1 May 2015

Cara Mengembalikan keseimbangan pH

Meletakkan asid terlalu banyak dalam badan anda adalah seperti meletakkan racun di dalam tangki ikan. Mungkin beberapa tahun yang lalu anda ada membeli tangki ikan dan memelihara beberapa ekor ikan mas untuk anak-anak anda.

Setelah kedua dua ekor ikan mas anda mati. Barulah anda sedar bahawa kunci utama dalam menjaga ikan hidup adalah keadaan air. Jika keadaan air tidak sesuai , maka ikan peliharaan anda akan cepat mati. Anda boleh menyebabkan kematian ikan dengan cepat  jika anda memberi makan makanan yang salah!
 
gambar : carian google


Sekarang, bandingkan hal ini dengan keadaan "tangki ikan mas." Yang berada di dalam diri anda. Ramai di antara kita mengisi tangki ikan kita dengan bahan kimia, toksin  dan makanan yang salah serta boleh mengurangkan keseimbangan pH dalam tubuh. Apabila pH dalam badan berasid secara otomatik akan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel.

Seperti yang telah saya sebutkan di atas keadaan ini merupakan permulaan atau langkah awal kehadiran penyakit kanser degeneratif.

Sejak dari awal penulisan, saya fokus memberi kefahaman anda bahawa sel kanser hidup dengan suburnya apa bila tubuh kita berada di dalam keadaan pH berasid dan hipoksia. Anda perlu kembalikan keseimbangan pH anda kepada pH alkali dan oksigen.

Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi lengai atau tidak merbahaya. Salah satu cara untuk  mengembalikan keseimbangan pH kepada alkali adalah berhenti mengambil  makanan dan minuman yang membuat badan anda berasid. Soda dan minuman bergas mempunyai pH sekitar 2, oleh itu ia adalah 100,000 (105) kali lebih berasid daripada air  dengan pH sekitar 7.

Orang yang mengambil sejumlah besar soda,  minuman bergas dan alkohol. adalah biasanya sangat berasid dan "kanser magnet." Satu gelas soda atau minuman bergas  dapat mengurangkan tindak  balas imun sebanyak 50% bagi tempoh enam jam. Senarai berikut menunjukkan contoh  “peralihan makanan” yang harus di ikuti oleh seorang pesakit kanser.