1 December 2015

Apa itu asid refluks


"Kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong"


gambar : carian google


SEPULUH tahun menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) tidurnya terganggu kerana pedih ulu hati. Setiap kali selepas makan mesti tidak selesa, loya dan mulut pula terasa masam. Dada terasa ngilu sangat sehingga kadang kala tidak boleh tidur. Kalau makan makanan berminyak, keadaan menjadi lebih teruk.

Terry Tan, 37, cuba bertahan tetapi gejala GERD mengganggu aktiviti hariannya.

"Ketika bersenam pun saya boleh alami masalah ini terutama apabila saya melakukan tekan tubi atau bangun tubi. Malah apabila tunduk pun saya boleh rasa dada pedih. Pada awalnya, saya mengambil ubat antiasid tetapi kesan ubat tidak lama sehinggalah saya diberikan ubat dipanggil perencat pam proton (PPI) yang membolehkan saya menjalani hidup dengan lebih baik," ujarnya.

Mengalami simptom yang sama, pesara, A. Susainathan, 64, juga kerap mengalami pedih ulu hati, terutama ketika tidur.

Kadang-kadang dia terjaga sampai 10 kali pada waktu malam. Ini mengganggu kerjanya pada waktu siang.

"Saya berusaha mendapatkan rawatan sewajarnya sebelum disahkan penghidap GERD. Dulu saya pernah bergelar perokok tegar tetapi disebabkan GERD, tabiat itu saya tinggalkan," ujarnya yang telah 13 tahun menderita GERD.

Susainathan menyarankan setiap individu yang memiliki simptom penyakit itu agar mendapatkan rawatan segera bagi mengelak ia bertambah kronik.



Asid gastrik

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia baru-baru ini tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus lagi terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Gangguan tidur ternyata mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit, dengan lebih 60 peratus melaporkan kesan yang besar dan sederhana terhadap kerja dan waktu rehat mereka.

Kajian ini menunjukkan penghidap GERD memandang ringan kesan buruk penyakit terhadap mutu kehidupan mereka dan tidak menyedari bahawa ia boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang yang serius. Mereka hanya mendapat bantuan rawatan apabila rasa sakit dan semakin tidak selesa. Hampir separuh pesakit menanggung simptom sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum berjumpa doktor.

Dalam hal ini, bekas Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia yang juga Perunding Gastroenterologi, Dr. Tan Huck Joo berkata, para pesakit tidak sepatutnya membiarkan simptom GERD mengganggu tugas harian mereka.

"Mereka tidak perlu menanggung sakit dalam diam. Dapatkan nasihat daripada doktor supaya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang tahap penyakit yang dihidapi. Hanya selepas itu anda boleh mendapat rawatan yang khusus untuk masalah GERD," kata beliau.

SUMBER
Read More

1 November 2015

Apa itu Goiter

GOITER - Bengkak kelenjar tiroid


TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin ‘guttur’ yang bermaksud kerongkong.
“Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan,kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

gambar : carian google


Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda.

Pada tahun 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Dr. Abd. Hamid berkata, lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.

“Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu tubuh badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.

“Kelenjar tiroid turut menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium di dalam darah,’’ ujar beliau sambil menambah, kelenjar pituitari dan hipotalamus mengawal kadar hormon-hormon ini dihasilkan dan dibebaskan.

Proses ini bermula apabila hipotalamus - satu kawasan di bahagian dasar otak yang berfungsi sebagai termostat untuk sistem tubuh secara keseluruhannya, memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (TSH).

Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.

“Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.

“Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (diffuse goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter),’’ katanya.

Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.
Terdapat juga punca-punca pembesaran tiroid yang terjadi bukan disebabkan oleh kekurangan iodin 


seperti:
* Penyakit Graves: Penyakit autoimun ini merupakan punca yang paling biasa bagi tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme).

“Dalam penyakit Graves, antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun merangsang tiroid untuk menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.

“Lazimnya, sistem imun anda menggunakan antibodi-antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan bahan-bahan asing lain yang menyerang tubuh anda,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Tambahnya, antibodi-antibodi menyerang kelenjar tiroid secara tidak sengaja dan ada kalanya menyerang tisu-tisu di belakang mata dan kulit di bahagian bawah kaki.

Para saintis tidak pasti kenapa penyakit Graves terjadi. Tiroid yang dirangsang secara berlebihan dalam penyakit Graves akan mengakibatkan pembengkakan yang tidak mendatangkan rasa sakit di kelenjar anda.

* Penyakit Hashimoto: Penyakit ini dikenali sebagai tiroiditis limfositik yang kronik, merupakan punca biasa tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Penyakit Hashimoto ini juga, jelas Dr. Abd. Hamid, merupakan penyakit antiimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk menghasilkan hormon.

“Kemudian, kelenjar pituitari akan cuba untuk merangsang kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan lebih hormon tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak.’’

* Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.

* Nodular tiroid yang tunggal: Terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid anda. Kebanyakan nodular adalah bukan kanser (benigna).

* Kanser tiroid: Kanser tiroid jarang terjadi berbanding nodular tiroid benigna. Satu bahagian tiroid anda akan kelihatan membengkak.

* Mengandung: Sewaktu sedang hamil, hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kelenjar tiroid membesar.

* Inflamasi: Tiroditis merupakan satu keadaan di mana tiroid anda membengkak. Terdapat beberapa jenis tiroditis yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.

