba hilang rasa ngantok. Hamboi apakah yang menarik sangat sampai dari ngantok kemudian bersegar-segaran mata ni. Rupa-rupanya rumah nurfarizan.com belum siap kemas lagi. Haa jangan main kau kerana blog dia bersemangat.

Bukan Senang Nak Senang

Ini kisah pelajar IPM. Siang tadi dia WhatsApp memberi tahu bakal naik pangkat. Apa naik pangkat? Kerja belum sampai setahun? Betul bukan senang nak senang. Dia melalui pelbagai rintangan hingga boleh berjaya ke tahap ini.

Bila difikirkan pentingnya semangat untuk hidup. Suka dengan pelajar ni. Dia suka kongsikan kisah kerjayanya. Opss bukan masa senang je tau. Masa susah pun sama. Oh yang susah tu biarlah rahsia antara kami saja yang tau hehe.

Siapa pelajar ni?

Ok ok akan diceritakan dimasa akan datang. Oh ya perlu minta izin dengan pelajar ni dulu ya.

Terima kasih tau sudi membaca di nurfarizan.com :)



Dugaan Malam Update BLOG

Selepas saja rumah blog ni di 'cat' baru tiba-tiba saja kepala mula pusing. Tandanya perut perlu berehat. Selepas seharian depan komputer. Apa pun gagah jua nak sudahkan mana yang patut.Maaflah ya bagi yang selalu sampai rumah nurfarizan.com terkejut dengan perubahan rumah ni. Relaks ok adakalanya hidup perlu diwarna-warnikan denga dengan pensel kaler hihi..



rupa paras blog sebelum di 'cat'


 ohh warna-warni rumah nurfarizan.com


Sedang dalam usaha untuk berkongsi kebaikan dalam blog ni. Semoga ianya bermanfaat :)

Oklah rehat dulu. Taip pun dah salah. Lepas penat bekerja dan mandi garam badan memberi signal memang perlu dalam keadaan relaks. 

Esok mulakan tugas baru, sambung conteng-conteng kat rumah ni.

Terima kasih tau sudi baca blog nurfarizan.com :)




2 Nov 2014

PERCUMA Garam Mandian Terapi NUR Himalayan Salt




Assalamualaikum.

Saya ingin memberikan Garam Mandian Therapy NUR Himalayan Salt khas untuk wanita yang mahu mengekalkan aura seri wajah dan mengekalkan kecergasan, kesihatan yang baik PERCUMA kepada likers yang bertuah.



Follow dua (2) langkah berikut :
1) Like page di bawah
2) Komen "Done"

Tarikh tutup sehingga 08/11/2014


Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan
diumumkan di page pada 09/11/2014

Semoga berjaya! :)








1 Nov 2014

Malam Tok Gajah

Malam ini adalah malam Tok Gajah 










Menulis Blog Adalah Berkongsi Kepakaran dan Membina Pengikut

" Menulis di blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut" - Dr Azizan Osman (DAO)


 Menarik bukan? 

Jika kita ada blog dan menulis di blog sendiri berkongsi perkara yang bermanfaat. 
.
.
Baru-baru ini ada rakan facebook menempah blog dengan Team CF alhamdulillah blog semakin diterima ramai. 
.
.
Buat blog semudah kita klik taip url di carian itu saja? alah selebihnya kita belajar lah sendiri :)
.
.
Video di bawah ini boleh kita ketahui
kelebihan berblogging :)
.
.
Selamat menonton
Semoga ianya bermanfaat :)