22 November 2014

Kehidupan




Ketika catitan ini ditaip 22/11/2014 jam 8:05 malam aku (bahasa untuk diri)  baru saja habis bercakap dengan seorang penasihat peribadi banyak lagi tentang kehidupan yang perlu belajar, perlu aku tempuh, alhamdulillah hampir berkurun lama aku sebegini diasak dengan minda yang aku ciptakan sendiri, aku belajar menjadi orang yang baru, syukur Allah sentiasa temukan dengan orang-orang yang juga perantaraan dari dia.

sebelum keadaan berubah aku sendiri perlu berubah, sebelum aku menyayangi seseorang diri aku perlu terlebih dahulu disayangi. 

Setelah semalam dan sebelum ini aku lalui penuh dengan detik suram kelabu.

Alhamdulillah aku lalui hari ini dengan tenang dan keadaan bertambah baik. Seronok hari ini rasanya, syukur dan bermula dengan aku sendiri mahukan perubahan. Terima kasih utamanya kepada keluarga mak abah orang keliling yang sentiasa mendoakan diri ini. 

Syukur 
syukur
syukur

Aku amat jarang menceritakan kisah disini. Apa yang aku catit ini untuk diri aku dari hari minggu bulan dan tahun sejauh mana tahap perubahan yang aku dah lakukan untuk hidup dan orang sekeliling.

Mengeluarkan kisah lalu memasukkan cerita baru dalam kehidupan 22/11/2014.

0 comments:

Post a Comment