“Kadangkala ia akan mendatangkan rasa sakit yang akan menjadi lebih perit apabila anda menelan atau meletakkan sebarang tekanan kepadanya,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Beberapa jenis tiroiditis dikaitkan dengan hipertiroidisme.

Dr. Abd. Hamid menasihatkan: “Jika anda mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka, ini menandakan kelenjar tiroid anda mungkin membengkak.

“Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tiroid anda yang menyebabkan leher membengkak dan mengapa ia berlaku.’’

Dengan memeriksa leher anda, doktor akan memastikan tahap serta kawasan di mana kelenjar anda membengkak. Dalam beberapa kes, doktor mungkin dapat berasa kehadiran nodul-nodul di leher anda.

Simptom-simptom goiter

* Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak
* Rasa perit di kerongkong
* Batuk
* Suara menjadi parau
* Sukar menelan
* Sukar bernafas
Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda lain bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.


Diagnosis

* Ujian hormon: Ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid dan kelenjar pituitari. Jika tiroid tidak aktif, tahap hormon tiroid menjadi lemah.

Dalam jangka masa yang sama, tahap TSH akan ditingkatkan kerana kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.

Goiter sering dikaitkan dengan tiroid yang terlebih aktif yang melibatkan tahap hormon tiroid yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal.

* Ujian antibodi: Beberapa punca goiter termasuklah penghasilan antibodi yang tidak normal. Ujian darah akan memastikan kehadiran antibodi di dalam tubuh anda.

* Ultrasonografi: Transducer, satu alat seakan tongkat diletakkan pada leher anda. Gelombang bunyi akan melantun melalui leher dan bahagian belakang anda, membentuk imej di skrin komputer.

Imej-imej yang dipaparkan akan mendedahkan saiz kelenjar tiroid anda dan sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul- nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.

* Skan tiroid: Anda akan menerima isotop radioaktif yang disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid anda pada skrin komputer.

Rawatan

Bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca-punca asas ia berlaku. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan mana-mana prosedur berikut:

* Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

* Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, hormon tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga pembebasan hormon perangsang tiroid daripada kelenjar pituitari anda, di mana ia sering kali mengecilkan saiz goiter.

Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.

* Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan.

Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (tiroidektomi).

Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid. Anda juga mungkin perlu mengambil levotiroksina selepas surgeri dilakukan, bergantung kepada jumlah tiroid yang dibuang.

* Iodin radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid.

Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik tiroid levotiroksina sepanjang hidup.


Read More

30 October 2015

Isu Hangat: Perlukah perniagaan online berdaftar dengan SSM?

Isu Hangat: Perlukah perniagaan online berdaftar dengan SSM?
Jawapan: Ya!

Kenapa?

Selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang menyatakan setiap perniagaan yang mendatangkan keuntungan harus berdaftar dengan SSM.

nota: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.
Setelah berdaftar, pamerkan nama perniagaan dan no. pendaftaran perniagaan anda itu. Contoh biasa dibuat ramai peniaga: Dimiliki oleh: ABC Enterprise 123456-X

Keyakinan pelanggan akan meningkat.
Pembeli: Bro ni trusted online seller ke?
Penjual: Boleh semak dengan SSM nama dan no. pendaftaran perniagaan saya. Klik saje e-info. Saya dah daftar dengan SSM. Detail saya semua ada disitu.

Tips membeli secara online:
"Cash on Delivery" (COD) adalah digalakkan selain daripada pos. Sekiranya lokasi penjual dan pembeli adalah berdekatan dan penjual tidak mahu COD, ini adalah meragukan!

Semak di semua platform internet mengenai si penjual seperti Google, forum, blog, facebook group dan sebagainya. Penjual pasti akan meninggalkan "good review" sekiranya bagus dan sebaliknya.

Pastikan nama pemilik no. akaun yang diberikan penjual sama dengan nama penjual atau nama perniagaan/syarikat beliau. Jika si penjual memberikan no. akaun milik orang lain untuk pemindahan duit, ini meragukan!

Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai si penjual. Simpan semua bukti pembayaran, resit dan sebagainya.

Jika boleh, segala urusan dengan penjual dilakukan menggunakan email kerana sekiranya berlaku pertikaian, email2 tersebut boleh digunakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. SMS, Whatsapp dan sebagainya tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Penjual harus pastikan bayaran telah diterima dari pembeli sebelum pos barang jualan kerana pembeli juga ada yang tidak jujur!




Read More

29 October 2015

11 RAHSIA Bagaimana Nak Buat 1 JUTA Sebulan!!

Bagaimana Nak Buat 1 JUTA Sebulan!!

Assalamualaikum Selamat Pagi rakan sahabat semua. Wah pepagi dah bersemangat waja nak memulakan tugas kan.  Pesan DAO iaitu Dr Azizan Osman. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat menentukan masa depan kita

Ok pagi ni CF nak sharing Bagaimana Nak Buat 1 JUTA Sebulan!! Best kan tajuk artikel ni. Actually artikel ni CF cedok dari jutawan muda Cik Puan Ernayanee Nur Julaimi

.
.

Projek sejuta sebulan ni bukan projek 1 malam, so its take time & courage.. yang penting tiada perkataan BERPUTUS ASA...Segalanya perlu di bina.

