12 April 2015

Apa Kena Mengena Pahang Menang Dengan Baju Saya

Hari ni kerja. Sebelum masuk kerja, saya pergi kedai makan beli sarapan pagi. Dalam pada nak bayar kat kaunter, ada akak sorang ni ber psstt pssst (isyarat memanggil) dan katanya

Mentang-mentanglah (pasukan) Pahang menang malam tadi, dia pakai baju ala-ala Pahang.

Saya pun cakap dengan nada seloroh, eh kita dah pakai baju ni dah masuk 3 minggu beb (akak & saya ketawa berderai) opss masih ketawa dalam sopan Saya kenal akak ni dah 9 tahun, bolehlah berjenaka di pagi hari.

Baju idea pertama saya setelah 15 tahun bersama IPM. Ada yang belum tau IPM tu apa dan buat apa.

Meh nak habaq mai. Institut Perdagangan Munshi. Salah satu tempat Melatih & Memberi Peluang Pekerjaan dalam bidang Pengurusan Pejabat. Dah 29 tahun menapak di bumi Kuantan Pahang.

Apa pun. Tahniah pasukan Pahang, saya ambil pendekatan untuk menyiapkan tugas, jadi adik beradik saya yang tegar dengan pasukan Pahang yang beritahu menang 2 berbalas 0 ke atas negeri Cik Siti Wan Kembang.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com