1) TARGET

VISI target ni mesti clear.. 1 MILLION, walaupun dalam akaun ader RM 30 sahaja. Saya letakkan TARGET SAYA DIMANA2.. dompet, atas meja & juga masa log in account bank & juga contengan duit RM1 jadi 1 million. Bila letak target ni minda kita jangan sekali menidakkan target ini bakal terjadi... SHARING TARGET NI dengan orang tang terdekat.. yang tak kan gelakkan kita..hehe... STAFF/ TEAM.. biarkan mereka tahu OUR VISI kita walaupun mereka hanya pekerja bawahan bukan marketing... Biar mereka FEEL & SECURE.. ini bukan company biasa-biasa walaupun kecil.. Dari saya ader seorang staff dulu.. saya dah gtahu awl-awl.. nak jadi millionaire.



KECILKAN TARGET

Yang belum pernah dapat ratusan ringgit , target ratus ringgit, TARGET RIBU RINGGIT, Kemudian target PULUH RIBU, RATUS RIBU... dan paling lama kita nak achieved dari 6 figure ker 7 figure.. ( so walaupun kita ada MAIN target tapi kita fokus mana yang belum dapat dulu & dapatkan. 4FIGURE, 5FIGURE, 6 FIGURE then 7 FIGURE...


2) PRODUK / SERVICE

Produk atau service apa sahaja boleh jadi million.. FOKUS PADA 1 PRODUK / SERVICE . Perlu pastikan kaji produk/service yang ada.. kenapa keluarkan produk ni? paling penting berkualiti atau tidak..? ada yang keluarkan produk yang kurang kesannya. Ini menentukan BESAR ATAU TIDAK REPEAT CUSTOMER kita kemudian nanti.. Sebab kita taknak CECAH MILLION DALAM SEBULAN shaja.. Jual produk kene jatuh cinta pada produk tu..
Berapa bilangan produk/service perlu terjual untuk cecah 1 juta. ? Katakan 1 barang RM100 , maka perlu jual 10 000 produk sebulan. How?

3) TEAM / CAWANGAN / AGENT

Jarang saya nampak company yang boleh buat 1 million takder TEAM. Membina TEAM adalah perkara yang paling penting. SIAPA TEAM KITA? SIAPA yang bersama sama dengan kita.. KITA KENE TAHU LAVERAGE...
OTHER PEOPLE MONEY,
OTHER PEOPLE TIME,
OTHER PEOPLE ENERGY...


Jika kita ader 1 cawangan boleh buat 100k.. kita hanya perlu buka 10 cawangan utk cecah 1 juta. Jika seorang average boleh jual 100produk sebulan, kita hanya perlukan 100 orang agent.. makin kecil kan jumlah nya.. ?


"Ohh.. saya tak suka & reti nak handle AGENT.. saya lebih suker jual RETAIL.?"
Boleh2.. gunakan sistem STAFF MARKETING & ia melibatkan lebih KOS UNTUK MARKETING.. contoh FB ADS.. ( ramai jer cecah 1 million dengan FB ADS ) - ini kene learn betul-betul berguru dengan sifu & kalo boleh hantar ALL staff marketing pergi belajar...
Yang penting ia mesti melibatkan TEAM. So bina TEAM anda.


Saya pernah melihat seorang teman saya.. hanya dapat SALES 1 juta hanya dalam beberapa bulan... Kenapa .. sebab penat.. PRODUK BAGUS.. MARKETING BAGUS.. tapi kerja 3 ORANG takder staff.. bertungkus lumus dari pagi ke petang.... sistem tiada. dan akhirnya.. sales merundum. Kenapa perlu lokek berkongsi REZEKI... dan melabur pada sistem yang bagus.


4) SISTEM / SOP

Kekuatan sistem.. ini juga dinamakan LAVERAGE TOOLS.. apakah sistem yang anda gunakan ? Bagaimana anda menerima order ? Bagaimana SOP pengurusan?

Cara order guna whatsapp / email.? Adakah ia sistem yang bagus? TOOLS yang kita gunakan adalah untuk mengurangkan KESILAPAN & KURANGKAN MASA.. how effective our sistem.? SOP perlu disediakan.. semakin kita kejar 1 juta.. masa kita perlu digunakan untuk LEBIH BERFIKIR! daripada melakukan tugas RUTIN.. Nak tak kalo kita tido sistem gerakkan kejer kita jam 2pagi? THINK... segalanya mesti AUTO.. bukan manual lagi..

5) SERVICE / CULTURE

Ini yang menentukan orang datang balik & tolong VIRALKAN produk/ service kita pada orang lain.. Saya suker pergi kat tempat-tempat yang layanan nya SUPER DUPER AWESOME.. memang berkali-kali pergi.. ia MELIBATKAN REPEAT CUSTOMER..


6) SELESAIKAN MASALAH SECEPATNYA ( iniciative )


Semakin kita membesar.. kita akan lebih jumper lebih banyak masalah.. so jangan tangguh masalah... masalah akan bantu kita membesar dengan lebih cepat... Tanpa masalah kita akan stagnent... MASALAH ADALAH PELUANG.. so jangan merungut jika ada masalah... Banyak kali saya selesaikan masalah.. & RM masuk dengan lebih mudah...


7) TIRU & BUAT INOVASI.

Copy & paste boleh.. nampak orang lain boleh buat mcm ni.. kita boleh buat tapi kene tahu sesuai atau tidak dengan kita.. ?. Ada perkara yang kita perlu buat TIRUVASI.. hehe.. contohnya.. sistem DROPSHIP.. ORANG TU BERJAYA BUAT.. tapi produk kita adalah makanan.. bagaimana nak DROPSHIPKAN?.. gunakan KONSEP dropshsip.. tapi tukar sistem menjadi sistem berbeza.. THINK. - kerja kita adalah berfikir.. why & how.


8) UPGRADE DAN BESARKAN KAPASITI

Jangan rasa selesa, upgrade dan terus upgrade.. Ader orang mengadu / complain / marah.. Jangan marah mereka, berterima kasih pda mereka.. Tanpa aper2 feedback kita tak tahu kelemahan & takkan tahu aper yang perlu diperbaiki.. Dengan feedback kita tahu aper masalah kita.. So upgrade.. Bila kita upgrade customer & team akan sayang...

So jangan fikir kalo orang complain ia adalah masalah yang takder kesudahan hehehe.. Nak juta jangan main dengan emosi.. Sila tenangkan diri...

Besarkan lagi kapasiti kita utk terima lebih dan lebih..


9) KAWAN DENGAN JUTAWAN ( MENTOR )

Saper pernah duduk sajer dengan jutawan? sembang-sembang.. & kenali mereka.. masayaalah luar biasa.. saya usaha lebih lepas duduk dengan 1 orang jutawan.. respect.. MULTIMILIONAIRE... hehe.. DALAM kehidupan kita ni.. siapa yang bersama dengan kita... akan effect kita siapa... dalam quran ader sebut kan.. saya belajar banyak & kaji tentang JUTAWAN yang saya pilih... Bagaimana dier boleh berjaya.. dier boleh & saya mesti boleh.. dier bagi getaran luar biasa dalam hidup saya...


DALAMAN.


10) HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN MANUSIA & ALLAH.

Kalo hati tu ada dengki,tak suker orang itu , tak suker orang ini , cemburu & ia melibatkan banyak penyakit hati.. maka susah sangt nak dapat aper yang kita nak.. apatah lagi 1 MILLION... Ia melibatkan hubungan dengan manusia.. KEREDHAAN.. KALO hubungan kita baik.. dengan MANUSIA.. maka bila kita berdoa pada ALLAH.. nescaya ALLAH lagi mudah makbulkan.
Alhamdulilah 3benda paling penting tentang DOA & HAJAT untuk tahun ni ALLAH MAKBULKAN... nanti saya sharedkan benda ni kat anda semua..


11) SEDEKAH.. INVESTMENT PALING UNTUNG.


Amalkan...sebb 10 kita beri.. 100 kita dapat. KALO 1 juta..? hehehe.. nak kene bagi baper? hahaha.
Rm1 pun susah kita beri.. Kenapa orang tak nampak kesan pada sedekah?

Sebb kalo kita berikan RM1. ALLAH pulangkan 10.. RM10. senang ke kita nampak..? yang kita nampak adalah orang beli brang kita. dapat lah untung. kita tak nampak ALLAH buka kan hati orang tu beli dengan kita. So cuber berikan dalam jumlah lebih besar.. u will be amazed..

Sekarnag takder duit?.. sedekahkan dengan bantuan.. sekali kita bantu. 10 kali allah bantu kita tanpa kita sedar... dan Allah akan datangkan orang baik-baik yang akan bantu kita.

TAKKAN BERGERAK 1 ZARAH.. TANPA IZINNYA.. SEGALANYA MILIKNYA.. KITA HANYA MEMINJAM.. PINJAMAN INI ADALAH AMANAH.

1 JUTA HANYA ANGKA.. pada akaun kita.. ! ALLAH MAHA KAYA.. Dier tahu kita nak & dier akan bagi.. tapi tentulah dier lihat usaha, doa, siapa kita untuk diamanahkan untuk dapat kekayaan ini. INYSALAH SEGALANYA BOLEH jika kita yakin. kita tak yakin pada diri sendiri. bermaksud kita tak yakin kepada apa yang ALLAH BOLEH BERI...


TOGETHER WE ARE ONE
WE ARE RICH & SUCSSESFUL


Read More

27 October 2015

NURBeautyTips>>> Teh Bunga Cina




Pepetang ni sedap juga minum the bunga cina.
.
.
Jom kita baca antara khasiat dan kelebihan teh bunga yang menjadi kebangaan masyarakat Cina ini ialah

1. Membantu melancarkan perjalanan darah
2. Membantu pencernaan makanan. Di minum suam tanpa gula
3. Membantu mengurangkan sakit kepala .
4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.
5. Menyejukkan badan
6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.
10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 
11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.

Rujukan : Google



Mandian NUR Therapy Salt juga membantu melancarkan perjalanan darah dan awet muda.
Tempahan dan Pertanyaan  WhatsApp +6014-297 9545

Layari lebih lanjut di www.nurhimalayansalt.com


#NURHimalayanSalt
#NURTherapySalt
#RefreshingYourBody
#TQSharing


Read More

Resepi Jejemput Bilis

Musim hujan datang lagi memang best bila dapat jejemput minum pulak dengan air teh, terangkat gitu 

Jom tengok cara bagaimana nak sediakan Jejemput Bilis 


ikan bilis disiang halus 



bawang merah dan kentang di potong dadu 




ketiga tiga bahan digaul sebati 




masukkan tepung gandum 




masukkan telur, bahan pelembut dan gebuus gitu



daun kunyit digunting halus



gaul sebati 




ok dah mula boleh menggoreng 




wah dah pun siap 




tengok tu kekuningan 




sedia untuk dihidang 





oh ya tadi kita guna garam masakan nur tau 
baru lemak masin dan garam ni 
adalah garam kesihatan 



selamat mencuba tau :)


Read More

20 October 2015

3 Teknik Iklan Tingkatkan Sales



3 Proses iklan yang bantu bisnes anda kurangkan kos tapi tingkatkan sales.
Proses-proses yang terlibat dalam bisnes apabila kita melakukan kempen pengiklanan adalah:

1) Sebelum.
2) Semasa.
3) Selepas.

===
1) Sebelum tulis iklan.
===

Sebelum adalah proses melakukan kajian terperinci terhadap iklan. Tahu kepada siapa kita mahu sampaikan mesej, tahu apa mesej yang mereka mahu dengar, dan tahu di mana golongan pelanggan ini berada.

Proses sebelum merupakan proses yang paling kritikal. Ia menjelaskan samada kita faham pelanggan atau kita sekadar berteka-teki.

===
2) Semasa prospek berurusan dengan penjual.
===
Semasa pula adalah proses apabila pelanggan tertentu terpengaruh dengan mesej iklan kita.

Pelanggan yang terpengaruh akan melakukan langkah seterusnya seperti yang kita arahkan. Sebagai contoh, Whatsapp, pergi ke laman web, telefon pejabat, datang ke kedai dan sebagainya.

Proses semasa ini sangat penting.
Elemen yang penting untuk dijaga dengan rapi adalah elemen komunikasi di antara penjual dan pelanggan.

Kalau penjual gagal berkomunikasi dengan baik, ia akan merosakkan proses keseluruhan pengiklanan.

===
3) Selepas mereka selesa untuk membeli.
===

Selepas pula adalah proses terakhir. Apabila pelanggan sudah suka berurusan dengan kita, maka langkah terakhir adalah membantu mereka untuk sahkan pembelian.

Bahasa lainnya seperti 'close sale', atau 'close deal'.

Dalam proses ini, majoritinya masanya ia bersifat taktikal. Kita hanya perlu tahu bertanya soalan yang betul kepada pelanggan.

Jika proses 'semasa' kita berkomunikasi dengan pelanggan sudah bagus, maka proses ini tidak menjadi masalah yang besar.

Jika kita malu-malu untuk bertanya tentang pembayaran, atau pengesahan pembayaran dalam proses ini, maka kita yang rugi.

Pelanggan suka membayar kepada penjual yang mereka selesa.
___________________________________________
Dari Group Write to Wealth Awesome Client Support
By: Aqif Azizan



Read More

5 October 2015

5 Sebab Orang Kita Mudah Tewas Berniaga Online

Beberapa bulan yang lepas. cf ada attend seminar anjuran SifuFBads. sebelum ini pun cf ada juga pergi menuntut ilmu seingat cf tahun 2012. dah lama tu. betullah ilmu ni kita kena upgrade dari masa ke semasa selari dengan perkembangan dunia serba moden.

Zaman berubah mengikut arus. ilmu juga perlu dalami dari masa ke semasa. itu pandangan cf. lain orang lain caranya. dan satu lagi bila kita berkecimpung dalam dunia bisnes. kita perlu berguru dengan guru buat bisnes juga. dan dah hasilkan pendapatan yang luar biasa.


5 Sebab Orang Kita Mudah Tewas Berniaga Online ini dikongsikan oleh Sifu Jamal atau lebih mesra dikenali sebagai Sifu FB Ads. 
.
.

1. KURANG ILMU - Dah la kurang ilmu, malas plak cari ilmu, kedekut nak dapatkan ilmu.

2. KURANG AMAL - Ilmu ada, tapi kurang amal, kurang praktis. Ilmu yang dipelajari akan menjadi berkesan apabila kita selalu amalkannya. Bak kata omputih, PRACTICES MAKE PERFECT.

3. BANYAK MAHU SHORTCUT - Taknak lalui proses-proses ke arah kejayaan. Lalui proses, dari satu level ke satu level..supaya kita dapat pengalaman.

4. TAK FOKUS - Semua nak dibuat. Sebaiknya fokus satu-satu dulu. Bila satu dah berjaya, baru boleh buat lain.

5. MUDAH GIVE UP - Bila yang dibuat tak datangkan hasil yang diinginkan, kita mudah berputus asa. Salahkan orang lain!



Jom Follow FB  Tuan Sifu Jamal di SifuFBads




Read More

Akad Dalam Bisnes

Selamat pagi. agak lama juga blog ini bersarang. kekadang tu idea tak kunjung tiba. selepas beberapa minggu, berbulan lamanya menuntut ilmu, mencari ilmu penulisan.


Hari ini baru ada kesedaran menulis kembali. ahakss


ok cf nak share Akad Dalam Bisnes. ni cf kena amalkan lah selalu. bukan selalu start hari ni kena buat. okehh.

contoh :

Pelanggan - saya beli ya.
Penjual - saya jual

atau sebaliknya

semoga bisnes yang kita jalankan mengikut sunnah. Insya Allah.



Read More

1 October 2015

Apa itu libido

Menurut dr. Ferryal Loetan, libido adalah keinginan atau nafsu seksual dariseseorang. Libido akan timbul atau menghilang tergantung dari kerja hormon dalamtubuh kita. Jadi, kalau hormon meningkat maka libido kita juga akan meningkat, begitu juga sebaliknya. Ada beberapa mitos tentang libido yang perlu Anda tahu sebelum jadual bercinta Anda terganggu.



1. Libido wanita lebih sedikit daripada lelaki. Jadi, jangan heran kalau urusan
bercinta, lelaki jauh lebih bersemangat.


Fakta:
“Tidak juga. Libido pada wanita tidak selalu lebih rendah daripada lelaki.Keadaan ini banyak dipengaruhi oleh lingkungan tempat dia dibesarkan dan edukasi, lifestyle, dan sikap,” jelas Prof. FX Arif Adimoelja, MD, PhD, FSS (Be), SpAnd. Hanya, wanita tak memperlihatkannya. Wanita tetap harus di pancing untuk membangkitkan ghairahnya.   “Tak perlu diraba-raba atau dicium, cukup berikan perhatian lebih, pasti cepat menyerah.”


2. Masalah hormon adalah penyebab menurunnya ghairah bercinta wanita, juga saat hamil atau pasca melahirkan.

Fakta:
Belum tentu. Masalah kesihatan juga berperan. Kalau sedang tidak selesa badan pun,hasrat tetap ada, pasti tidak sebesar saat tubuh yang sedang cergas. Apalagi pada wanita.


Contohnya, saat sedang hamil. “Kehamilan memang menyebabkan perubahan cara kerja hormon seks (seperti keseimbangan kadar hormon estrogen, progesteron, dan prolaktin) yang bervariasi di setiap usia kehamilan,” papar dr. Arif. Tapi, bukan itu saja, libido wanita juga amat bergantung pada masalah psikologi. Menyebabkan wanita menjadi tidak yakin dengan tubuhnya atau takut menyakiti bayinya, Padahal, Anda tetap boleh melakukan seks seperti biasa. Ya, mungkin anda perlu berhati-hati dengan posisi tertentu.


3. Ketika hubungan seks di laku , Anda mungkin jarang sekali mencapai orgasme. Anda yakin, libido anda yang bermasalah.?
Fakta: Bentuk tubuh wanita berbeza dengan lelaki. Alat kelamin wanita lebih banyakyang di dalam. Sebab itulah, untuk mencapai rangsangan, pasti memerlukan waktu. Jadi, perlukan pengertian dari pasangan bahwa untuk mencapai orgasme usaha berdua sangat di perlukan. Pasangan harus memahami apa keinginan Anda, hingga akhirnya mencapai puncak bersama.



4. Wanita yang belum pernah melakukan seks, libidonya pasti sedikit, atau bahkan tidak ada?
Fakta: Ini hanya persepsi! Manusia, di usia muda, 17-21 tahun, pengeluaran hormonnya meningkat dan mulai bekerja dengan aktif. Tak mengherankan, di usia ini mereka mudah sekali terangsang. Jadi, pernah bercinta atau tidak, mereka pasti memiliki libido. “Masalahnya, lelaki mudah terlihat kalau sedang terangsang, sedangkan wanita, biasanya akan memendamnya dengan cara berolahraga, bekerja keras, atau bahkan tidur,” jelas dr. Ferryal.


5. Sekiranya usia Anda akan menjangkau  40 tahun. Mungkin anda sudah terbayang apa akan terjadi pada jadual bercinta Anda dengan pasangan. Sudah pasti dingin, kerana libido Anda akan menurun?


Fakta: Jangan khuatir, usia 40an tidak bererti Anda akan kehilangan ghairah bercinta.Menurut dr. Arif, libido wanita pada umumnya tak terlalu tergantung pada usia.Hubungan pasangan memainkan  peranan yang sangat penting. Kerana, seks tidak harus selalu disamakan dengan bercinta, tapi juga keinginan untuk disentuh, disayang, dan dimanja. Hal-hal seperti itu akan meningkatkan  libido Anda dan pasangan tetaptinggi.

6. Supaya libido tetap tinggi, anda harus  menahan keinginan seks dan ketika saatnya, Anda akan sangat menikmatinya?


Fakta: Salah. Justru makin kerap sebenarnya akan makin baik. Jika tak ingin melupakan rasa hasrat bercinta, Anda harus mulai berhubungan seks secara rutin. Untuk meningkatkan libido wanita, anda perlu melakukannya terus-menerus. Paling tidak dua kali seminggu.


Read More

17 September 2015

Tanda Tanya Pengirim Mee Siput Dah Pun Terjawab.

Bertuah sungguh pelajar cf ni

sesajer kan nak buat suprise

si Fara Karim memang bertuah

Thanks dear Fara masih mengingati

walau pun telah tamat berkursus tahun 2012

Semoga Allah mudahkan urusan dan

rezeki Fara ye,

Hehe selalu aje tertukar panggil Umi

Marah si Fara. Adik beradik Fara

4 orang join kursus kat IPM :)


=================================
Posting sebelum ni.

Pintu pejabat diketuk
dan dibuka.

abang pos laju dengan
penuh senyuman

walaupun bukan kali pertama
abang posmen ni sampai
ke pejabat cf.

sebelum bungkusan diserah
abang posmen ni akan
sebutkan nama. untuk kepastian.

dia minta sainkan dalam
kekotak borang yang disediakan
sebagai sah penerima bungkusan.

katanya lagi. "untuk bil 83 & 84.
nama, ic dan tandatangan".

dalam hati
amboi siap dua kekotak perlu
ditanda tangan.

seusai abang posmen pergi.
cf membelek belek nama
pengirim.

nama pengirim syarikat
alamat muar johor.

terus capai handphone
save nombor pengirim

pada mulanya taip no telefon
manalah tau pernah save
sebelum ni.

cf cuba wassap. dah ada
tanda tick biru. online.
namun tidak respon.
barangkali sibuk dengan
tugasan.

masih tertanya tanya siapakah
pemberi mee siput. 2 bungkus.
berat setiap satunya adalah 500 gram.

satu bungkus nama cf satu lagi nama cf juga
dalam kurungan nama glemer Sir Sharif Zafar Abu Hashim. es.

#belumpernahordermeesiput
#nurfarizannasir









Read More

Engkau

Engkau ada di tiap detikku
membayangiku selalu fikiranku

engkau buat hati jadi beku
memaksa ku 'tuk selalu
merindu

apakah kau merasakan aku?

Engkau memendam cinta padaku

engkau mengalahkan segalanya
segala-galanya


aku tak tahu apa lebihmu
tapi cinta ini membiusku

engkau lebih dari segalanya
ku mahu cintamu

engkau
ada di tiap detikku
membayangiku selalu

fikiranku

apakah kau merasakan aku?
 Aku memendam cinta padamu

engkau mengalahkan segalanya
segala-galanya

aku tak tahu apa lebihmu
tapi cinta ini membiusku

engkau lebih dari segalanya
ku mahu cintamu

cinta ini meyakini aku
bahawa memang ada cinta yang sejati

ini bukan sebuah mimpi
tapi ini perasaan dari hati


apakah kau merasakan aku
aku memendam cinta padamu

engkau mengalahkan segalanya
segala-galanya

aku tak tahu apa lebihmu
tapi cinta ini membiusku

engkau lebih dari segalanya
ku mahu cintamu

ku mahu cintamu



Read More

1 September 2015

Apa itu metabolisme badan

Ramai yang mengalami masalah obesiti selalu berkata “Aku susah lah nak kurus, metabolisme aku tak tinggi”.Betul tak kenyataan tu?. Well untuk menjawap soalan itu, kita kena firstly faham apa itu metabolisme.

Apa dia metabolisme?

Definasi: Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala akitivti (termasuk proses pernafasan dan system badan) memerlukan tenaga (sumber calorie). Kalau pembaca eBook saya mengenalinya sebagai BMR atau Basal Metabolic Rate.



Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.

Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.

Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme

Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.

Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”

Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!

Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.

Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima.

Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.

Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements untuk menginkatkan metabolisme badan dengan kandungan seperti Coffee, Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.

Kesimpulan: Walaupun metabolisme bergantung kepada perkara di luar kawalan kita, pastikan anda mempunyai keseimbangan dari segi kawalan pemakanan dan senaman. Kebanyakan masalah berat badanberlebihan atau masalah kurus boleh diatasi dengan pemahaman dan pengamalan fundamental yang baik. Apa-apa pun jangan bergantung kepada suplemen dan makanan tambahan semata-mata.

#nurhimalayansalt #akss #nhs #garamnur #metabolisme #kesihatan #mineral #jomsihat

blog rujukan http://www.nurfarizan.com/2015/09/apa-itu-metabolisme-badan.html



LIKE SHARE COMMENT


Read More

1 August 2015

Apa itu logam berat

SEMENJAK malapetaka ekologi membabitkan Chisso Corporation, sebuah kilang memproses baja di Minamata, Jepun pada tahun 1932, isu pencemaran bahan kimia di dalam makanan khususnya hidupan laut seperti ikan dan kerang terus diperkatakan hingga kini.

Sehingga tahun 2001, seramai 2,265 mangsa dikesan menghidap penyakit Minamata yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Penyakit itu berpunca daripada pembuangan methylmercuri secara terus ke dalam laut oleh Chisso dari tahun 1932 hingga 1968.

Dalam insiden tersebut, hidupan laut khususnya ikan dan kerang yang menjadi makanan ruji penduduk Teluk Minamata tercemar dengan bahan kimia bertoksik tinggi itu.

Bagaimanapun, peristiwa tersebut menyebabkan para saintis lebih giat mengkaji kehadiran logam berat berbahaya di dalam hidupan laut yang menjadi makanan masyarakat dunia.

Persatuan Kehamilan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah memberi amaran kepada ibu mengandung agar tidak mengambil ikan tuna, merlin serta mackerel kerana ia tercemar dengan merkuri.

Tahap radiasi merkuri ikan tuna dikenal pasti berdasarkan jenis dan tempat ia ditangkap. Keracunan merkuri mampu merosakkan perkembangan otak serta fizikal janin.

Pada umumnya, siapa pun tahu racun memang mudarat untuk tubuh. Racun yang terkumpul di dalam badan boleh datang daripada mana sahaja.

Ia mungkin daripada air atau makanan yang ditelan, udara yang dihirup atau sesuatu yang disentuh oleh tangan.

Antara logam berat yang sering ditemui di dalam tubuh ialah merkuri, aluminium kadmium, dan plumbum.

Semula jadi



Menurut Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia, sebanyak 43 peratus daripada kes keracunan di negara ini yang dilaporkan pada tahun 2008 berpunca daripada kandungan isi rumah.

Jelas Ahli Farmasi PRN, Sulastri Samsudin, penyebaran utama bahan toksik berlaku melalui saluran makanan iaitu mulut, saluran pernafasan (hidung), kulit dan mata.

Menurut beliau, makanan sendiri terhasil melalui gabungan beberapa jenis bahan kimia dan menjadi sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan antioksidan.

Namun, terdapat bahan beracun seperti cyanogenic glycoside di dalam sesetengah ubi.
Sesetengah teknik pemprosesan masakan juga menghasilkan bahan sampingan bertoksik seperti polycylic aromatic hydrocarbon atau acrylamide.

Selain itu, bahan pencemar alam sekitar seperti plumbum dan bahan berklorin, kadmium daripada kerak bumi serta alga dan kulat seperti aflatoksin dan racun daripada kerang-kerangan boleh didapati dalam bekalan makanan pada tahap berbeza-beza.

Dalam pada itu, daripada kesemua sampel produk kosmetik serta bahan makanan dan minuman yang diuji Pengguna Pulau Pinang (CAP) setakat ini, hampir 99 peratus daripadanya mengandungi bahan beracun di dalamnya.




Ini termasuk bekas polisterina, asid borik, bedak talkum, botol susu Bisphenol A (BPA), bekas air polikarbonat, sotong kering serta perasa tambahan Rhodamine B.

Kesannya, setiap pengguna akan berdepan dengan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, perubahan genetik, diabetes, kerosakan buah pinggang dan koronari jantung.

Risiko


SESETENGAH jenis ikan mungkin dicemari logam berat, bergantung pada tempat ia ditangkap.



Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut didapati bahaya untuk kesihatan badan dan seeloknya diharamkan penjualannya.
Malangnya, kata beliau, sehingga kini asid borik masih digunakan dalam produk makanan walaupun pihaknya telah beberapa kali menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Ujian yang dilakukan ke atas pelbagai makanan seperti mi kuning, bak chang (ladu Cina) dan kuih Nyonya yang dibeli di pasar basah di Pulau Pinang mendapati ia mengandungi asid borik dalam semua sampel.

“Satu sampel bak chang didapati mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning (6.51 hingga 296 bps) manakala kuih Nyonya (0.78 hingga 13.5 bps) asid borik.

“Asid borik amat toksin. Walaupun diambil dalam jumlah yang kecil, ia boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan,” katanya kepada Jurnal.

Selain itu, kata Mohamed, bagi penggemar sotong kering, mereka dinasihati agar tidak memakannya berikutan ujian terbaru yang mendapati ia dicemari kadmium.



Sebelum ini, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran, dalam bateri, konduktor elektrik dan dalam pembuatan aloi serta plastik.

Selain itu, racun makhluk perosak endosulfan yang digunakan oleh para petani juga didapati berbahaya untuk kesihatan.

Endosulfan ialah sejenis toksin yang sangat beracun dan disyaki boleh menjejaskan sistem endokrin.
Walaupun telah diharamkan pengeluarannya pada tahun 2006 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, penjualannya masih berleluasa di sekitar negeri Kedah.

Biasanya tubuh memproses racun-racun yang dikenali sebagai toksin itu menerusi hati dan buah pinggang sebelum mengeluarkannya melalui air kencing, peluh dan pembuangan air besar.

Tetapi bagaimana jika sistem perkumuhan semula jadi itu gagal berfungsi?

Nyahtoksin

Disebabkan sumber racun yang memasuki tubuh terlalu banyak, sesetengah orang mencari penyelesaian alternatif bagi membuang kekotoran atau toksin yang terperangkap itu dengan pelbagai cara.


Antaranya ialah mengambil pil, pelekat, minuman serta makanan yang dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh.

Bagaimanapun, menurut pakar terapi nutrisi di My Life Center, Esther Peh, cara terbaik untuk menyahtoksik ialah melalui proses semula jadi oleh organ tubuh.

“Organ penting seperti buah pinggang, hati, kulit dan kolon mempunyai sistem yang tersendiri untuk membuang kekotoran yang mendap di dalam tubuh,” terang beliau.

Namun, atas faktor usia, kecekapan organ tersebut kadangkala berkurangan. Justeru, penggunaan rawatan penyahtoksin seperti terapi chelation yang ditawarkan My Life Center dapat melancarkan proses tersebut, katanya.


BUAH-BUAHAN dapat membantu mengeluarkan toksin daripada tubuh tetapi awas ia juga mungkin telah dicemari racun.





Jelas beliau, antara simptom utama tubuh manusia diserang oleh toksin ialah hilang selera makan, keletihan melampau atau sukar untuk tidur.

Esther berpendapat seseorang individu perlu melakukan rejim nyahtoksin setiap tiga atau enam bulan sekali.

“Dengan risiko terdedah pada pelbagai punca dan jenis toksin, amat perlu untuk memastikan toksik keluar daripada tubuh.

“Ini penting bagi mengelakkan kerosakan organ seperti usus, buah pinggang atau hati di samping berlakunya dehidrasi,” katanya.

Sambung Esther, disebabkan toksin amat berkait rapat dengan lemak, individu perlu melakukan rutin senaman secara teratur.

Selulit, jelasnya, merupakan ukuran mudah untuk mengetahui tahap toksin di dalam tubuh seseorang kerana toksin sentiasa ‘melekat’ pada lemak.
Selain itu, tubuh turut memerlukan agen pemulihan.

“Pengambilan antioksida seperti makanan tinggi serat atau lengai anggur boleh membantu memulihkan organ yang luka akibat proses nyahtoksin,” kata Esther.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com